Thursday, May 6, 2010

Aku bagaikan ikan masin di dalam pingganmu

Sejak joined fb ni, aku dapati ramai juga pemblog-pemblog mewar-warkan tentang blog mereka di dalam fb. Cuma aku saja yang belum. Aku segan. Maklumlah, di fb ada rakan setempat mencari makan, sanak-saudara, adik-beradik, rakan-rakan semasa di institut, rakan-rakan sekolah yang pernah mengenali aku sejak di darjah satu.

Kalaulah tiba-tiba mereka tahu yang aku ada blog, apakah tanggapan mereka? Aku bersembunyi di sebalik pokok, sedangkan mereka kenal wajah aku yang lugu ni. Aku menggunakan nama mak su, dan mereka memanggil-manggil aku dengan nama yang terpahat di surat beranakku.

Macamana? Adakah mereka akan memandangku sendeng?

[terjemahan dari vcd tttuuutttt, 'awak tidak boleh menyendengkan perkara ini'. 'barang itu adalah menyendengkan the but dia tiada di sini is']

Hish, macamana ek? Sedangkan bak kata Encik Ben Ashaari yang tidak berlakun bersama dengan Ben Kingsley di dalam filem Gandhi tu, salah-satu cara untuk meningkatkan trafik ke blog kita adalah melalui fb.

Haduh (letak tangan kat dahi), terbayangkan ikan masin di pinggan.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

23 comments:

PnConfused said...

ai pon malu gak maksu... hehehhehe...



blog utk anonymous posting...



FB... bernama... :) bukan bernama paper tuh yer...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

sama la kita...

xpnh letak pon website blog kat fb..

sogan....

sayangsayangibu said...

maksu berlindung disebalik wajah
nanti diorang mesti tercari cari wajah maksu dlm blog

fb...kadang peninglah nak berfb
naknya caht
tak terlayan
lepas satu satu
ehh
last2 LO
boleh g2?

nabilah_2908 said...

hrumm..if rasa tk selesa...mksu takperlu la letak kt fb...

bnyk cara yg boleh maksu buat utk naikkan trafc...

lebihkan blogwalking..join GengBlogger...pun ok gak.. :)

kayteeze said...

Hah ! Dulu tie buat gitu, pastu jadi malu dan kesal. Kemudian Tie delete akaun tu dan bukak yang baru.... tanpa tulis website sendiri, hihi.. barulah rasa lega.

Ain said...

join jer geng blongger maksu....

still boleh sorokkan identiti maksu...hehehe

ain selalu jugak share link blog kat fesbuk....

tapi takde la tetiap hari.....

tak koser nak online banyak tempat, kang satu kerja tak menjadi.....

embun d tengah malam said...

belum cuba belum tahu maksu..huhu

puterikurekure said...

maksu, ikan masin bacin adalah faveret saya!
:)

[-suziey-] said...

sy jarang link kan blog ke fb..tgk issue..klau isue contest or gathering sy war2kan la..yg lain2 tu xla..hehe segan gk...:D

Mak Su said...

heeheh, terima kasih semua, ramai gaks yang segan ek.... sama ler kita ;P

puterikurekure, ikan masin pekasam best gaks :)

shasha said...

hmm..yer la mak su...saya limitedkan FB utk family je...

Mr feckry said...

ala selamber je..

DrSinga said...

tidak suka ber'buku muka'
tidak suka bermuka-muka..
suka kuih seri muka...
selamat pagi MakSu!!!

KAKTINY said...

bila tiny share kat 'bukumuka'.. ada plak yg ckp "aiik.. promo blog nampak".. (cuba la bagi komen lain skit.. isy isy isy..)

pendek kata.. kalau org nak komen, seribu satu mende dia nk komen maksu.. bedal labu jer..

(syok oo bile tulih kt fb maksu panggei nama "maksu".. rasa cam unik jer kalau banding ngan yg lain2 tuh.. hihihi.. biar la org lain nk pangeei apa pon.. janji masyuuukkk pa.. sapa nak bagi RM50 saja2 kan kan kan..)

pB said...

salam


rasanya , pB pun tak akan war warkan blog pB nie kat situ

kakngah said...

maksu, kite xder FB pun.. hiks!

ejaMaria said...

FB ni membantu je... takde pun tak pe... mcm Maria langsung tak add kawan2 opis hasben... sbb FB ni banyak tak baik kendian nnt... yg Maria prasan la...

Mak Su said...

tq utk semua yg sharing, sebenarnya maksu pun mcm boring ngan fb, selalunya tak tahu nak tulis apa, huhuhu

Ibuhani said...

ha..a...knp mak su sorok identiti ye.....teringin nak tahu sape mak su ni :)

Mak Su said...

ibuhani....hehehe

Farid Fernandez said...

blog dan fb penting kerana selepas itu...



gath2 senang nak jumpa












>>____________<<

ct rahani said...

sy linkkan blog kt fb.. rasanya x der apa nk disegankan.. lg pun blog sy citer yg biasa2 jer.. hehe..

Mak Su said...

farid, orang muda bolehlah gathering, kita ni dah tuwa, huhuhu

ct rahani, saya segan, tak tahu ler naper