Friday, April 23, 2010

Teruskanlah bermain-main

Teruskanlah bermain-main, aku adalah pemerhatimu. Dan ada Yang Lebih Hebat juga turut memerhatimu, teruskanlah. Sampai ke mana, ya?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

(Al-Mulk)

[67.16] Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?

[67.17] Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?

[67.18] Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.

[67.19] Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[67.20] Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.


[67.21] Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).

[67.22] Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

15 comments:

embun d tengah malam said...

saya suka dengan surah al mulk bacaan mishary rashid al afasy..sekarang saya dah tahu apa benda penting yang diterangkan dlam surah ni pada entri mak su..terima kasih

Mak Su said...

tq embun atas kesudian membaca. maksu mmg suka bacaan mishary juga.

Mak Su said...

tq embun atas kesudian membaca. maksu mmg suka bacaan mishary juga.

xiiinam said...

Ayat ayat dari mushaf Yang Khaliq...


Sarat dengan khazanah yang tiada tandingnya....
.....yang juga menjadi shifa' (ubat) bagi yang 'sakit'.

HEMY said...

selama ni baca tk tau maksud pun

sayangsayangibu said...

maksu
kalau betul2 kita baca dan hayati
terasa
sangat takutkan

Yunus Badawi said...

Kalau dapat cuba baca surah As-Sajdah dan surah Al-Mulk setiap malam antara solat Maghrib dan Isyak.

Besar fadilatnya.

Mak Su said...

cklah, hemy, sayang2ibu, yb - :D

Tihara said...

maksu..bagus surah ni kan..surah pilihan..saya pun suka bacaan misyari terutama surah Al Waqiah..

qaseh mas said...

Salam Maksu
tq ya atas perkongsian ini.
moga Allah berkati.

aNIe said...

Maksu...terima kasih kerana berkongsi sesuatu yang bermanafaat untuk semua...

rynas said...

kpd diri sendiri mg dapat luangkan masa membaca al-quran

Shukri Mohd Ali said...

bermanfaat. terima kasih =)

thunbergia said...

salamm n thank u makk sudi ke blog haku yang xde apa2 tuh,

LYaFRINA said...

bgus utk dihayati..agar mperbetulkan diri...

MAKSU..WASIAT DRP KG SEPENING LALAT..:-

http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2010/04/aku-terima-wasiatnya-cik-moo.html