Monday, March 29, 2010

Aktiviti eksplorasi, berlengas

- kami sekeluarga bergerak dari rumah selepas subuh, tanpa map, gps
- pada pukul 9.30am, kami sampai ke Gunung Senyum, paksu chot mendaftar diri
- memulakan eksplorasi. Gua pertama yang hendak dilawati ialah Gua Makam Tok Long.
- terkejut tengok tangga untuk mendaki ke gua itu yang amat curam

- baca signboard, gua itu dinamakan Gua Makam Tok Long sempena makam Tok Long di situ. Tok Long ialah seorang pemuda di desa (Kuala Krau) yang bekerja sebagai pemikat burung. Dia telah berkahwin dengan Puteri Bunian, dan membuat perjanjian untuk bercuti balik kampung selama sepurnama, tapi Tok Long terlupa, oleh yang demikian, Tok Long tidak berjaya lagi menemui Puteri Bunian. Setelah beberapa lama, dia berjaya menemui isterinya tapi tidak boleh mendekati pula.

- selepas itu, kami ke Gua Silat, kena naik lagi tangga, tangga yang curam, saya rasa kecuramannya adalah pada 60 darjah? alahai, tak bawa pembaris separa bulat, jadi ukuran saya mungkin tak tepat.
- dikatakan gua ini pernah jadi gelanggang silat, tempat orang belajar silat. Dan ada kesan tapak kaki di dinding gua. Secara jujurnya saya tak dapat lihat kesan tapak kaki, tapi saya lihat kesan tumit-tumit bagaikan seseorang melantunkan badannya ke siling/dinding gua dan dengan tumitnya, dia melantunkan badannya semula ke lantai, seolah-olah tidak logik, tapi bagi orang yang ada ketinggian ilmu persilatan, tiada apa yang mustahil di muka bumi ini, selagi adanya izin Allah swt.

- di sebelah sanun Gua Silat ada cabang menuju ke bawah, oleh kerana gayat, saya tak turun, cuma paksu chot. katanya tiada apa-apa di situ. Kemudian kami tengok ada tali untuk ke tingkat atas pula, oleh kerana tak mahu tinggal seorang di Gua Silat, saya terpaksa memanjat tebing yang tinggi 90% tu dengan menggunakan tali. Bak kata paksu chot, maksu merangkak naik, maksu merangkak turun...saya sungguh-sungguh gayat, kenapalah saya didera. huhuhuhuh, berlengas badan. bau ashem bacin, oops!

- Turun tangga curam, gayat, terketag-ketag, dan menuju pula ke tangga lain. Mendaki lagi untuk ke Gua Taman 1 dan 2. Gua Taman 2 memang cantik, terdapat batu-batuan cantik seolah-olah bunga-bungaan menghiasi sebuah taman nirwana (oohh, mungkin saya berlebih-lebihan dalam menerangkannya...., tapi tempat tu memang cantik)

- meninggalkan Gua Taman 1 dan 2, pergi pula ke Gua Terang Bulan.Menurut signboard, Puteri Bunian kena mandi cahaya bulan di sini, ada pembentukan kecil di siling gua di mana cahaya yang masuk, membentuk seakan-akan bulan sabit / sun beam yang cute. Syarat mandi cahaya bulan adalah syarat ke 3 yang dikenakan kepada Puteri Bunian untuk berkahwin dengan Tok Long. Gua Terang Bulan luas, berbentuk seperti stadium. Menurut pakcik di pejabat renjer, kadangkala orang yang bertuah akan melihat sebuah kolam di situ. Tuah saya?.......ini pengalaman saya yang sangat-sangat berSUBHANALLAH.

- gunakan lampu suluh, bergerak perlahan-lahan di atas jejantas kayu yang disediakan dan dag dig dug - kesaspenan yang besar, saya baca Subhanallah sepanjang perjalanan (takut... gelap wa cakap lu).
- sebaik masuk ke Gua Terang Bulan, SUBHANALLAH. Gua yang sepatutnya gelap-gelita cuma diterangi oleh sunbeam yang cute adalah terang, visible, kemerah-merahan dan cahaya matahari adalah seperti sebuah spotlight yang besar menyinari suatu tempat yang seperti astaka. Saya rasa itulah tempat Puteri Bunian mandi cahaya. Ketika itu ialah lebihkurang pukul 11.15am, cahaya spotlight matahari itu kemudian bergerak perlahan dan boleh disaksikan oleh kami semua tanpa menggunakan bantuan teropong bintang pun, ia bergerak perlahan turun ke bawah, ke bawah, ke bawah meninggalkan 'tempat yang seperti astaka' itu tadi. Kagum yang amat sangat.

