Wednesday, March 24, 2010

Belakang tabir dan gambar-gambar

Di sini aku lampirkan beberapa keping gambar anak-anak yang berlakun tambahan baru-baru ini... itu mereka, dengan kawan-kawan, sebelum memulakan shooting (eh wah, macam artis pulak)


Suatu pengalaman baru yang menyeronokkan buat mereka.

Petang ini pula, kakak katanya berombong-rombongan (di bawah pengelolaan NGO) akan pergi menonton rakaman 'Jangan lupa lirik'. Sementara kakngah akan memulakan sesi latihan hoki setelah terpilih ke peringkat daerah.

Apa yang nak dimasak malam ni? Entahlah, kalau ikutkan baby w, dia akan masak nasi bubuh butang, bubuh pisang.... Gambar di bawah ini adalah masakan yang telah disediakan oleh kakngah dan kakak, sambal udang dan sayur campur, dan kaklang memotong buah-buahan... healthy food :)
Tengoklah si w tu, siap lepak-lepak sementara tunggu hidangan dihidangkan.... takut nak suruh dia masuk ke dapur... entah apa menu yang disediakannya nanti.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

19 comments:

zh-ena said...

klu masuk dpr mak su tak dpt nak msk la tlg tgk bby w yg masak di dapur :D

ez said...

salam..
mak su..tahniah..sume anak mak su berbakat..kakak bidang lakonan..kak ngah sukan n baby w memasak..untung mak su...hahaha..alhamdulila.:)

zue said...

bagusnya anak2 mak su dah boleh di harap...klu mcm ni dah leh masuk meminang...he3.

nabilah_2908 said...

bila tgk lauk2 yang ank2 mak sue masak..perut ni menejrit minta di isi...huhu..sabar jer la.. ;)

Mak Su said...

ena, hehehe

ez, yg benonya kakngah lebih menyerlah belakon pun...hehehe (tapi saya tak galakkan, as yet... no lah...)

zue, alahai

nabilah, hehehe

[s][u][e][h][a][n][n] said...

sambal udang..perggghhh lapa la :)

puterikurekure said...

pandainya anak2 maksu masak. kagum saya.

Mak Su said...

suehann, hehehe, sedap gaks ni dorang masak

intan, dorang dah besau :)

achik said...

mak su tak berlakon sama ke? ;)

Kniedaz said...

cepatlah maksu dapat menantu lepas ni..hehehe

Kujie said...

mak su..... jadi PR artis skrg ni

Mak Su said...

achik, tak ada scene belakang pokok. oops!

kniedaz, hahaha

jie - heh heh heh, sekali tu jer kot peluangnya, jadiler.. pengalaman :)

shasha said...

wah! anak anak dara yg cun melecun semuanya..huhuhu...
mak dara pun cun gak kan? kan mak su kan?

ima said...

salam mak su...bertuahnya mak su ada anak pompuan,pandai masak pulak tu...suka saya tengok

Erna said...

bertuah mak su..anak2 dah bolih menolong...tapi..baby w..jangan dibiarkan mak su...macam2 dimasaknya nanti..

Yunus Badawi said...

Untung maksu anak2 dah pandai masak.

HEMY said...

dh macam anak gadis plak baby w dlam gambar ni..ekekeke

Tihara said...

owh sedap nye aktiviti makan2 ni.. :)

DrSinga said...

ala2 gadis kampung gituuu...
:)