Wednesday, April 28, 2010

Yang dikejar tetap dikejar, Yang dikendong tetap dikendong

Tetapi hati yang risau dan tidak senang, tetap sahaja risau dan tidak senang.

Balik ke rumah senja semalam terkejut kerana badan w panas, demam, dengan selsema. Ubat pula dah habis (ubat demam untuk toddler).

Suruh kakak pergi belikan ubat demam di kedai runcit pakcik K, aku pesan, 'ubat demam untuk kanak-kanak, katakan umur yang dalam 3 tahun'. Dan dia bawa balik ubat deman pil (jenis hisap), ubat ini mengandungi paracetamol, keep out of reach of childern (kalau makan ubat ni, tentu tidak dibenarkan memandu kenderaan).

Sebelum itu, w dah muntah di tepi tilamnya, di bilik air dah muntah 2 kali (malangnya henpon tidak dapat dihubungi sehari-harian semalam, salah siapa? salah line providerkah? takkan salah duit syiling, sebab aku bayar advance ni, oops!)

Aku berikan ubat pil itu kepada w, mula-mula ok, lepas tu tup-tup dia termuntah terbelahak. Terus menangis, tak nak dah ubat ni.

Geram juga, dan aku lepaskan marah kepada kakak, 'awak dulu masa kecik macam ni, mak berikan ubat air, bukan ubat pil'. Entahlah, tak tahu nak marah siapa, pekedaikah atau pekilang?
Lalu aku buka baju seluar baby w, tinggalkan sepentot saja, ambil tuala kecil, basahkan dan laplah badan w, lap sahaja, lap terus badannya sehinggalah suhu panasnya menurun, dan w segar semula. Dan seterusnya, lega, alhamdulillah.

Aku pesan pada anak2, kalau budak kecik besar baby w demam, tanggalkan pakaiannya, basahkan badannya, jangan selimut, beri minum air kosong.

Aku sangat seriau dengan anak kecil yang demam, kerana pengalaman buruk dahulu. Lihat sini, http://arkibceritakosong.blogspot.com/2009/02/everybody-will-experience.html, http://arkibceritakosong.blogspot.com/2009/02/inilah-dugaan-buat-seseorang.html

Di bawah ini gambar yang sempat diketik di hospital ketika itu, Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

12 comments:

HEMY said...

fuh..mmg risau bila anak kecik kita demam...macam2 leh jadi

Zaitun said...

Kalau anak kecil demam kena awasi, bahaya takut kejang.

pB said...

anak buah pB confirm H1N1 ...

doakan cepat sembuh nyer....

julie^beth said...

budak2 kalau sakit, memang rasa seriau n berdebar all the time

sayangsayangibu said...

semoga baby cepat sembuh

kerisauan yg amat kalau anak anak tidak sihatkan maksu?

Ejamaria said...

Mak Su, ubat demam kan mmg paracetamol... walau pun utk kanak2 cuma dos dia rendah - 250mg atau 500mg...

lagi satu len kali klu nak suruh anak/suami beli bawak botol contoh... saya mmg simpan botol ubat walau pun dah abis, utk buat contoh bila suruh husband beli...

Datin El said...

salam maksu..anak2 ni ujian besar untuk ibubapa..kena byk2 bersabar ..semuga baby maksu cepat sembuh..

kayteeze said...

Oh kesiannya. Tie dulu, anak-anak sekali demam 3 orang. Rasa nak nangis tengok ketiga-tiga terbaring macam kalah perang!

Betul tu, kena basahkan tuala, letak atas dahi, dan celah ketiak.. lama-lama suhu badan akan menurun. Kena banyak minum air, supaya banyak kencing, dapat keluarkan panas dari badan.

Choko said...

Sebenarnye bukan dak kecik je...orang dewasa pon klu demam kena banyak mandi dan minum air...sbb demam itu panas dan mengeringkan kandungan air dalam badan..Sumber...Ibu saye yg jugak sorg nurse..x caye tanye doktor...

S.C.H.A said...

semoga bb w & semua kanak2 sekitar lita ..kembali sihat walafiat seperti sedia kala ...amin

julietchun said...

tak tahan tengok budak kecik demam,rasa serba tak kena. anak buah saya umur 10tahun pun tak buleh makan pil lagi.

syahira ariff said...

selalu dulu kalau budak2 payah sangat nak makan ubat,
mak saya letak dalam pisang jer
nanti tertelan gak

=]