Aku tak ke mana-mana di hari raya haji, sebab baby w, eh! sayang w tak sihat; muntah-muntah jer, dia kata dia pening-pening. Perutnya pun dah masuk angin, dan tak mahu makan sebab tonsil bengkak.
Kak ipar biras aku datang semalam (kak ipar paksu chot), masalahnya aku ni pagi-pagi dah bikin azam - tak mahu masak sebab nak pergi makan nasik minyak percuma di taman sebelah sinun tu. Jadi dalam keadaan refrigerator yang kosong lite-lite, aku masakkan lauk ayam kicap, huhuhu, habis juga...agaknya sedap kot, ataupun dorang lapar sangat sebab dorang terjah waktu makan tengahari.
Hari ni aku cadang nak makan besar iaitu makanan yang jenis hidangan yang kecil-kecil, tapi ada orang tu kena pam susu untuk anaknya, tak tahulah macamana, siapa boleh temankan aku makan? I am kinda lonely today and feeling a little bit gloomy.
ktag ktag ktag ktag ktag ktag ktag ktag ktag ktag ktag ktag tingg!!!! krak prekkkkk
ktag ktag ktag ktag ktag ktag ktag ktag ktag ktag ktag ktag tingg!!!! krak prekkkkk
ktag ktag ktag ktag ktag ktag ktag ktag ktag ktag ktag ktag tingg!!!! krak prekkkkk
ktag ktag ktag ktag ktag ktag ktag ktag ktag ktag ktag ktag tingg!!!! krak prekkkkk
(saja jer, layan perasaan, itu bunyi typewriter di zaman kegemilangan typewriter, di ketika itu komputer adalah alien)
Eh! Tiba-tiba saja pakcik sorang tu panggil aku "makwe, amboi, macamana boleh kenal paksu chot?", dan tanyanya, apa rahsia paksu chot mengorat maksu... Errr, apa maksud soalan pakcik yang sorang iteww? Maksu bukannya cantik seperti Dato' Siti Nurhaliza pun. Lipstick pun tak pakai.
Dia nak kata-kata lakiku ker? Amboii, kesian paksu chot, dahlah berkulit gelap sawo matang yang pekat, rupa tiada harta pun kurang...eh! aku termengumpat lakiku!!!!
p/s: Terima kasih buat follower #227, thanks a lot :)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Monday, November 30, 2009
Menunggu waktu untuk makan sambil melihat-lihat ke langit
Thursday, November 26, 2009
Cantik menarik you memang da bomb!!
Yeah!!!! blogku sudah cantik, got bunga-bunga line-line di sana sini dan ada perkataan cute yang mencerminkan ke-cute-an ai di sinun...wow!
Aku sendiri tak pernah terfikir nak ada blog cantik macam ni, sebab aku tak mesra IT kaedahnya.
Terima kasih kepada consultant saya iaitu orang, kerana sudi menolong dan bersabar banget mengcantikkan blog ini sebegini, saya sekarang berperasaan yang riang-ria nak menyambut raya Aidiladha. Oleh itu dengan berbesar hati dan shy-shy cat, saya menadahkan tapak tangan, i meant, my blog untuk diletakkan iklan-iklan supaya aktiviti senaman jari meng'click' boleh diteruskan.
Sebagai akhir kata, saya terasa ingin menyanyikan lagu 'musafir di aidilfitri', eh! di aidiladha, well, actually, 'anak yatim piatu musafir di aidiladha'.
p/s: terimakasih buat AzuanBudakPandai, follower ke 226 :)
p/s lagi: apa menuku esok hari? idea tiada
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Bukan 'Baby' Bukan 'Sayang'
Memang benar Akeji Hiroshi (formerly known as Mr Ajai) bahawasanya baby w itu, sudah tidak sesuai dipanggil baby lagi...
Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...
dah takleh pakai istilah baby lagi dah pasneh...
November 25, 2009 3:47 PM
Yang sebenarnya maksu memanggil dia 'sayang' di rumah.
"Sayang, sayang dah lapar ker?"
Baby w - "eh, sayang pulak, nama w lah"
"Sayang, monyok saja ni, dah ngantuk ker?"
Baby w - "w lah, bukan sayang"
"Sayang, meh mak suapkan makanan"
Baby w - "sayang, sayang, sayang, w lah"
"Sayang, umur berapa?"
