Tuesday, March 30, 2010

Aktiviti eksplorasi, nak kena tukar nama?

(sambungan)

- sepanjang perjalanan singkat dari Gua Silat ke Gua Taman Satu, baby w meragam dan menangis, kerana dia nak berkaki ayam seperti kakngah dan kaklang. Tanah kering dan berdebu membuatkan mereka berdua menyimpan alas kaki di dalam beg sandang.

- dalam kelelahan aku bertanya, "macamana ni? baby w ni asyik nangis saja, teriak teriak teriak. Takkanlah nak kena tukar nama gunung ni kepada gunung teriak pulak?", sambil mencuba-cuba ketawa sambil tercungap-cungap menarik nafas. Hubby mencadangkan tukarkan pula nama gunung itu kepada, 'gunung aku tak larat nak senyum dah'. Adoiyaiii, macam-macam... letih punya pasal.

- Menurut wikipedia, pada suatu masa dahulu, dikatakan semasa Sultan Pahang sampai di kaki gunung tersebut, baginda bertanya tentang nama gunung itu kepada para pembesar yang mengiringi baginda. Namun, tidak ada seorangpun yang tahu mengenainya sebaliknya para pembesar tersebut hanya mampu tersenyum. Jadi tempat itu dinamakanlah Gunung Senyum.

- Selesai senyum-senyum, kami bergerak balik dan melalui titi gantung yang tidak dapat saya lalui dengan tenang kerana digoyang-goyang dengan kuat oleh paksu chot dan anak-anak. Hish... menyampah, macam nak terkucil dibuatnya.

- keluar dari kawasan Gunung Senyum, tiba-tiba aku terkejut, wildlife in front! "apa tu?? tu... tu? buruk! buruk!". Semua yang ada di dalam kereta melihat ke semak samun di hadapan, "itu bukan buruklah, itu babun, bontot dia kaler merah". ''alah, mak terkejut jer"

- tika matahari tegak di atas kepala, kami sampai di kawasan Kota Gelanggi (gua). Itupun selepas tersesat nak masuk ke Kota Gelanggi 2 ler, 4 ler... hehehe. Tanya 2, 3 orang yang ditemui di tepi jalan, orang Jerantut sporting :)

- selepas membayar tiket RM5 untuk setiap seorang, kami bergerak menuju ke Gua Tongkat. Mereka meninjau-ninjau kawasan, aku pula sibuk nak bancuh susu untuk baby w. Mereka tiba-tiba terkejut dengan kehadiran seekor ular berwarna hijau dan bontotnya warna merah (bisa?). Kami terkejut, dan aku pula bergerak perlahan-lahan pergi ke sebelah sana kereta. Aku fikirkan paksu chot akan cancel trip kami, tapi tak... kami meneruskan eksplorasi di sekitar Gua Tongkat, kemudian bergerak ke Gua Balai.

- di Gua Balai, baby w dah dapat moodnya semula, dia menyanyi-nyanyi, menjerit-jerit, melompat-lompat ke sana ke sini, 3 kali jatuh tergolek-golek di dalam Gua Balai. Dia tak menangis, sebab semua orang buat tak layan, lasak sangat.

- kemudian kami ke Gua Terang Bulan yang terletak di Kota Gelanggi (gua) itu, sama nama dengan Gua Terang Bulan yang terletak di Gunung Senyum. Yang benarnya ketika kami sampai di situ, kamilah satu-satunya pengunjung. Pak su chot tidak berapa yakin hendak membawa kami eksplore kerana gua-gua di sana memang alaminya gelap-gelita.

- Tiba-tiba kami bertuah, muncul 2 orang lelaki dan jadilah kami satu kumpulan yang fair (ada lelaki dan perempuan-perempuan), dan kami meneruskan perjalanan ke Gua Terang Bulan yang sangat gelap-gelita, tidak boleh nampak batang hidung sesiapapun. 2 lampu suluh yang dibawa memang tidak cukup, apatah lagi, satu ada dengan baby w, dia bukan suluh trek, tapi dia suluh kelawar. "Burung kecil tu makan batu, dia peluk batu, lepas tu burung tu mati, lepas tu burung tu lapar, dia cari mak dia, mak dia tidur jer". "itu bukan burunglah sayang, itu nama dia kelawar". "dia makan batu ya mak?"

- "baby w! suluh kat lantailah... mak meraba-raba dah ni dalam gelap ni. Lampu! lampu!"

- terlanjur berada di Jerantut, kami melawat pula makam Mat Kilau, al-fatihah.

- Selepas ini? tak tahu lagi nak ke mana..... tidur dulu melepaskan lelah ;)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

15 comments:

sayangsayangibu said...

mana tak lelah, tp walaupun lelah terasa sangat seronok bila dapat buat aktiviti g2..;p

Mr PenyuBiru said...

aktiviti masuk gua keluar gua mmg penant.

puterikurekure said...

dasatnye maksu...dari satu gua, ke gua yang lain pulak.
;)

zue said...

mmg seronok dan kelakar baca citer mak su ni. gua senyum ni mmg patut di tukar jadi gua teriak. he3.

[-suziey-] said...

hahah sabo je maksu...bole plak nk tukar2 nama gunung ek:p

HEMY said...

baca pn dh rasa penat berjalan..tp syiokkkk

Mak Su said...

syg2ibu, sronot gaks, menhabiskan masa ngan kuarga cara cenggini

mr penyu, sohih, konpem penat

intan, hehehe

zue, suziey - hahaha, gua teriak teriak

hemy, bila nak bawak bini gi gua senyum?

farwalis said...

kehkeh behnya nek jambatan gantung sambil usik orang lain

aNIe said...

Maksu...rasanya kena tukar jugak tu...hehehehe

Mak Su said...

farwalis, kak anie - hehehe

kak ina kl said...

rajinnya gi mendaki ke gunung ganang..ishhhh akak dah tak larat dah.

xiiinam said...

Jangkitan Ahmad Albab tu...he..he...

Mak Su said...

kakina, saya gagahkan jer...

cklah, hahaha

PinQib said...

hehe.. lelah itu lelah .
adoii..x snguuipp

MOKCIK AZWA said...

Rajinnya..tapi seronok outing sesekali macam ni kann