Beramai-ramai bersubhanallah di situ, dan kami meninggalkan Gua Terang Bulan dengan ucapan 'assalamualaikum, terima kasih banyak, insyallah, kami ingin lawat tempat ini lagi"

Waktu ketika itu - pukul 11.31am.

to be continued (ke gua Kota Gelanggi pula)

Warning: gambar yang dipaparkan di atas bukan dari kamera saya, gambar diambil di google.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.


24 comments:

eis said...

tersenyum baca Gunung Senyum.
kat mana ni Mak Su?

Mak Su said...

eis, kat temerloh, pahang.

S.C.H.A said...

erm... seronoknyer berjalan2 ..
ada buah tangan x maksu??.. heheheh

ima said...

salam mak su...seronoknya mak su aktiviti eksplorasi mcm ni...tengok sejarah m'sia dan keajaiban ciptaan tuhan...subhanallah!!

deekkyy said...

wah...liburan...hehe

http://deekkyy.blogspot.com

Mak Su said...

scha, unfortunately tak dok.... tak de tempat jual buahtangan.... debu banayk melekat kat baju

ima, :)

deekkyy :), nanti kita lawat awak pula

zue said...

terdpt byk gua2 di situ...baru ni sy tahu. sambung lagi citer mak su.

xiiinam said...

Nampaknya maksu sudah mula berziarah dari gua ke gua...





Kat sini ada Gua Tempurung...jom maksu!

Ms.Independant said...

excited bace entri eksplorasi kali ni! macam2 bende pelik tapi benar...
penat tak mak su?

Mak Su said...

zue, wokeh

cklah, maksu dah poie dah ke gua tempurung, entry: journey to the top of the world :D

ms indie, penat giler....

achik said...

wah, bestnya mak su.. teringin nak berekplorasi camtu..

atty's said...

rajin mak su ..jelajah gua..

Mak Su said...

achik, seronot gaks

atty, mencuba utk mengenali malaysia :)

tunbegia said...

senyum sokmo,

salamm,

aNIe said...

Maksu bercuti ke?

Selamat bereksplorasi...

Tihara said...

ooo maksu gi gunung senyumm..saya yg org jengka pun tak penah masuk situ..haha..tp gua kota gelanggi saya penah masuk... :)

Erna said...

berani e mak su..kalau akak..mau menangis hentak2 kaki ajak balik..he he..akak memang penakut...dulu pi gua kelam pun akak undur balik..nasib anak ada temankan mak e..menggeletar..memang tak bolih teruskan...

Yunus Badawi said...

hebat maksu sekeluarga! Banyak gua dah dijelajahi.

Kami ni setakat Batu Caves ajelah huhuhu

fizz said...

maksu...

saya pergi sini sbb amik subjek Treking (KoQ) kat uni, mmg penat tak terkata seharian bertreking dari satu gua ke gua, tapi penglmn tengok tmpt mcm ni best kan..

KAKTINY said...

wah.. x-p-d-c...

er er.. ala... tak leh nk join.. fail la bab kembara2 di gua kelam malam nih.. huhuhu...

Mak Su said...

tb :)

kak anie, day trip jer

tihara, pegi ler melawat-lawat sesekali :)

kak erna, jgn takut, layan jer

yb, batu caves tu gua glemer dah, pelancung international keluar masuk :)

fizz, mmg penat ni, masih penat, huhuhuh

kaktiny, apa nk buat. suami maksu minat ke arah mcm ni pulok, huhuhuh

[-suziey-] said...

waaa maksu join eksplorasi ke..daki gua tu...tahniah..hehe

DrSinga said...

jangan Puteri Bunian ikut balik sudahhhhh...
:)

Mak Su said...

suziey, lead by paksu, hehehe

drsinga... hopefully tak de ler, seram ler teman memikirkan.