Monday, April 19, 2010

Kesihatan suatu kemestian

2 minggu yang lepas aku tercari-cari doktor wanita untuk pemeriksaan kesihatan, itupun selepas merasa yang diri ini tidak sihat.

Menurutnya tidak ada apa-apa masalah dengan diriku, cuma mungkin tubuh-badan yang letih dan stressful membuatkan aku berada di zon tidak selesa.

Semalam petang menghampiri senja, aku dikejutkan dengan berita kakakku dimasukkan ke hospital Seremban, dia berada dalam keadaan koma, punca tidak diketahui, mungkin semput, mungkin batuk-batuk yang lama.

Alhamdulillah, menjelang maghrib, dia sudah sedar semula tapi sangat lemah. Tidak kesampaian hajat di hati untuk melawatnya memandangkan jarak KL - S'ban yang tidak mengizinkan, lagi pula tentu highway sesak dengan kenderaan pergi - balik (S'ban - KL, to/fro).

Hari ini, tuan tali leher di tempat cari makan ni menyatakan akan mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma, pada awal bulan Mei, tanpa berlengah, aku mendaftarkan diri.
Penatnya, kat mana-mana pun boleh lena

Di atas pokok pun boleh merehatkan diri

Kalau dapat beradu di sini, lagilah syahdu

* gambar-gambar dari sumber email.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

18 comments:

h a n i e said...

semoga kak maksu diberikan kesihatan sebaiknya..aminn..

tengok katil terus ngantuk.. o.O"

atty's said...

semoga kakak maksu cpt sembuh ye..begitu jugak maksu..semoga sehat selalu ..amin .

kakngah said...

...cegah sblm parah...

m.q said...

semoga semua nya sihat2 hendaknya..

xiiinam said...

Sihat itu rezeki...

~0~ said...

moga cepat sihat maksu

Aleeya said...

kakak maksu dah kua spital ke, moga dia cpt sembuh..

Zaitun said...

Harap2 maksu n kakak sihat.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

semoga kakak mak su cepat sht

~wAniE~ said...

jg kesihatan maksu yeee

Mak Su said...

tq semua untuk doa kalian :), so far, belum ada perkembangan pada diri kakak maksu

HEMY said...

nk sya periksa maksu? (sambil amek alat mainan doktor2 baby W)

Mak Su said...

hemy, amvoi :)

shasha said...

jom mak su join saya gi gym~!!! start esok!

Frodo Baggins said...

cepat sembuh mak suuuuu!!!
sakit penghapus dosa kecik!!


tgok panda yg gemok tu pun dah boleh buat hotak saya yg tepu ni rasa ringan. agagagaggaga. comell gilez

Mak Su said...

shasha, kat ner?

frodo baggins, tq :)

DrSinga said...

meh sini mehhh....
check dengan kita....
meh datang jalan klang lama...
(eerr...tak free lah tapi... :) )

Mak Su said...

errr, dr singa... errr, tapi... errr ;)