Friday, April 30, 2010

Tukar peranan

Baby w ajak aku main masak-masak. Dia jadi mama dan aku jadi anak. Mama pun masak, mama masak manik-manik rantai siapa entah dia dah buraikan dan mama masak dalam pinggan dan periuk yang ditemuinya dengan mudah di dapur. Tak kesah, asalkan jangan dia buat perangai.

Sebagai anak, kerja aku adalah minta makannnnn saja. 'mama' pun masakkan nasik, lauk sup, ada sayur. 'anak, anak makan ya, suap sendiri'

'uweekkk, uweeekkk (nangis), mama mama mama, mama suaplah, anak letihlah nak suap sendiri' (cakap gaya hagemaru).

lepas tu w pun suapkan aku, wakakakaka

lepas tu dah ngantuk pula, tukar peranan lagi. Dia jadi baby, aku jadi mama.

Dia nak tidur dan suruh aku dodoikan. Aku dodoikan lagu 'sallallahu ala Muhamad", dia tak nak. Sebab!? Tersalah lirik ..... Dia suruh tukar.

Selalunya aku dodoi dia dengan lagu 'solla alai kaulah huya adnani.......' lalalalala, lalalaalla (sori, terlupa lirik).

Lepas tu tiba-tiba dia cocok lubang idung aku. Aku tanya, "kenapa?"

Dia kata dia dah jadi doktor, nak cek hidung mak.

Iya? boleh?

p/s: jadi doktor kerja cek lubang idung orang ker? ish ish ish, susah sungguh peranan kamu..... ;p

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

13 comments:

anymz said...

mmg seronok main2 chenggini dgn anak2 ...

Tirana said...

bila jadi anak bongsu, selalu main dengan mak sebab mak dah tak ada sapa nak main..hehehe

Kasawari said...

mama.. mama.. mama... ha ha.. style hagemaru.. si Ammar pun selalu cakap mcm tu..

kakngah said...

haritu adief jd dktr gg
terpaksa saya 'serahkan' gg saya utk diperiksa..

Choko said...

Satu je..HAHAHAHAHAHAHAHA!! kena cucuk idung maksu!!HAHAHAHAH!!

Ibu n Abah said...

maksu,
cutenya.... baby w..

jedi said...

hahahah....w sungguh nakal...kikkikiki

Kniedaz said...

hehe..penah main doktor2 ngan danish n danial masa diorang kecik..skang ni hampeh la..diorang ajak mama diorang ni men dam ular pulak

KAKTINY said...

mmg tak habis peranan nk layan anak2 nih kan maksu kan..

julietchun said...

nasib baik baby w tak mintak sayur betul2, kalo tidak lagi haru :P

nabilah_2908 said...

hehehe..dok terbayangkan maksu bermain2 dgn Baby W...hehe.. ;)

izan said...

maksu,

lagi haru kalau dia kata meh nak makeupkan muka mama... macam-macam kaler ada... selalu kena mcm ni lar.

Yan said...

hahahah layankan ajekla yer maksu..
budak tu tengah penuh imaginasinye tu.. kejap2 tukar.. kejap2 tukar.. seb tak tukar jd otromen.. tak pasal2 mak jadi raksasa plak