Monday, April 26, 2010

Dia tak datang sebab dia lepak di hospital...

"Kenapa lepak di hospital pukul 10pagi? dia melawat kawan dia beranakkah?", tanyaku tatkala si penerima panggilan di sebelah sana menerangkan kenapa minnie tidak datang berkerja.

Aku sedikit bengang, lepak di hospital? Kerja yang ditinggalkan terbengkalai ini macamana? Tapi selepas si penerima ketawa-ketawa mendengar remarks dariku, barulah dia menerangkan, Minnie sebenarnya pengsan di tempat cari makan kerana semput/asthma. Oh, manaku tahu, engkau patut terangkan dari awal, jangan menjemput remarks bernada songsang, huhuhu

Teringat kepada kakakku yang dimasukkan ke hospital, dia pun semput/asthma juga.

Sebentar tadi, hubby menelefon, jirannya di kampung, iaitu di utara tanahair, telah pun meninggal. Makcik A. Innalillahi.......

Makcik A juga ada semput/asthma, selalu dia komplen, 'makcik penat, makcik penat'. Bercakap sedikit pun sampai mencungap-cungap. Selain dari itu, makcik A juga adalah was a cancer survivor. Makcik A adalah (was) besan kepada ibu mertuaku.

Nak ucapkan terimakasih buat follower #69 dan 70, juga Nonie, follower #71.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.


24 comments:

Jard The Great said...

al-fatihah buat makcik A.. huhu

kakpah said...

jaga-jaga bila semput. Bahaya..

Mak Su said...

tq jard, iya kakpah

Tihara said...

kalau boleh takmo lepak kt sepital..

embun d tengah malam said...

al fatihah

HEMY said...

takleh work from hospital ke???

shasha said...

owhh...takziah..

artisticklytouch said...

aku follower # berapa? ke i tak follow lagi?

kak ina kl said...

al fatihah

julie^beth said...

asthma n semput kalau tak kawal n dapatkan rawatan yang sepatutnya, konfem, akan memakan diri sendiri

PnConfused said...

risiko tinggi time tgh h1n1 skang.. hati2 yerrrrr...


innalillahiwainnailaihirajiunn....

Aleeya said...

takziah n alfatihah...

pB said...

Salam

baru balik dari A.Puteri. Anak buah masuk ward tengah hari tadi. Influ****.....

Hmmm ...
Doakan agar anak buah pB cepat sembuh nyer...

Tks.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

mak su,

boleh je naik kereta sampai atas~ pasti dapat pengalaman baru sebab memang mencabar hehe...

takziah atas kematian mak cik A

rynas said...

ayah saya pun semput sudah tiga hari kat hospital selayang

joegrimjow said...

sedekah alfatihah

Rozita said...

al-fatihah buat Makcik A, takziah buat keluarganya.

mak su..ada semput jugak ke?

ima said...

salam mak su..

Al-fatihah juga buat mak cik A..mak cik saya pun meninggal sbb semput...

Bro Framestone said...

salam mak su

terase riso semacam je bile dgr cam nie.. saya pun selalu semput bila bercakap non stop he..23x

BroFramestone Blog

MOKCIK AZWA said...

Al Fatihah buat yang telah pergi..

[-suziey-] said...

xde kena mengena kan kisah kwn maksu ngn makcik hubby tu? apepn takziah utk arwah makcik tu..

mamarempit said...

ye..saya pun tk mau dh tengok itu nebulizer punye mesin tekap kt hidung & molot saye...tk mau kena cucuk lagik..tk mau dok spital lagik...tk mauuuu...

tp makan tk reti nk pantang..... :P
alhamdulillah...saya dh sihat...tp tk bleh buat keje umah over limit...nt saya penattttt...

zue said...

suami zue pun 2 hari melepak..kat umah je...semput gak.

Mak Su said...

thanks semua yang tinggalkan mesej di sini mahupun tak tinggalkan, i appreciate your prayers so much

thanks