Wednesday, April 7, 2010

Kenangan saya bersama RTM

Entri ini adalah untuk menyahut seruan Jard (http://ignorantbrat.blogspot.com/2010/03/kontes-jardnesscom-sempena-hari-rtm-ke.html) untuk menyertai pertandingan yang dianjurkannya sempena Hari RTM ke-64. Tarikh tutup pertandingan ini adalah pada 9 April 2010.Sebagai seorang yang membesar di tahun 1970an, aku amat seronok dengan kehadiran wayang penerangan yang diadakan di padang sekolah di kampungku dulu. RTM juga ada membawa artis-artis mereka seperti Jamal Abdillah untuk buat persembahan di kampung aku. Bila tengok artis, sungguh teruja!

Apa saja yang disiarkan di televisyen hitam putih berpintu sliding yang dibeli oleh arwah abah dulu tetap ku tonton, Slot Bintang RTM - artis-artis yang dipopularkan oleh RTM seperti Rosemaria Abdul Hamid, Rohana Jalil, Ramlah Ram, dan lain-lain, memang sangat sinonim denganku.

Sebagai peminat lagu-lagu sentimental rock, insiden yang palingku ingati adalah apabila artis-artis rock berambut panjang tidak dibenarkan muncul di kaca tv (RTM) lagi, sehinggalah Dato' Mohamad Rahmat memotong rambut ikon rock - secara live di kaca tv, Amy dan Awie.

Sekarang, aku memang suka menonton berita RTM, Apa Kata Wanita (Jard, jemputlah maksu pegi menonton Apa Kata Wanita), Bilikku Syurgaku, rancangan orang bujang memasak setengah jam ajer, rancangan IKS, juga rancangan Anjung Seri yang hostnya adalah Era Fazira (rancangan ni sangat singkat, saya tak puas hati); walaupun warna yang muncul di RTM1 & 2 adalah pudar-pudar dan kusam belaka, kenapa?

Akhir kata, terimalah pantun segera ini dari maksu,
Bunga raya bunga kebangsaan
Jalur gemilang tetap di hati
Radio Tv Malaysia jadi kebanggaan
Teruslah maju harapan kami

"Sempena Ulang Tahun RTM Ke-64, dilangsungkan program Sorakan 1Malaysia 1Dunia dan Gegar Generasiku yang mengalu-alukan kehadiran orang ramai dua hari berturut-turut pada 3 dan 4 April 2010 seawal 8.00 pagi bertempat di perkarangan Kompleks Angkasapuri, Kuala Lumpur. Jom pergi ramai-ramai!"

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

14 comments:

ct rahani said...

jarang sgt tgk rtm skrg.. kdg2 je tgk movie kt tv2.. selalu tv3 la jd pilihan.. :p

unfiltered-madness.com said...

RTM kusam2 sila tanya Jard
dia yg uruskan bhgn tu
hehe

zino said...

jarang tengok TV tak tau le apa pertandingan yg ada hehe

Mak Su said...

ct rahani, kalu movie, maksu tgk astro

unfiltered, hahaha, nanti nak tanya kat dia

abg ngah, jard yang buat pertandingan ni, bukan rtmnyer

[-suziey-] said...

hehehe..smga rtm semakin gah sebaris stesen2 swasta,,

Jard The Great said...

hehehe.. terima kasih mak su..

Mak Su said...

suziey, i/syallah

jard, tq sudi buat contest :)

HEMY said...

fuh...saingan saya ni..ekekeke...RTM mmg pudarrrr

julietchun said...

kat rtm banyak drama yusof haslam ye :P

Mak Su said...

hemy, tak per ek :)

julietchun, oh ya ! lupa plaks, gerak2 khas :)

Zaitun said...

Salam Mak Su

Kak Zai jarang sangat tengok RTM kadang2 banyak program ketinggalan.

KAKTINY said...

amboi... siap ada sorakan 1Malaysia..

tiny sorak utk maksu.. GO MAKSU GO..

hahaha..

xiiinam said...

Zaman-zaman TV hitam putih tu...bekalan elektrik pun tak sampai lagi rumah ckLah...terpaksa berjimat dengan bateri besar atau generator...

(Nasib baik masa tu cuma ada satu siaran...dari pukul 6 ke 12 saja)

ckLah membesar di zaman combat!

Mak Su said...

zaitun, sincerely, ada gaks yg best2 :)

tq kaktiny

cklah, seghuper ler kita :)