Thursday, April 1, 2010

Helah syaitan menggoda manusia

Alah....tak mahu layan perasaan sangatlah, fikirkan tentang perkara lain lebih baik, lebih bermanfaat juga. huhuhhu. Aku dah selesai membaca buku, '51 Kisah benar, mengungkap kisah-kisah hikmah terpendam' oleh Ahmad Najieh

Helah Syaitan Menggoda Manusia adalah kisah ke 36. Iaitu tentang percubaan seekor syaitan menggoda seorang manusia iaitu seorang ahli ibadah yang kusyuk dengan seruan syahwat dan maksiat juga takut. Tidak dapatlah syaitan itu menggoda manusia berkenaan untuk menyahut godaannya. Akhirnya syaitan pasrah dan ingin bersahabat dengan ahli ibadah itu pula. Bila sebut sahabat, ahli ibadah mula takut dan menolak pelawaan syaitan itu. Dalam waktu yang sama, syaitan juga berjanji untuk menceritakan helahnya kepada ahli ibadah. Ahli ibadah tidak menerima persahabatan itu tetapi menyuruh syaitan menceritakan hal-ehwal teknik godaannya. Lalu syaitan bercerita yang dia menggoda manusia dengan 3 cara:
1, kikir (kedekut) - takut hilang harta hingga tak mahu keluarkan zakat dan sedekah.
2, marah - akan buatkan manusia kehilangan akal warasnya dan mudah dipermainkan seperti bermain bola
3, mabuk - bila manusia mabuk, dia akan mudah menurut bujuk-rayu syaitan ke arah kemaksiatan seperti seekor kambing.

p/s: saya nak ucapkan terima kasih kepada Eryati dan AnwarNaim atas kesudian mengfollow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

20 comments:

Ms.Independant said...

klo dh mrh mmg susah nak kawal.
mase tu klo setan hasut mmg cpt je nk ikot!

amu mejie said...

yg boleh wat sahabat skang ni " ali setan" je....bagus dia skang..:D

makaseh ats pkngsian bmkna ni ye mksu...

Mak Su said...

ms indie, betoi :)

amu mejie, tq, respek kat ali setan :)

xiiinam said...

Bagus MakSu ...bagus...


Di hujung-hujung waktu Asar ni, tak baik melayan perasaan...setan masa nilah dia aktif nak kacau manusia...

kayteeze said...

err... kadang kadang manusia tu sendiri yang setan, kan.. :(

Mak Su said...

tq cklah

tie... oops! hihihih

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Cerita menarik dan memberi peringatan kepada kita.

puterikurekure said...

tq maksu!
saya akan ingat pesanan tu.
:)

aNIe said...

Maksu...syaitan tidak akan penah berhenti menggoda manusia...semoga kita sentiasa dilindungi ALLAH...

Erna said...

mak su..semoga kita dilindungi dari syaitan yang direjam...
tima kasih mak su..share info..ingat mengingati..ada kala kita alpa...

sayangsayangibu said...

NATES tu, memang mencari peluang, dan harap kita semua tidak leka dan memberi peluang untuk NATES mneghasut kita
(sila eja terbalik ;p )

eis said...

terima kasih atas perkongsian ilmu :)

IEYNA said...

salam maksu...

ermmm syaitan mmg suke menyesatkan umat manusia....pekerjaan tetap syaitan...hhuhuhuhu...

jgn tinggalkan solat...ingatan utk kite sume...

zino said...

info yg amat berguna..

Fadli @ Eddie... said...

maksu dah kena tagged!

kakpah said...

setan memang ambil peluang je nak goda manusia.

MOKCIK AZWA said...

Padat penuh berisi mak su...i saspek u...err... respek u... :)

@xiM said...

saya masih dalam proses mengawal marah..tak elok marah kan..

suara said...

Risau kalau hati rasa panas (marah)... rasa macam dekat je dgn api neraka. Huhuhu...

Lindungi kami dari api kemarahan ya Allah!

PinQib said...

setan3 . YA ALLAH.. jauhkan ak dari godaan syaitan..