Baby w - "sayang sayang pulak, lima tahun!" (dengan yakinnya)
"eh, 3 tahunlah, kan lahir tahun 2006, ingat tak hari tu masa lahir tu macamana?"
Baby w - "takkk, w dah 4 tahun, w dah sekolah"
ha'ah, macam itulah perbualan aku dengan baby w, dia marah aku panggil dia sayang...apatah lagi baby...
p/s: Terima kasih kak erna, follower ke 225 :)
p/s lagi: Selamat Hari Raya Aidiladha, have a nice break, have a sweet vacation to all of you.
* I don't have to act cute, I am cute built-in *
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Wednesday, November 25, 2009
Lelaki dari marikh? Perempuan dari venus?
Pandangan perempuan terhadap saya:
- (sambil senyum-senyum), amboi.... berapa bulan dah ni? (Jawapan: aku memang macam ni, terlebih makan terlebih lemak)
- (pandang dari atas ke bawah), muka pucat, tak sapu apa-apa kat muka ker? (Jawapan: tak cukup duit nak beli alat kosmetik)
- gemuknya engkau ni (sambil memberikan pandangan yang penuh simpati, dia tu saiz 6L dia tak sedar) (Jawapan, gemuk? tapi aku tak layak pun masuk biggest looser)
- Baju bila ni? (Jawapan: baju lama jer)
Tapi yang paling banyak, soalan 1 lah... well, aku tahulah aku ni buruk.
Pandangan lelaki terhadap saya:
- (tanya kepada orang lain), Anak siapa tu makcik? (lah...tu bini paksu chot).
- Hai, hai (sambil tersengih-sengih dan melambai-lambai) (Jawapan: kakngah, tengok kawan kau tu berhai-hai dia..., lepas tu kakngah kata kawan dia mintak maaf, dia ingat mak ni kakak kakngah sekali pandang, lepas tu baru dia sedar, hahahaha)
- itu cuma nombor saja, awak tu muda lagi (Jawapan: hah? biar betul... hahaha, orang putih kata life begins at 40 ya? eh wah)
Jadi sebenarnya aku ni keliru, perempuan pandang aku dengan pandangan hanya untuk mencari bahan kejelikan ataukah memandang dengan perasaan yang prihatin?
Pandangan lelaki pula sangatlah pelik, siang-siang lagi dah mengelirukan. Huhuhu, perliker? aku tahulah aku ni buruk.
* I don't have to act cute, I am cute built-in *
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Mengeluarkan suara dari perut
Wonderpet
Wonderpet
Kami latang
Kami latang
Kami tak kuat
Kami kecil
Apa yang penting
Kerjasama!
Apa yang penting
Kerjasama!
Melia... maaflah akkooouuu
Amboi amboi amboi, baby w menyanyi mengeluarkan suara dari perut.
Hep baby w, dengar sini ya, sekarang ni nyanyikan, eh wah. Esok lusa bila mak suruh sebut saja huruf tu, sebut saja huruf tu, kalau kamu baca alaaammmmm (untuk alif lam mim), ataupun kami baca almaaarrriiiii (untuk alif lam mim ro), nanti mak cubit montot tu, tauu.... amboi.....
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Tuesday, November 24, 2009
Kita dalam bulan Zulhijjah
Kakngah kata dia tak berani tengok lembu disembelih, dia ada dua option saja... samada lembu tu menangis ataupun dia yang menangis, "mak, lembu menangis tak kalau dia kena korbankan?", tanya kakngah.
Mak, "bab menangis tu mak tak tahu sebab mak tahu makan jer, tapi dari pandangan mak, dari sudut sains mungkin airmata tu sebab tindakbalas hormon dalam badan lembu tu, kau tahu pasal gen, gen tu macam hormonlah, err, macam gen lah, errr macam apa ntah, sebenarnya mak belum khatam bab lembu menangis ni. Lembu ni sejenis haiwan, dia diberi rasa lapar, kenyang, nak tidur, menyusukan anak, tapi bab kenapa dia nangis mak belum study lagi, tapi mak rasa tak mungkinlah lembu ada perasaan terharu atau tersentuh...entahlah".
