Monday, March 22, 2010

Tutorial: Meletakkan iklan nuffnang di bawah post

Atas permintaan ain, dan kak erna, saya akan cuba menerangkan seringkas mungkin.

Sudah semestinya kita kena jadi ahli nuffnang, ia bukan sistem MLM ataupun member-get-member dapat percuma satu t-shirt, oh tidak. Daftarlah, tak kisah. Nuffnang advert is 'in' now. Di sini, kita perlu bermain dengan html coding, dan kena teliti, sebab kalau tak teliti, hasilnya makan hati.

Selepas login, anda sekarang berada di dashboard (bukan keyboard). Masuk ke layout, masuk lagi, ke 'edit html'. Masuk lagi, errr, maksud saya, sila klik 'expand widget html'. Buat pengetahuan semua, iklan yang terletak di bawah post itu namanya 'large leaderboard ad'. Tadi sudah pergi ke website nuffnang dan ambil codenya, kan..? dah kan? dah lom?

Oklah, copy code itu dari nuffnang punya website, iaitu dapatkan di 'add ad', copy code (large leaderboard ad) ke atas sekeping kertas (word doc).

Sila perhatikan dengan teliti gambar, make sure you click the kotak, 'expand widget templates'.
1 - copy dan paste iklan large_leaderboard_ad dari nuffnang ke word.
2 - click expand widget templates, letak cursor di dalam kotak coding html, select all, copy dan paste ke word.
3 - baca code html itu di word dengan teliti untuk mencari perkataan 'adend', 'adcode', 'adstart', 'loop', 'adend'. Tang ni memang susah sikitlah, saya gunakan kanta pembesar, kalau tak cukup saya pinjam cermin mata amoi sebelah, kalau masih tak nampak, saya tambah pula kanta mata contact lens warna biru firus beli kat kedai cermin kat seberang jalan nun (perkataan berulang, sebut 2 kali, mesti cikgu marah)
4 - selepas berjumpa ruangan tersebut, berikan ruangan sebanyak 2 baris lagi, enter enter, dan dengan berhati-hati penuh teliti sila copy code iklan dari word tadi, paste di ruangan yang berkenaan.
5 - copy sekelian coding html yang baru ni, paste semula ke blog layout (ruangan html) dan save. View blog dan belek, dah keluar tak iklan di tempat yang berpatutan?
6 - lompat bintang dan jalan itik kalau dah berjaya. Kalau tak berjaya, cari lagi... dimana salahnya.

Gambar diambil dari website nuffnang, maaf ya, apa nak buat, orang tanya saya kenalah jawab. Sumber rujukan, tentulah nuffnang.

Saya mewar-warkan supaya sebarang kemusykilan, sila rujuk di nuffnang, dan mereka ada helpdesk yang helpful, untuk membantu anda :)

(Terima kasih kepada Yan, eis, amu mejie dan ritasuzyanti atas kesudian mereka following blog ini)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.


12 comments:

Ejamaria said...

wah TQ... maria baru je blaja buat benda2 ni... info yg sgt berguna... TQ sangat2

ima said...

salam mak su...lamanya rasa tak dtg sini...mak su sihat ke?...penerangan yang amat jelas..hehe

zue said...

nuffnangku yg tak naik2. huhuhu.

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

terima kasih cikguuuuuu...

nOtaKaKiKiNa: maksu...kina ada TAG tuk maksu. sila dtg ke bLog kina yew. harap2 maksu sudi lah jawab TAG kina tuh.

Mak Su said...

ejamaria, tq

ima, sihat... tq

zue, sabar, sabar

kina, tq... hah? tag? huhuhuhu

Ain said...

maksu, nape ain buat tak jadik....

huhuhu.... nanti ain try lagi sampai dapat....

thanks maksu...

mamarempit said...

tgh smangat nk buat ni....rajin skang mak su ye....nt saya buat....tgh nk ketuk pintu nuffnang....hehee

Mr PenyuBiru said...

cayalah maksu..nice sharing..

Mak Su said...

ain, oh.. cuba lagi, cuba lagi. mesti cari perkataan2 yang penting2 tu.....

mamarempit, yes, ketuk jangan tak ketuk

mr penyu.....ada pertanyaan, ada jawapan :)

kak ina kl said...

salam maksu..nasib baik dah ada nuffnang kat blog..

Mak Su said...

kak ina kl :)

Erna said...

mak su..tak nak la lompat katak..