Monday, May 17, 2010

Bertemu juga selepas lebih dua dekad



Perkenalkan diri saya sendiri kepada semua.... saya yang bertudung hitam berbaju blaus biru dan ada di setiap gambar. Tak sampai nak hampakan rancangan reunion pada hari Sabtu yang lalu, saya teruskan juga. Alhamdullilah, bertemulah kami, cuma 12 orang yang mampu berkumpul. Hingar juga suasana sekitar dengan gelak tawa. Entah bilakah akan bertemu lagi.

Kami berpisah di tahun 1990, ketika saya 21 tahun. Bertemu semula baru-baru ini, dan tahun ini saya akan berumur 41 tahun. 20 tahun berpisah. Masing-masing berbangga dengan ukurlilit pinggang masing-masing ;)

Saya lihat nama-nama hai, qyme.fuz, madu dan racun - terima kasih kerana sudi follow blog ini.

p/s: menjawab pertanyaan, tiada rakan yang berasal dari Kuantan yang bernama Maziah. Rakan-rakan sekelas saya orang KL, NS, Melaka, Johor. ITM Melaka, 1988.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

18 comments:

nabilah_2908 said...

sebelum baca n3 ni...dh try teka maksu yg mana...ternyata sangkaan saya tepat..hehe.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
YUNA

Tihara said...

wahhh..semakin jelas maksu menonjolkan diri..caiyok!!

~ yus ~ said...

Akhirnya dapat melihat maksu lebih dekat. Ada juga persamaan antara kita yer...ITM Melaka, cuma tahunnya berbeza..hehe

Mak Su said...

heh heh heh

nanti ya kengkawan, saya masih ada masalah transportation, susah nak blog walking :(

eis said...

"ukurlilit pinggang" tu ehehehe mak su kelakar. rasanya semua mak2 akan melaluinya nanti :D

HEMY said...

fuh...20 tahun...mmg lama..tak tau apa jadi kat pinggang 20 tahun..ehehehe

Yunus Badawi said...

bestnya dapat jumpa kawan2 yg dah begitu lama menghilang. Lepas ni bolehlah rapatkan semula persahabatan yg terputus sekian lama tu.

ikan emas said...

serononya jumpa kawan -kawan lama..

mesti dah ada yg makin sihat, makin slim..makin kaya, makin lawa..

shasha said...

segan nak jumpa member2 lama...

Sha said...

salam:)
akhirnya maksu muncul jua...

maksu yg baju hitam sebelah maksu tu namanya Siswadi ke...

puterikurekure said...

maksu dah reveal rupa la!
:)

aNIe said...

Dapat jumpa kengkawan sekolah memang best...terkeluar semua cerita lama...

one said...

ALHAMDULILLAH.. PERERAT SILATUL RAHIM.
semua mereka berjaya bersama keluarga..

rynas said...

sudah berani dedahkan diri hehhehe.

zue said...

yesss mak su...dpt ku lihat wajahmu yg sebenar dgn ukur lilit yg..ok lah tu.

noorlara said...

memang seronok jumpa kawan kawan lama zaman persekolahan, yg anihnya ikatan jadi lebih erat dalam sekelip mata.

Takpe jarang jenguk blog akak asal jgn lupe ke hakak dah le maksu ooi

KAMATO said...

yang tentunya saiz mesti dah berubah compare dulu

mamarempit said...

ukur lilit tu yg membahagiakan kita.....:P