Thursday, April 29, 2010

Mengejar mengendong dan risau

Semalam aku ada di tempat cari makan, walaupun w demam. Dan cuma sempat buat satu posting, sebab kesibukan melanda.

Boleh saja ambil cuti kecemasan, itulah sebaik-baiknya bagi wanita beranak kecil, tetapi ada kepentingan pula di tempat cari makan. Aku kena menyiapkan

bayaran pendapatan untuk bulan April untuk kakitangan sokongan. Kalau aku tak ada, khuatir jika pendapatan pakcik [tettt] terpaksa ditunda ke hari ini, sudah tentu pakcik [tetttt] akan bermuram-durja.

Setelah mengambil uwangnya, pakcik [tettt] tersenyum ceria, dan pada belah petangnya pula, aku berasa lega kerana demam w sudah lega. Hari ini, tiada kerisauan dan boleh menghadirkan diri di tempat cari makan dengan berlapang dada. Terima kasih untuk jejak-jejak bertapak yang ditinggalkan untuk entri semalam, akanku jejakimu, insyallah :)

Terima kasih kepada Zarul_maxoil, Cik Pah, Ibuhani atas kesudian follow blog ini.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

15 comments:

julietchun said...

baby w dah sihat, lepas ni buleh masakkan tomyam utk maksu dan pakai bedak panas semula :P

nabilah_2908 said...

hrumm...bagus la w dah ok..

sure maksu gembira bila tgk pakcik tett tersenyum bila dia dpt gj kn.. :)

puterikurekure said...

alhamdulillah...baby w dah sehat.
:)

risau budak2 ni demam. macam2 boleh jadi. maksu sehat?

makdara terdiva said...

lumrahnye beranak kecil dan beranak ramai..mcm i..setiap kali anak demam, setiap kali itu kena amek EL..walaupun anak tu cuma selsema..hehehe..padehal mak yg beria2 nak cuti sekali..

pB said...

syukurrr

MOKCIK AZWA said...

alhamdulillah baby w dah sihat...camtu la ibu2 berkerjaya ni kadang2 terpaksa membuat pilihan demi kelangsungan hidup...

Mak Su said...

julietchun, hik hik, boleh, boleh :)

nabilah, ha'ah, pakcik tettt gumbira, maksu gumbira :)

tq intan, maksu ok jer :)

makdara terdiva, betoi tu, instinct dan keperluan juga tu :)

pb, :), moga anak buah dapat lepas dari bahaya H1N1

Mak Su said...

tq mokcik azwa

Ain said...

baby w dah sihat erk....

syukur la....

~wAniE~ said...

BAGUS MAKSU NIE...DPT SELESAIKAN KEWAJIPAN JUGAK...SMOGA BABY W SEHAT..RS NAME BABY W MCM WANIE JE//HAHAHA

Kniedaz said...

sudah sihat alhamdulillah..
keje dah langsai pun bagus ngee

Mak Su said...

tq ain

wanie, hehehe

kniedaz :)

Datin El said...

Alhamdulillah..dah sihat pun..lega.

Kapten said...

pakcik tett ucap terima kasih
hehe


….KANTOI AKU MEMINATI SESEORANG

Ejamaria said...

Mak Su, kite dah jumpa spam psl budak panas kat FB tu...
kat blog budak ni http://yea-yeah.blogspot.com/2010/04/rafiqin-darwisy-mati-dibunuh.html
diorg edit paper metro rupe nye...