Thursday, April 15, 2010

REUNION KELUARGA

Malam tadi terima sms dari abangku yang tua tentang reunion keluarga yang telah dirancang akan diadakan pada 1 Mei ini di telapak keluarga di Rembau, Negeri Sembilan. Semua ahli keluarga dari keturunan Datuk Syahbandar Haji [teeettt] adalah dijemput dari pukul 8.00am, tujuan untuk mengeratkan talisilaturahim.

Budak-budak yang membaca sms ni seronok tak terhingga bila mengetahui yang moyang mereka adalah datuk syahbandar, tapi aku dah ingatkan dah, sudah-sudahlah tu berlompat bintang, moyang ni bukan yang masuk dalam buku teks sejarah sekolah tu.

Masalahnya pula, tak faham, apa maksud datuk syahbandar.

Aku nak cerita pun susah, sebab aku pun tak kenal moyang sendiri. Jangankan moyang, atuk sendiri pun aku tak kenal.

Aku kata lebihkurang dengan datuk lembagalah tu. Tapi budak-budak ni hairan juga, lembaga jenis macamana? Macam lembaga kuning yang ikut handphone itukah?

Hish, piat telinga kang.

“Bulat anakbuah menjadikan buapak
bulat buapak menjadikan lembaga
Bulat Lembaga menjadikan Penghulu (Undang),
Bulat penghulu (Undang) menjadikan Raja.
Raja menobat dalam alamnya (negeri),
Penghulu menobat dalam luaknya (daerah),
Lembaga menobat dalam lingkungannya (mukim),
Buapak menobat pada anak buahnya (kampung dan rakyat),
Orang banyak menobat dalam terataknya (rumahtangga).”

Rujukan, http://ludek05.tripod.com/warisan/

p/s: seronok ni nak jumpa dan berkenal-mesra dengan ahli keluarga, tapiku tahu, ada seorang dua juga yang tulis blog, patutkah aku berjalan sebegini?

Terima kasih kepada makdara terdiva sudi folo blog ini :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

14 comments:

sayangsayangibu said...

walaupun sya orang n9
tp adalah sya sendiri tak faham apo2 tontang adat ko,buapak ko,lembago ko..hehehehe boleh g2? ;p

xiiinam said...

Ada petikan tentang adat tu dalam buku teks Sejarah form 5. Baru je ckLah huraikan kat bebudak Cina tu...


Selamat berubion. ckLah suka bab mcm ni, sbb keluarga ckLah pun besau...

shasha said...

alamak...ada harapan terkantoi tak?

Tihara said...

ooo..maksu orang minangkabau..

مريم أبو أحمد said...

ih, maksu nih.. ade ke nak berjalan macam gitu... hehe... (ala maksu... tak behnye takleh berjalan kat blog macam biasa... :P )

ikan emas said...

seronok jumpa sanak sedara..

...sy pun sebonar eee darah minang juooo

Zareda Norman said...

maksu
yg penting silatulrahim dapat dieratkan..

farwalis said...

wahh besar reunion niiiiiiiiii

kakpah said...

err.. kito ado bau2 bacang kan maksu hikhik...

Aleeya said...

selamat bereunion..amk gambo banyk2 ye maksu..wt kenangan

h a n i e said...

salam kenal maksu... ;)
bestnye kumpul ramai2 kan...

Mak Su said...

tentu seronok banget, jaghang kitorang dapat berkumpul dan berkenal-kenalan

nabilah_2908 said...

tak faham la maksu..lembaga bagai..hehe..

tak kisah la tu..jnji dapat berkumpul ramai2..sure seronok.. :)

sejak2 nenek sakit..famili sy pun dah lama tak buat gath. ni..huhu

Mak Su said...

nabilah... hehhehehe, maksu pun x brapa faham, layannn jer...ahaks