Friday, April 9, 2010

SAYA MAHU BLOG SAYA DIJELAJAH OLEH BEN ASHAARI kerana...

perasaan ingin meNingkatkan Diri Lagi dan Lagi amat kuat mencengkam di hati saya.

Biarpun saya sudah berblog sejak tahun 2006, dan blog lama saya di sini, http://arkibceritakosong.blogspot.com/ saya tetap Merasakan Ada Kekurangan, saya berasa Amat Rendah Diri serta KAGUM dan Memandang Tinggi kepada blogger-blogger otai yang mempunyai ribuan pembaca dan mendapat tempat di dunia siber. Sebagai seorang yang menulis secara kecil-kecilan di blog, saya suka apabila curahan idea saya dibaca dan boleh dikongsi ramai.

Oleh itu, dengan rendah hati, saya menjemput saudara Ben Ashaari yang berada di http://www.benashaari.com/2010/04/blogger-baru-vs-baru-lama-bantu.html untuk melawat ke blog ceritakosong ini.

Sebenarnya ini bermula dari lawatan-lawatan dan loncatan-loncatan yang saya buat petang semalam ketika saya ketemu blog ini, http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2010/04/saya-mahu-blog-saya-di-jelajah-oleh-ben.html. Kalau tak silap saya, tuan punya blog berkenaan adalah juga 'Geng Blogger' sedangkan saya ini tidak mampu untuk menjadikan diri saya sebagai Geng Blogger kerana banyak faktor teknikal yang menghalang di tempat saya mencari makan ini. Perasaan saya yang sedikit kecewa jadi terubat bila saudari Lyafrina memberikan suntikan syahdu syabebadoo semangat :)

Semoga dengan lawatan saudara Ben ke mari, insyallah, akan bertambah majulah dunia blog kita, ehheeem, dan juga blog saya :). Di samping dapat menambah kenalan di arena siber seterusnya berbaik-baik sesama kita :) (saya tetap nyorok di sebalik benda-benda dan pokok-pokok, hehehe)

Di samping itu, tak lupa saya nak ucapkan terimakasih kepada fatinliyana & Nur Syahirah atas kesudian mereka follow ceritakosong ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

18 comments:

Mr PenyuBiru said...

wah! lepas ni femes ames aa blog maksu selepas dilawati Ben.hehe..

aNIe said...

Hehehe...maksu...jgn rasa rendah diri...sebab Maksu pun femes aper...

Mak Su said...

insyallah Mr Penyu :)

tq kak anie :)

xiiinam said...

ckLah selalu melawat maksu...





(hek eleh cikLah ni.......lu siapa?)


Hi..hii..hi..

Mak Su said...

saya hargai kedatangan cklah :)

kakpah said...

hehe.. maksu dah populer dah. Tak yah suruh Ben10 tu komen, maksu memang dah polular dah..

pB said...

salam


maksu ada ramai peminat tauuu

kak Erna said...

mak su..mak su tetap femos walau pun nyorok balik daun..balik pasu..

Mak Su said...

kakpah, pb - bukan tamak, tapi .. entah ler, mcm seronok plaks bila Ben10 kata dia sudi buat review untuk other bloggers... kot2 dia boleh mencurahkan ilmunya kat sini, kan... kita share-shareler :)

best

kak erna... hehehe (saya nyorok balik akak, boleh tak?)

Shais said...

saya pun mengenali maksu dari blog 'Taiko must die' ingat lagi dengan blog tu tapi blog ni dah tak update lagi...dari komen2 maksu tu la yang membuat saya masih mengikuti perkembangan mak su hingga hari ni ...kira lama juga kan.

Yunus Badawi said...

maksu dah femes. Lainlah org mcm saya ni.

Kalau Ben10 tu datang ke blog maksu, rasa2nya dia nak tak datang ke blog saya? Maksu tolong kenen2 lah hehehe

KAKTINY said...

nyorok balik benda ngan pokok tu ler yg buat maksu pemes.. 'wanita misteri di sebalik dot dot dot...' hahaha...

S.C.H.A said...

maksu .. idola blogger sy tau ..

Mak Su said...

shais, heh heh heh, taiko tu? :)
tq shais

yb, tentu dia sudi :), insyallah

kaktiny, hehehe (maksu spesis shy shy cat)

scha, tq scha

@xiM said...

wahhh macam menarik..nak link jugak lah..:p

zino said...

bila zino terserempak blog mak su ni dulu ya dah lupa pulak hehe

Azrul Hisham said...

salam ziarah dari blog ben... (^_^)

berguling2 kat sini jap...

Mama Miraki said...

salam..ziarah...jalan2 sampai kat sini...