Tuesday, April 27, 2010

Pengalaman anak buah paksu chot kena semput

Saya tak sempat nak reply komen satu persatu untuk hal semput earlier, tapi di sini saya nak sambung lagi cerita semput. Ini adalah cerita anak buah paksu chot sendiri, budak lelaki itu tidak pernah aktif dalam apa-apa pun aktiviti di sekolahnya malah tidak biasa masuk unit beruniform pun. Kelihatannya dia adalah seorang yang kurus dan lemah. Adik-beradiknya ramai dan bapanya cumalah seorang pekerja di kilang kayu arang, ibunya pula adalah seorang suri rumah.

Dia adalah anak ke-2, selepas SPM dia duduk sekejap dengan kami di KL, ikut paksu chot kerja. Tidak berapa lama, dia jemu di KL dan balik ke kampung. Selang beberapa bulan, kami diberitahu yang dia telahpun diterima masuk askar. Dia memanggil paksu chot yang dipanggilnya pakcik ben untuk pulang ke kampung kerana dia perlukan bantuan pakcik ben (pakcik ben adalah panggilan untuk paksu chot di kampungnya).

Anak buah ni meminta bantuan paksu chot untuk menguruskan, membawa dia pergi berjumpa seorang ustaz untuk minta penawar asthma.

Seterusnya, anak buah ni sukses dalam askar dan setelah posting ke Sabah dan Sarawak, sekarang berada di KL, dan tiada pernah lagi mendapat serangan asthma semenjak meminum air penawar berkenaan, alhamdulillah, doa ustaz tersebut mendapat makbul dari Allah swt.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

14 comments:

iva saionji said...

betul ke maksu..??kalau betul leh ar tolong rekomen kat member...

Mak Su said...

iva, mmg betul pengalaman ini sbb paksu chot dan emak tu sering sebut2kan..... mereka lega dan bersyukur kerana budak ini elok dari asthma/semput, dan dapat bantu mak bapak dengan kewangan, dan dapat bantu besarkan dapur. bab rekomen tu tak dapat nak tolong kot, sudah loss contact

PnConfused said...

alhamdulillah, Allah bagi sembuh...

jedi said...

syukur alhamdulliah....Allah maha kuasa...

Mak Su said...

betul tu pnconfused, jedi :)

puterikurekure said...

saya takde keturunan yang lelah...

err...adala! pak mertua saya ada lelah. huhuhu~

Rozita said...

ustaz mana tu mak su?

[s][u][e][h][a][n][n] said...

wah...sy pun de semput tapi x heavy sgt :(

Mak Su said...

intan, kadang2 faktor pemakanan :(

rozita, ada kat sinun, kat utara tanahair, dah loss contact :(

suehann, kalau tak heavy, boleh control, kot...

HEMY said...

kalau usaha dan tawakal insyaAllah..mcm kes adik yg jantung berlubang akhirnya seorang askar

Mak Su said...

hemy, yezza, kita tak tahu, tapi still kena berusaha

Cik Pah said...

hi.. blogwalking.. n pasal semput tuh, anak sulung saya baru 2 tahun 8 bulan dah dapat asthma attack.. admit gak lah kat hospital 4 hari.. skang nih under medication lah.. n standby kalau cuaca tak brapa elok..

kalau ada no. uztaz tuh bagitau yer..

thanks

Mak Su said...

cik pah, minta maaf banyak2, kita dah loss contact :(

shasha said...

takde family members yg semput..so tak sure camna rupa sebenar semput..