Thursday, April 22, 2010

Yang halus-halus dan halus

Ingat lagi tak pada cerita 'knock 3 times', ini linknya untuk yang belum biasa baca: http://arkibceritakosong.blogspot.com/2010/02/cerita-kosong-knock-three-times.html

Banyak kali aku merungut dalam hati ketika di tandas kerana rasa terganggu dengan bunyi ketukan-ketukan.

Sekarang dah tak kedengaran, alhamdulillah. Mungkin betullah, mungkin ada gangguan pada sistem paip air bangunan.

Sekarang lain pula, timbul semula cerita terlihat kelibat, malahan, kak Ti* kata, dia pernah kena cuit di dalam lif!! Iya.... ko tak percaya? Aku tak nak cakap, aku takut.

Adalah seorang rakan setempat kerja, dengan naifnya tanya pendapatku, betulkah benda ghaib wujud, entah-entah cuma mainan perasaan?

Aku dengan kebodohanku yang berada di tahap tapir menjawab, 'sudah tentulah benda ghaib ada, malaikat, syaitan, iblis, jin semua ada'. Tapi aku malaslah nak terus berdiskusi dengan dia tu, sebab dia macam jenis tolak tolak tolak semua, apa yang nyata adalah nyata, apa yang tak nampak adalah ilusi, mainan perasaan, mirage dll.

Iyalah, aku kan tak mengerti bab ni, TAPI virus, kuman, bakteria - itu semua kau perlu gunakan mikroskop untuk melihat, kira ghaiblah tu.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Ar-Rahmaan
14 - Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
15 - Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang.


Kita tutup cerita kena cuit, melihat kelibat hitam melintasi di tepi pipi engkau, tu, lihat kat tepi tu, ha'ah.... huhuhu, aauummmm

Pada pandanganku, jikalau virus kuman apa mak nenek tu, mahu dilihat perlukan bantuan mata teknikal yang boleh melihat benda halus, apakah mustahil manusia juga boleh dikurniakan oleh Allah swt mata yang boleh melihat dengan jelas benda halus?

Apa yang penting, kurniaNya dapat merapatkan lagi perhubungan ruhani antara makhluk dan Yang Maha Pencipta.

Jangan tolak tolak tolak dan pandang rendah kepada perkara yang di luar pengetahuan.

Rugi sungguh, sayang sungguh, ingatlah bahawa dunia adalah untuk diterokai. Akhirat untuk dikejar, balasan baik untuk didambakan. Semua yang ada pada kita milikNya, hendak dikurangkan, hendak ditambahkan, mahuNya

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

13 comments:

h a n i e said...

kita semua ni makhluk ciptaan nya..
cuma kita lebih istimewa..punya akal fikiran utk menjadi khalifah..


tapi..seram jgk kl teringat..huuuuu

Zareda Norman said...

apa yg penting.. tolonglah jangan cuit cuit saya. Saya hanya musafir di dunia ini menuju ke alam akhirat dan sedang mencari keberkatan Allah jua dalam perjalanan saya.. *sigh*

DrSinga said...

melissa gilbert tu masih bertocang dua kah??
:)

xiiinam said...

Malam ni...ckLah nak cuit-cuit maksu lah.....malam Jumaat ni!





Hiiiiiiiiiii...hiiii......

PinQib said...

cuit oh cuit..
malam keliwonnn

ima said...

mak su...tak nak fikirlah seram...

pak long said...

salam...
sesungguhnya benda halus ni memang ada....

thunbergia said...

sungguh seram kanns,

salamm mak,

rynas said...

minta dijauhkanlah drp cuit mencuit ketuk mengetuk ni

Aleeya said...

meh la ke opis sy ni maksu..lagi byk "gangguan" hehe

[-suziey-] said...

mcm seram2 kuku je baca story maksu ni..tp kita mmg kena percya wujudnya makhlus Allah yg halus tu :)

maksu minta izin nk copy quote terakhir tu buat kata smeangat:) bgs..mmberi kesedaran:)

Shukri Mohd Ali said...

berani ya main cuit2. gangguan seksual betul. huh.

tapi benda ni mmg ada sekeliling kita. cuma nak tampar je tak boleh.

Mak Su said...

:), saya percaya bahawa masing2 ada pengalaman mereka tersendiri, cuma saya tak suka orang yang angkuh dan tidak percaya semua, bukan percaya wujudnya syaitan hantu pengacau cuit2 bermakna bertuhankan kepada benda itu pula... kan

anyway, iya lah, biarlah orang dengan pendapat dia tersendiri, layanzz