Tuesday, April 6, 2010

Kenangan jumpa selebriti Malaysia

Saya baru tonton AF tadi malam, ulangan minggu ke 3. Rasa ralat sebab didapati tidak berapa bestlah; alahaiii abang long, Norman KRU. Tidak ada gelombang aura Tsumawi lagi nampaknya biarpun aura Tsumawi sudah pun mula ditenggelami oleh pendatang-pendatang baru dunia seni.
Nama Din Beramboi disebut beberapa kali. Bagi diri saya, peluang untuk bertukar-tukar bicara (secara kecil-kecilan) dengannya di tahun 1990an memang menjadi sebuah kenangan. Ketika itu saya bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi pioneer yang popular di Malaysia, dan syarikat ada sebuah projek melibatkan selebriti dan Din Beramboi merupakan salah-seorang selebriti jemputan. Din Beramboi memang terserlah keramahannya dan saya cuma mampu tersengih-sengih saja bila disapanya (maklumlah, saya ni kan shy-shy cat).

Ketika itu watak Din Beramboi hangat di majalah satira, kalau tak silap, majalah Gila-gila yang merupakan satu majalah wajib bagi diri saya ketika itu. Saya sering melihat arwah Din Beramboi datang ke pejabat syarikat dengan motosikal besarnya dan senyuman tak lekang dari bibirnya, dia boleh senyum kepada siapa saja tanpa mengira usia atau rupa.

Ketika suara Din Beramboi berkumandang di Astro telematch (channel kanak-kanak), saya memang terhibur dan gelak pecah perut dengan ulasan-ulasan tak tentu halanya. Takziah buat keluarga arwah, kehilangannya pada usia 44 tahun memang mengejutkan, al-fatihah

(saya tiada gambar atau otograf beliau untuk dijadikan bukti, cuma memori sahaja. Paksu chot pun ada melihat Din Beramboi secara dekat buat beberapa kali, setiap kali Din Beramboi muncul di tv/radio, paksu chot mesti cakap, "oohh, dia ni...". "ooohh, dia ni"... recently Paksu chot cakap, "dah tak ada dah dia ni")

Terimakasih kepada paklong (sudi folo saya di sini juga) #48 dan asfaliza, follower #49, dan juga Tirana (sudi folo saya di sini) :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

11 comments:

Chik chuMeLL said...

tak minat AF dah skrg ni..dull giler..mcm zaman2 ramlah ram jer..huhuu

pB said...

Salam Mak Su


hari ini hari selasa
esok hari rabu ...

dah lama tak tengok AF nie ..
dah hilang kehebatannya pB rasa.

Mak Su said...

cik chumell.... adakah cik chumell teringat lagu abpbh baru2 ni? lagu yg dinyanyikan oleh kak engku dan shira?

pb, iya ler...

Datin El said...

Mak Su..kite minat aruah Din Bramboi ni..lawak dia mmg gile2..AF dah tak minat..

Mak Su said...

Datin El, sama :)

aNIe said...

Maksu...akak masih teringat gelagat dia di rancangan Raja lawak...minat kat dia...suka lawak spontan dia...

Al-Fatihah buat arwahnya.
Akak dah lama tak tgk AF...

Adry said...

tak pernah jumpa arwah din tu lagi.. takper la..

Adry @ http://www.adrysabry.com

sharamli said...

hu3..da lama x tgk af..

Mak Su said...

kak anie, mcm baru semalam, kan

adry, tak per, hihihi

sharamli, maksu ter'tengok' ulangan, tu pun mcm tak faham konsep, huhuhuhu

Erna said...

mak su..lama betul tak tengok AF..dulu konon..keje shif...dah tak keje shift pulak..mata tak mau celik..he he..

Mak Su said...

kak erna, auranya dah kureng, seronok kureng, tak per... :)