Wednesday, April 21, 2010

Maaf ya farwalis, tersalah tarikh

Ingat tak aku ada ambil kuiz di facebook, rujuk entri ini, http://ceritakosong.blogspot.com/2010/04/ambil-kuiz-di-facebook.html

Ini pula adalah respon yangku terima dari farwalis,
farwalis said...
maksu. saya lahir hari ape ek?

15 may 1986
malasnya nak cari.hehe
April 19, 2010 7:03 PM

Lalu aku pun carilah jawapan untuknya, tapi rupa-rupanya dah tersalah tarikh da.... aku buatkan kuiz untuk 15 april 1986! Tak betullah namanya tu. Alamak.... so sorry.

Tapi bila dilihat semula pada tarikh lahir farwalis, muda belia lagi dia ni. Tahun 1986 tu kan, maksu berada di tingkatan 5. Tengah struggle untuk menghadapi SPM, cita-cita nak jadi best student, tapi tak tercapai.

Walau bagaimanapun, maksu dapat best award untuk keputusan terbaik dalam mata pelajaran geografi SPM tahun 1986 di sekolah dulu, yea yea, seronok. Itupun agaknya rakan-rakan sebaya yang ambil SPM 1986 tidak berjaya melukis peta dengan baik kot, lainlah maksu ni, sentiasa berlatih lukis peta, terutamanya masa tidur. Hehehe, kat atas bantal, oops!

Tengok lagi pada tarikh lahir farwalis, a’ah, muda sungguh dia kan. Bandingkan dengan maksu, fuyoo... jauhnya! Hmmm, betapa tak mudanya aku ni.

Sambil melihat dengan penuh perasaan kasihsayang kepada bayi yang tersenyum lebar ketika diagah yang memakai lampin pakai buang, kerana mahu didukung.

Eh! Tak! Tak! Ini bukan farwalis, ini gambar adalah dari sumber emel.

Terima kasih buat firahadifa kerana sudi follow blog ini.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.


14 comments:

Aleeya said...

wah terer geog ye maksu, sy tak suka geog tak pandai sy lbh suka subjek sejarah..sy lebih kurang scha al yahya la failed geog hahahaha

KAKTINY said...

1986.. baru 20-an ler.. muda lagik tuh..

tiny tua 9 tawon dia..
soklan kuiz:- bila tawon lahir 'kaktiny'.. kehkehkeh...
tp umur profail kaktiny 72 tawon.. (buleh ker aku idop sampai umur tuh??.. andai dapat, semoga Allah brkati umurku.. amiin..)

eh eh.. ke laut dalam la plak komen nih..


uish.. maksu power geog yer.. tiny dpt cangkul jer masa exam SPM.. hampeessss....

Mak Su said...

aleeya, kaktiny, berlatih dengan bersungguh2, xtvt memeta, oops!

h a n i e said...

tahun 86? tgh jd kanak2 yg membesar bagai johan dumex..

hehehe

HEMY said...

saya benci geografi..tu je yg dpat B masa PMR

achik said...

saya geografi la plg sengal.. jenuh nak ingat nama tempat, apa hasil bumi ada kat tempat tu, etc..

err sama cam hemy, subjek tu je B masa pmr.. huhu..

Mak Su said...

hanie, mudanya.....

hemy, achik - meh sini maksu ajarkan cara lukis peta, oops!

kayteeze said...

Eh.. Tie teringin pulak nak buat kuiz gitu. Tapi, tapi... ada ke yang minat nak join ??

~0~ said...

maksu berpengalaman...mkn garam dlu org kata

Mak Su said...

tie, amik kat fb jer

0 - hahaha

Siti said...

mak su, kita sama la..dpt best student for subjek geografi walaupun tak minat subjet tu..hahaha

atty's said...

wah ..maksu teror geog ye..aty lak nyaris nak failed..ekekkeke..

PnConfused said...

1986???

ai lagik mude... ai baru 18 thnnnn.. :P

farwalis said...

ahahha. takde pape maksu..

jangan risau..

cuma bagi hadiah je nanti 15 mei. hahah