Friday, May 21, 2010

Ibubapa kena hadir

Hari minggu yang lalu aku menghadiri majlis pelancaran tusen yang disediakan oleh DUN [tteetttt] untuk anak-anak yang akan menduduki SPM 2010. Anak aku terpilih untuk menghadiri tusen itu, ia terhad kepada 100 orang saja untuk satu DUN.

Terima kasih ADUN DUN.

Semasa di dalam dewan, aku duduk di sebelah seorang kakak yang ramah, banyak juga tips yang dia beri dalam penjagaan anak, dan di penghabisan cerita, dia kata dia adalah mak saudara kepada seorang penyanyi lelaki, yang dulu menyanyi dengan kumpulan yang nak jumpa pakcik, tapi lepas tu penyanyi utama bersuara tinggi tu meninggalkan grup tersebut.

Tiba-tiba jer lalalalala kerja lalalala kerja berkumandang di hati ini.

Dalam hati aku berkata, "Eh! iyalah! patutlah ada rupa!!!"

Alamak, seronok pula berbual dengan dia. Terasa macam dah kenal lama, mesra, kakak tu memang tak sombong. Dan aku nak juga ucapkan terima kasih kepada ustaz pengelola majlis, sedap kari ayam yang dibawanya, kenapa ustaz tak sediakan plastik tapau?



Selamat berjaya buat anak sulungku dalam SPM 2010, ingatlah kehadiran mak di majlis ni, biarpun mak tak happening, tapi doa mak tetap mengiringi engkau...... belajar betul-betul, kutip ilmu masa dalam kelas, jangan sibuk berborak pula. Kalau tak, macamana dengan masa depan engkau tu? Mak ni hidup tidak menongkat dunia, masa mak akan sampai juga nanti. ok?

(heh heh heh, cakap dengan anak kena tegas skit, eh wah)

Terima kasih kepada tun, zulkbo, totyati sudi follow blog ini :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

21 comments:

pB said...

no satu ker???


tunggu orang lain dulu komen , boleh?

Masy said...

cayalah.. apsal tak mintak otograp? hihihiihiii

shasha said...

uhukk! dgr cakap mak tu tau!!

good luck!

kak Erna said...

mak su..alhamdulillah..anak mak su terpilih..semoga dia berjaya dalam peperiksaannya yang akan daang..

Tihara said...

owh kump meet uncle husen tu yep..

Siti said...

waaa..dpt tusyen free..alhamdulillah....sonoknye...moga terus cemerlang

Yunus Badawi said...

Ustaz bawa kari? Ni yg rasa lapar sbb belum makan ni.

All the best kpd anak Mak Su.

Anak2 saya masa nak UPSR pun pergi tusyen free kat sekolah. ADUN sini tak buat kat luar huhuhu

PnConfused said...

wahwahwah..........




kari sedap yer???

Aleeya said...

moga terus cemerlang gemilang dan terbilangggggg!!hoho

puterikurekure said...

good luck kak ____!
ni anak nombor brape maksu?
hehehe~

julietchun said...

lenkali bawak plastik senirik maksu :P

Yan said...

cemne akak tu leh termengaku dia mak sedara si lan tu ekk... huhuhu...

kak.. ade award tukmu..

pak long said...

salam...
dari jauh aku menitipkan doa moga berjaya dengan cemerlang, terbilang dan gemilang

rynas said...

maksu saya pun doa benda yg sam ajg..walaupun anak tak sekolah lagi. mg dapat jadi anak yg cemerlang yer..

kakpah said...

dah besar panjang anak maksu

zh-ena said...

ada peluang jgn dilepaskan

izan said...

maksu,

ank2 nk periksa ni.. ibu ayah mmg dpanggil berusaha sama... kdg masa x bertepatan... diusahakan juga...

ptg ni... ada juga disekolah anak smpi 10 lebih mlm nnt. smbhyg hajat.. demi dia brsmgnt berusaha kita pun bersama bergandingan..mudahan anak2 kita mendpt yg terbaik...amin.

Uncle Lee said...

Hi Mak Su....my bahasa failed me here, so will just say hello and you keep well, have a nice weekend, Lee.

zino said...

semuga berjaya dalam SPM nanti...DUN tempat lain buat tak macam ni?

Ibuhani said...

Salam Mak su......gd luck pd anak sulung mak su yg nak ambik SPM tu.... :)

FarhanaDr said...

Nasib baik maksu tak menyanyi sekali lagu tu.. Hehehe..