Monday, April 5, 2010

Dunia blogku yang penuh kegelabahan

Ceritakosong ini bermula di tahun 2006. Bercakap tentang blog, bagi aku tidak sah rasanya jika kita tidak saling merespon kepada entri masing-masing, oleh kerana itu, aku jadi gelabah bilamana followers telah tertinggal di tempat lama, aku cuba juga untuk transferkan ke sini,

namun tidak berjaya, tak apalah, aku terima keadaan itu, tak perlu gusar sangat (sebenarnya aku juga sentiasa berusaha untuk melawat blog mereka, jika boleh setiap hari). Selain dari itu, ada satu lagi hal yang buat aku gelabah iaitu bintang Nuffnang. Sejak dari pertengahan tahun lepas, memang aku dapat 5 bintang 5 bintang. Tiba-tiba aku kehilangan 5 bintang! Cuma tinggal 5 sahaja, cuma tinggal iklan leaderboard saja.

Aku re-install codingnya beberapa kali, dan oleh kerana gelabah, aku tambah pula iklan sidebar. Dan sekarang, TIBA-TIBA aku dah ada 13 bintang, hehehe.Bila melihat pula kepada pelawat-pelawat yang datang dari serata arah, aku gelabah, adakah blogku telah memberikan kepada mereka apa yang mereka cari, oleh kerana itu, sekali-sekala aku akan menulis di dalam Bahasa Inggeris.

Tapi bila tengok kepada keywords search yang telah mengesan blog ini, gelabah hilang, jadi gelak pun ada hairan pun ada, keliru pun ada:

mula minum air akar siti fatimah (ni tentu cerita mengandung, bersalin)

lagu sudahnya terlambat oleh sidi (cari lagu gaks?)

aku adik beradik mak ayah selalu bergaduh,punca kecil je..ini akibat saka (haaa??... siri kisah seram kot, yang pernah aku tepek kat blog)

maksud Consume ginkgo biloba (heh heh heh, maksu yang pelupa)

gambar angelina jolie (cekci)

akar siti fatimah untuk bersalin (carian tentang petua bersalin ler ni)

MAKSUD HAMLAU (hamlau? apa maksudnya?)

TELAHPUN (telahpun...? so?)

tips shiki tersumbat (shiki tersumbat jangan cari maksu)

nuffnang (ooohhhh)

cerita wanita solehan zaman nabi (siri kisah agama ler ni)

akar siti fatimah kembang (petua bersalin lagi)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

22 comments:

kayteeze said...

Maksu, janganlah asyik menggelabah.. hehe.. sekarang ni kan dah popular :)

xiiinam said...

He..he..he...bila tengok key word orang cari blog kita...kekadang seram!

~0~ said...

maksu mmg pebret aku...hahhahah

Mak Su said...

tie, mmg gelabah tak tentu hala, hihihi

cklah, mmg...serreemmm

tq 0, hang pun favorite maksu gaks :)

IEYNA said...

ieyna pun tgh menggelabah jgk ni maksu....huhuhuhu...

maksu nnti bagi alamat ek...nak bagi kad cantik ni :)

Riezal aka Rezdrake said...

hahah shikiii.. manje lak bunyi sinki diaa.. xpe maksu.. daku percaya anda dapat revive kembali blog ini seperti yang sedia ada.. insyallah

Jard The Great said...

aku pon gelabah.. ehehe

Tihara said...

maksu..saya punya bloga adew orang cari main dengan mak bidan..mamposs..
gile ke hape..

maksu yg hebat pun masih gelabah..saya ape tah lagi..

Mak Su said...

ieyna... okie dokie

riezal, hahaha, shiki

jard, err, gelabah gaks? nanti maksu buat cerita rtm ya

tihara, main ngan bidan?....wakakaka

Mak Su said...

p/s: yg sebenonya, ada satu keyword wajib, setiap hari mesti ada ni...."main dengan maksu"

kuwang ajaq... kan!! kuwang ajaqQQQ!!!!

Erna said...

mak su..akak masih lagi tak dapat buat..tak mau jadi..macam mana nak tau darimana orang yang baca blog kita tu..

Mak Su said...

kak erna, akak kena gaks install either motigo status or check melalui nuffnang pun boleh

Yunus Badawi said...

Maksu mmg hebat. Ada banyak bintang.

izman said...

teruskan gelabah maksu. makin gelabah makin fofular. best tu. jelesnya...

pak long said...

salam buat mak su...
amboi lawa rumah baru....

Zareda Norman said...

mak su dah fofular gitu.. hehhehe

tadi ingta salah rumah kot.. ropenyer design baru.. cantik

one said...

Jalan yg biasa dilalui tidak menuju ke rumah yg biasa dikunjungi. Gelabahnya amat,apatah lagi bila melihat papan tanda rumah ditutup....pergi tanpa berita?
Alhamdulillah,gelabah hilang jua kerana kuatnya ikatan tali itu.

Whitetulip Tales said...

Salam Maksu..

Mana bley lupa maksu..ca..yang maksu..muah!

zino said...

makna nya macam2 ada hehe

Adry said...

dah popular ni... hehehe.... ramai pelawat ooo... tahniah... saya punya ckit jerr...

Adry @ http://www.adrysabry.com

artisticklytouch said...

nak buat jugaklah, tengok apa jadi

DrSinga said...

'main dgn maksu???!!!!"
sungguh kurang ajar mangkuk itu!!!
:)