Tuesday, April 27, 2010

Manusia bermasalah

Memang biasa sangat kita dengar, "aku ada masalah". "aku ada masalah". "aku ada masalah"

Tapi apakah dengan bercakap begitu masalah akan lari? Tak... sprinter akan lari, bila wisel ditiup, tapi kita ini, jangan lari dari masalah. Embrace and then, let go. Survive.

Bagaimana hendak selesaikan masalah andainya tidak berlapang dada, kerana setiap hari 1 masalah baru akan menerjah ke ruangan lingkup diri kita ini. Masalah datang pula, dalam pelbagai bentuk.

Oleh itu, apakah patut tinggalkan rupa bentuk manusia dan kembali ke alam haiwan? Maka nanti jadinya makan tidur kencing berak nafsu nafsi, balik balik itu, balik balik itu.

Ada banyak telah diajarkan, tapi aku percaya, dengan hati dan fikiran yang lapang, setiap masalah boleh dilalui dengan mudah. Bukan nak ceritakan tentang jalan penyelesaian, setiap individu ada pendekatan tersendiri, di sini aku nak ceritakan tentang berlapang dada dalam bermasalah.

Pastinya semua orang tahu apa itu Asmaul Husna, Daripada Abu Hurairah r.a., beliau brkata: "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, sesiapa yg menghafal seluruhnya masuklah ia ke syurga". Hadis Riwayat Bukhari.

Seterusnya bacalah doa selepas membaca AsmaulHusna, "Ya Allah, sesungguhnya aku hambamu & anak hambamu & anak hamba perempuanmu, uburku dalam genggamanmu. Perintahmu telah lalu atas diriku dan Engkau Maha Adil dlm Qada'mu. Aku memohon kepadaMu dengan segala namaMu yang untuk Engkau berikan atau Engkau turunkan di dalam kitabMu atau Engkau mengajarkan sesiapa makhlukMu atau Engkau yg sembunyikan ilmu ghaib (dalam) pengetahuanMu disisiMu supaya jadikan Quran penyejuk hatiku dan penerang dadaku serta menghapuskan duka dalam diriku".

(Rujukan: buku kecil warna putih, ada frame hijau, surah-surah untuk amalan harian [sori, tak ingat tajuk sebenar])

Terima kasih kepada followers #72 dan #73 (azliza) :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

11 comments:

ct rahani said...

yup sy setuju sgt ngan maksu.. bila berlapang dada InsyaAllah kiter leh berfikir ngan tenang cara utk selesaikan masalah.. :p

~wAniE~ said...

mslh wat kite serabut..tp ia mengajar kite jadi lebeh matang..need to face the main problem before try to solve..

kakngah said...

hdp tak lari dr masalah
masalaha tak lari dr hdp
tap
kalau ada masalah sembelit, sila makan makanan yg berserat tinggi.. :)

m.q said...

masalah tak sudah sudah

(T_T)

[-suziey-] said...

sbnrnya manusia yg xde masalah tu adalah org yg bermasalah sbb dia xde masalah..

MOKCIK AZWA said...

masalah akan jadi besar kalau ianya diperbesar2kan...

Mak Su said...

tq :)

ct rahani, wanie, kakngah, mq, suziey, mokcik azwa

Cik Pah said...

saya setuju sgt ngan coretan mak su kali nih..

Mak Su said...

tq cik pah, tq juga sbb sudi folo :)

zino said...

tukar masaalah jadi cabaran.. so selesaikan nya..

iina said...

Insyallah.. sentiasa berlapang dada.. kelak kita mampu cari jalan penyelesaian dengan mudah insyAllah