Thursday, May 6, 2010

Boleh makan kari-bous

Masih tentang cerita dikelilingi orang-orang yang tertekan, di mana mereka secara sengaja atau tak sengaja, akan menekan orang-orang di sekeliling mereka.

Tukarkan ia menjadi lelucon. Itulah caraku untuk mengelak diri sentiasa dalam keadaan tertekan. Aku tidak mampu berada dalam keadaan tertekan, aku ada banyak hal lain yang pelukan perlukan aku.

Semasa makan sesama kita orang-orang yang sekufu dan sedarjat ini, seorang perempuan remaja purba telah menceritakan tentang dirinya dalam keadaan tertekan angkara orang atasannya. Aku cuba menyabarkan, "relaxlah Khadijah Raihanna, kalau kau terus-terus mencuka marah macam ni, aku takut nanti masuk paper pula"

Dia, "kenapa?"

"manalah tahu, nanti ada headline tajuk, ada orang atasan hilang tak tahu ke mana pergi. lepas tu kat tempat cari makan ni, kau pula datang bawa sebelanga masakan kari"

Dia, "pandai-pandailah engkau, kari apa?!", katanya, mula nak marahlah tu.

"Kari-bous"

Dia, "kari-bous?"

"iyalah, kau masak kari, kau cuma pesan kat kita bawa nasi masing-masing, dalam pada tu, orang atasan sudah hilang tak tahu mana pergi, rupa-rupanya kita semua sudah ngap dia sampai kenyang"

Dia, "hei! mengarutlah! aku tak nak lah makan kari-bous, eeiiii, tak ada selera, nak tengok muka pun tak larat, inikan pula nak masakkan dia jadi lauk kari"

"hahaha, dahlah, dahlah, cerita mengarut merepek ni memang seronok, layanzzz"

Kari-bous....??? apakah? eeiiiooouuuuu

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

8 comments:

izan said...

maksu,

tu lar kata .. kalau dah menggulaikan.. x boleh nak cam dalam kari ada bous... hehehe..

ejaMaria said...

uuiittt... nama penuh tu Khadijah Raihanna... sib baik binti tak tulis sekalik... hehehe

ain said...

masak kari ekh. tp tak liat ke?? maklum le 'ayam' tua!!hihi

thunbergia said...

mee maggie kari pun sedap juga,

salamm,

puterikurekure said...

hehehe. masak kari ke maksu? sedap eh?

buat masak kurma pon sedap gak eh. hehehe~

[-suziey-] said...

umangaih..kanibal ke nk mkn kari org..ekek:D

kayteeze said...

Errk ! Dasat sangat ke bous tu ?

shasha said...

kari kepala ikan tahu laaaa...