Friday, March 26, 2010

Sihat seorang yang sihat

Salam pagi Jumaat buat semua,

Kalau kita tak sihat, macam pening, migrain, infection mata, demam, batuk, sakit kaki, muscle koyak/tegang, sudah tentulah kita tak war-warkan kepada orang lain. Nanti takut dapat respon, "alah, sikit pun nak kecoh".

Tapi bila jumpa orang ataupun saudara-mara, dan mereka asyik mengata, "engkau tu sihat, lainlah macam aku ni, sakit teruk", apa perasaan anda?

Walaupun aku ni anak yang bongsu, supposedly manja, gedik, poyo, perasan, busuk punya kaki, dengki kepada kelebihan orang lain TETAPI aku membesar dengan seorang saudara kandung yang sakit dan perlukan perhatian. Secara tak langsung, ia membuatkan aku jadi seorang yang 'murung', menyendiri, buat hal sendiri, buat keputusan sendiri, berdikari, degil, kaki memberontak, panas baran, cepat marah, cepat naik angin, mudah tensi, jangan nasihatkan aku kerana aku boleh jaga diri sendiri, di manakah engkau waktu aku perlukan engkau dan lain lain perasaan yang memberikan impak negatif kepadaku hingga ke hari ini.

Aku membesar dalam perasan - 'engkau kena mengalah sebab saudara kandung engkau sakit dan perlukan perhatian dari ibubapa dan kaum keluarga', 'engkau kena buat kerja, engkau kena pegang tanggungjawab begini begini', 'jangan meminta-minta, kami tiada masa nak dengar, jangan berharap-harap, engkau tu sihat, buatlah hal engkau sendiri'.

Iya, yang benarnya, buat sesiapa yang membaca blog ini... itulah aku. Seorang yang depresi.

Hari ahad lepas, aku diberikan rasa, dada rasa ketat dan pernafasan menjadi berat buat 3, 4 minit. Aku fikir, nak mati dah aku ni, mati lemah jantung agaknya.

Selain dari itu, lutut dan bukulali dan tumit senantiasa sakit, kadang-kadang jalan terdengkot-dengkot. Kadang-kadang terpaksa berpaut pada perabut sebab tak boleh nak berpijak di lantai. Rumah tidak memakai permaidani kerana aku ada alahan kepada habuk. Aircon tidak boleh pasang kerana climate rumah aku memang sentiasa sejuk sebab berada di tanah yang agak tinggi berkabus tebal, lagipun orang yang ada migrain macam aku, tidak boleh berlampau-lampauan sejuk atau panas. Jikalau berada di bawah terik mentari, sekejap sahajalah, migrain... hingga ke petang tak boleh buat apa-apa.

Beginilah sihat orang yang sihat. Apakah patut aku mendapat sakit kronik barulah orang akan bersimpati terhadapku, dan mereka akan nampak aku?

Aku biasa bersendirian, aku biasa mengalah, tapi aku juga bisa nangis, kerana aku bukan superman.

Aku sudah katakan, aku orang busuk, aku bukan orang baik, 'hey dude, look elsewhere, you will regret it when you know me'.

Aku sesal dengan percaturan hidup di dunia yang aku lalui, iya memang, kita tatang orang yang tak sihat bagai menatang minyak yang penuh, tapi bagaimana pula dengan orang yang dipinggirkan, patutlah kita anggap mereka (anggap aku) sebagai badut?

Pernah tengok cerita 'i am joker?' (cerita hindustan). Buat orang ketawa, tapi dia sendiri (aku sendiri) menangis tanpa ada sesiapa menghulurkan tangan. Kerana apa? kerana you such a funny person, i like you so much. Ingatlah, aku bukan guinea pig untuk kau kenali dan kau kaji.

i may be a human
but i am born with no heart
or is it crippled?
i don't know
because i never checked
do i have to?
i thot i am your clown
till death
- maksu

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

18 comments:

zue said...

salam jumaat ,
sedih lak baca n3 mak su kali ni..sy pun pernah nengok citer i'm joker..menghiburkan org tapi diri sendiri terpinggir.

harap mak su jaga kesihatan.

~0~ said...

sabar ye maksu...

PinQib said...

hemm..
ngadu pd ALLAH je lah.. sakit sihat semua bawah dia..

klu saya., cakap suruh sabr je.

julietchun said...

itulah juga yg selalu saya perhatikan,yg sakit akan dilayan bagaikan raja, org yg menjaga yg sakit tak diendahkan.

pB said...

salam Mak Su ...

kesihatan itu memang penting,
kalau dah sakit , macam macam perkara kita tak leh nak buat

Mak Su said...

zue, 0, pinqib, julietchun, pb - maaflah, rasa sedih plaks hari ni saya ni

puterikurekure said...

cian nye maksu.
apa la orang tu. kite ni kuatkan maksu. takkan saket hati tu takkan nak pi citer kat dia plak. kan? kan?

Mak Su said...

entahlah intan ... :(

Mr PenyuBiru said...

sabar maksu.. tabahkan hati maksu menempuh dugaan ini.semoga maksu cepat sembuh.

HEMY said...

sakit upanya mak su selama ni di diamkan saje ye..takpe le...setiap sakit menghapus dosa

Mak Su said...

tq mr penyu - sakit jiwa lagi parah dari sakit badan

hemy - badan ni sementara jer, tak per, tq :), u are very kind

shasha said...

mak su..meh gi massage ngan kite meh!

Erna said...

mak su..kalau diri kita..kita saja yang tahu..orang memang pandai cakap..kita yang tanggong kesakitannya..

Mak Su said...

shasha, perasan nak tu ada..... tapiii

kak erna :(

Rozita said...

luahan perasaan maksu ke ni?
macam tk caya plak :))

Mak Su said...

rozita, selama ni diam jer...tapi bila selalu kena 'pijak', lama-lama tak tahan jugak..... tensen, kalau disimpan, takut bertambah parah di jiwa.

soffya said...

ye, kita bukan superman...tapi kdg dunia menuntut kita jadi begitu.maka, bersabarlah...

ima said...

mak su...banyakkan bersabar ye...jaga kesihatan tu!!