Friday, April 16, 2010

Lantas, hidungmu memerah

Bukalah mata
Lihatlah dunia
Lihatlah segala isinya
dan sekelian dukacitanya
juga cerita sengsaranya
Lantas
hidungmu memerah

Tatkala gerhana menyapa
membawa khabar durjana
bagai ingin berhenti
menjadi pendoa
Aaahhh! Usah dimakbulkan
Jangan!

aku remuk dalam ilusi
berdendam pada dendam
sebuah kehilangan yang mega
bagai terasing dalam kepompongan
Buangkan bejana duka
lepaskan dari genggaman

Rupa-rupanya sengsara itu
hanyalah helaian-helaian
yang bakal tercarik
dari jurnal harian
sebuah kehidupan
yang lama dan panjang
SAJAK > 2010 (Januari - Jun) > Permainan Jiwa disumbangkan pada Rabu, 17 Mac 2010 6:32:57 PM oleh Ayu Jamilah

Rangkap 1: Sajak, kalaulah boleh nukilan rasa ini dinamakan sajak (siapalah saya ini, cuma seorang orang kecil) melambangkan perasaan saya terhadap apa yang berlaku di sekeliling saya, kisah-kisah malang dan tragis yang menimpa manusia-manusia yang lemah. Samada disengajakan mahupun tidak disengajakan. Apabila saya lihat ke sekeliling, sebak rasa di jiwa, lantas hidung pun memerah menahan sendu tapi ditahankan juga.

Rangkap 2 dan 3: Ada ketikanya, putus-asa melanda jiwa, bagaikan ingin menjemput kematian agar diri ini tidak berupaya lagi mengangkat tangan untuk berdoa, untuk kemaslahatan diri dan sekeliling, tapi saya sedari, permintaan sedemikian adalah amat malang dan busuk, maka Ya Robbi, janganlah Engkau tunaikan sebuah permintaan yang bodoh itu yang terlahir dari ilusi kekecewaan tidak berperhentian.

Rangkap 4: Padahal yang benarnya sengsara, derita itu hanyalah suatu kisah kecil yang sememangnya akan menimpa diri kita, kerana itulah ujian dan dugaan, untuk kita. Hidup ini perlu dipenuhkan dengan sesuatu yang bermakna, jangan disia-siakan.


p/s: buat yang baru melayari laman ini, saya gunakan nama, Ayu Jamilah sebagai nama glemer untuk berpuitis (kih kih kih...alamak, ayu ker aku ni?)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

21 comments:

one said...

tafsir yg ke 4 adalah dalam..

ayu lah moksu,orang dah tengok dah...ingat takk moksu?

Mak Su said...

one, tak ingat pung. pandailah hang...

Ain said...

berjiwa sastera rupanya maksu ya....

cayalah....

ain suka bersyair....

Aleeya said...

fulamak besajak lak maksu.. ni lemah nehh hehehe

julietchun said...

teringin nak jadi sehebat maksu bermain kata2.

~0~ said...

Ayu Jamilah....sdoap nama tue...sehebat puisinya

Mak Su said...

ain, aleeya, maksu boleh menyumbangkan lagu gaks...hahaha

julietchun, oh... ini tak hebat, biasa2 saja

0, wakakakaka (esok pun nak gelak lagi)

kak Erna said...

mak su..pandai mak su bersajak dan siaf huraianya sekali..
serius..terusik hati membacanya..

aNIe said...

Hmmm...bait2 kata2 yang puitis...penuh makna...sukar ditafsirkan...

thunbergia said...

puisi bahasa yang indah,

salamm weekends,

Tie said...

Maksu yang ayu... ehehehe... Tie tak pandai nak berpuitis. Nak baca pun picing lari..hihi..

Mak Su said...

kak erna, terpaksa taruh huraian, takut sukar nak pahe

kak anie, tb, tie :)

PinQib said...

yes. akhirnya maksu berpuisi smula.. haha.. rindu sehh.. ;) salam jumaat maksu

kak ina kl said...

Salam maksu..esok kami pergi ker??bestlah cam tu..nanti tegur ek..kamu kan selalu menyorok kat sini.

Mak Su said...

pinqib :), sekali-sekala

kak ina kl, pegi, i/syallah :)

Iverson D.Yuan aka Ooi Yuan said...

tabah hati

kakpah said...

salam jumaat wahai ayu jamilah.

ima said...

salam mak su...ima tahu baca je...hehe

GDIZ said...

maksu berbakat.Berjiwa seni.Pandai menyusun kata yg kadangkala sbg pengubat duka &lara :)
Selamat Berkarya maksu.

Mesintaip: said...

Cantik susun bahasa, indah tutur bicara.

Hmm, nak cuba balas juga puisi Mak Su.(Biasa kita dengar berbalas pantun, ni nak berbalas sajak pula). Saja nak berkongsi rasa,


LANTAS, PIPINYA MERAH

Wajah di sebalik kerudung
ayu dengan lentik bulu mata
jernih sinar memancar
dari celah bingkai purdah
mengintai pacar
siapa tahu di hatinya
tumbuh mekar benih kasih.

Wajah di sebalik kerudung
dengan ulas senyum mekar
tiada siapa pun tahu
tatkala cinta menyapa
lantas pipinya merah tersipu
menahan malu, namun mahu
kerana merah pipinya
dibaluti purdah iman.

Merahnya kian galak
tatkala cincin kasih
disarung atas akad suci
pipinya benar-benar merah
kerana hati sunti
dimiliki seorang suami
mengecap cinta Ilahi
biar bersama di syurga.


p/s; Maaf le Mak_su, kalau tiada kaitan isi dengan entri Mak_su tu...

farwalis said...

nice one