Thursday, April 22, 2010

Sambung lagi cerita kahwin cepat

Salam mesra semua, berkenaan entri semalam, ingin pula saya teruskan mengulas,

MOKCIK AZWA said...
satu kelebihan kahwin muda, by the time kita 40, anak dah besar...dah abis belajar, tinggal tunggu timang cucu jer lagi.


tapi setengah orang jodoh nya lambat, ada yang tak datang langsung jodohnya di dunia...tak per jangan kecewa, pasti ada hikmah disebalik segalanya.
April 22, 2010 8:16 AM

pye:rudz said...
kawin awal atau lambat bukan urusan kita yang menentukan. itu semua kerja tuhan. takde apa yang nak dimalukan. setiap yang berlaku ada baik-buruk.


ada hikmah.

sekian, terima kasih.
April 22, 2010 8:50 AM

Alamak! Mungkin motto yang saya pegang terdahulu agak menyinggung hati orang. Ada sebabnya,

Sebenarnya di tahun 1990, selepas menamatkan pelajaran di institut, saya merantau SEORANG DIRI ke Kuala Lumpur mencari pekerjaan dengan duit di tangan tidak lebih dari RM50. Sebelum itu, abah saya yang merupakan seorang pensioner dengan pendapatan tetap hanya sebanyak RM170 dah meninggal dunia di tahun 1988 (semasa saya masih di institut). Saya mempunyai 4 orang abang-abang dan abang ipar yang garang-garang belaka, di mana beberapa orang adalah polis, special branch, askar.

Oleh itu saya tak mahu cari pasal.

Bermusafir di KL duduk menyewa dengan kawan-kawan di tengah bandar ini menemukan saya dengan pelbagai orang dan tempat (hard rock apa rock apa star semua saya dah jelajah, kelakarkan....) dan keadaan dan orang-orang yang ingin MENGENALI HATI BUDI DAN BODY keperempuanan saya, sebagai anak bongsu yang digula-gulakan dengan cerita azab neraka dll, membuatkan saya khuatir TERJEBAK ke lembah maksiat. Akhirnya, saya bertemu jodoh dengan paksu chot, bertunang awal tahun 1992, kahwin november 1992, ogos 1993 dapat anak (bunting pelamin)

Maka, sebab itulah saya memegang motto itu (berkat wanita pada perkahwinan yang cepat, mahar yang murah, cepat beranak), dan saya memang bermohon pada Allah swt untuk motto itu tercapai.

Saya tidaklah mengclaiming bahawa saya ini perempuan yang berkat, tetapi dua motto yang teratas, saya ikuti sepenuhnya (kahwin cepat, mahar murah).

Gusar pula rasanya hati ini, takut-takut jika respon semalam mungkin menyebabkan sesiapa berkecil hati.

In other words, saya sokong sepenuh hati, jiwa dan raga kata-kata mokcik azwa dan encik pye:rudz. Saya bukan nak provoke sesiapa.

Saya tidak pernah mempersoalkan tentang jodoh orang, sebaliknya SAYA INI senantiasa ditanya, bila kau nak dapat anak lelaki? Kerana biarpun ketiga-tiga motto di atas tercapai, saya TIDAK BERJAYA ada anak lelaki

- sedih saya adalah seperti sedihnya orang yang lambat mendapat jodoh dan sering ditanya bila lagi nak kahwin
- sedih saya adalah seperti sedihnya orang yang lambat dapat anak walaupun dah 15 tahun kahwin
- sedih saya adalah seperti sedihnya orang yang bercinta bertahun-tahun tapi masih belum dipinang

Saya merasakan sekelian kesedihan, dan saya tidak pernah runsing tentang perihal jodoh orang. BENAR, sayalah orangnya yang tidak pernah bertanya, 'kenapa kau belum kahwin?'

Saya bersyukur dengan anak-anak perempuan saya, yang 4 orang itu, dalam dunia ini, saya cuma risaukan kemaslahatan mereka saja.

Salam sayang,
mak su yang ada tanda x

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

12 comments:

~0~ said...

ye ku sokong maksu...tp aku xkawen lagi nie...

Mak Su said...

0 - enjoy your life, but must follow the book (al-quran dan sunnah)

Aleeya said...

Ooo sy kawen lewat la maksu..ujung2 20 an nak masok 30 hahaha, tp dpt anak cpt hehehe, kawen je 2 bulan terus peknen..ok la tu kan..

makdara terdiva said...

umur 22 sy dah kawin..tapi jodoh tak panjang..berpisah..uhuk uhuk..now anak sulong dah dejah 4..kalau pjg umur, mase sy 40 anak dah bujang..dah anak dara..insyaAllah..

tp skrg..mcm rase nak kawin lagi..haha..camne ni maksu????

Mak Su said...

aleeya :)

makdara terdiva, kalau ada jodoh, apa salahnya, manusia berhak kepada kasih sayang dan saling memberi (asalkan ikut buku)

hehehe

Sierrauniform said...

i kan target umor 25 kawen tp tak dpt lajak 3 tahun plak..last yr dpt anak hurmm mmmg rasa lambat dah tp itulah rezeki dan jodoh kan maksu..:)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

my umi kawin awal...

kalo kami p mana2 orang cakap sy ni adik dia...

berbunga hati dia..konon2 muda la.. tapi memang awet muda pon...

haha...

Mak Su said...

sierrauniform, yezza

gadis kg separa bandar, hehehe, me feel the same as your umi ;)

PinQib said...

hah/. ayah saya kawen lmbt.. nk masok 40 kawen

Ibu n Abah said...

salam mak su...
kita serupa lah...
saya pun ibu kepada 4 orang anak perempuan....
tertunggu-tunggu jugak dulunya anak lelaki.. tapi tidak lagi kini...
bersyukur kepada Allah keana 4-4 anak perempuan ini sungguh istimewa.. Alhamdulillah.....

azmal said...

add page "kahwin lambat vs kahwin cepat" di facebook...anda boleh memeriahkan lagi page ini dengan komen2 yang memberangsangkan..jgn lupa suggest untuk kwn2 anda sekali...=)

azmal said...
This comment has been removed by the author.