Haish, susahnya nak jawab soalan ni, kenapa lembu menangis? kenapa aku menangis? kenapa engkau melintasi jalan? kenapa ayam sekarang dah tak melintas jalan?
“Pada hari ke-10 Zulhijjah, hari raya Aidil Adha, barangsiapa berkorban dengan satu korban, mulai titisan darah yang jatuh di tanah, Allah mengampuni semua dosanya dan dosa-dosa keluarganya. Barangsiapa memberi makan orang Mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada gunung Uhud.”
Dari Ibnu Umar r.a Nabi saw bersabda: “Tiada hari yang lebih besar di sisi Allah dan lebih disukai untuk orang beramal di dalamnya melebihi dari hari sepuluh (1-10) Zulhijjah, kerana itu perbanyakkanlah olehmu bertakbir, tahmid dan tahlil".
(Tambahan) eh! lupo pulakkk! Terima kasih kepada followers yang terbaru, #223 dan #224, moga ceria-ceria selalu :)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Friday, November 20, 2009
Tak gunalah harimau menyembunyikan kukunya
...., kerana belang auranya yang hebat tersebar merata-rata membuka mata.
Biarpun aku tak beritahu kat orang yang aku ada pensil yang hebat yang bertulis 'ini pensil, saya yang punya', tapi orang tetap cari juga dan cari aku dan cari aku; juga dan juga - walaupun aku tak suka dan rimas seolah-olah aku ini adalah 'an-all-rounder-kind-of-person' penyelamat untuk semua.
Nampaknya memang benarlah kata orang-orang tua, ular menyusur akar takkan hilang bisanya, tiada gunalah pak belang menyembunyikan kukunya. Kerana bahana aura itu, sangat luas rupa-rupanya pengaruhnya.
ooohh...tetapi kenapa aku bagaikan kuchiwa? adakah kerana aku sedang mengingati sekawan burung di atas dan di bawah (http://ceritakosong.blogspot.com/2009/11/what-no-i-am-not-going-to-look-up.html)
p/s: terima kasih buat followers #221 dan #222 :D
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Gas dah habis di rumah, lepas itu....
Aku ajak hubby singgah di kedai kek untuk belikan kek buat kaklang, yang berjaya naik ke tingkatan 1 dengan jayanya (eh wahhh...).
Bila kita balik ke rumah, anak-anak beritahu gas dah habis, selepas itu baby w nyanyi lagu 'selamat hari raya' sambil senyum-senyum tengok kek dengan berperasaan riang-ria.
Lepas tu kami pun suruh kaklang potong kek, tapi baby w lagi cekap, dia dah cocok kat icing dengan 'gunakan jari pun boleh'. Kak lang tak kesah sebab yang penting mak dia belikan dia kek.
Lepas tu kami semua lompat bintang di sebalik pokok, jadi gambar yang ditangkap oleh hubbyku adalah tidak menjadi gambar.
Lepas tu kami semua pandang each other sebab perut kami lapar nasi, nasi ada tapi lauk tak ada.. lepas tu kami pun menonton tivi dan aku pula pergi pusing keliling flat untuk meredakan perut yang berkeroncong.
p/s: terima kasih sha sebab sudi bertanya tentang keputusan UPSR kaklang.
p/s lagi: terima kasih kepada follower #220, kerana sudi follow blog ceritakosong ini :), marilah kita lompat bintang secara beramai-ramai... yeaaa!!
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Thursday, November 19, 2009
What??? No, I am not going to look up
(gambar dapat dari kawan yang sekufu, oops!!)
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Antara Nafsu dan Nafsi
Antara nafsu:
bila aku tengok rancangan "pengalah yang banyak sangat", aku pun naik semangat nak berlari di atas treadmill tu, nak berkayuh di beskal bodoh tu, nak berhiking di bukit sanun tu.
Antara nafsi:
bila aku tengok rancangan "lesen untuk memanggang", "tukang masak liar", "baru nak buka", "tukang masak besi", "meja berempat berdua ker hapa ntah", "manis-manis", aku jadi bersemangat nak merasa semuanya dan menyediakan semuanya.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Wednesday, November 18, 2009
Because we are good friend
Memanglah dah ditentukan di mayapada ini, bahawa perempuan manja dan suka bersenggol-senggolan akan rasa sesuai, selesa dan akan berkawan baik dengan perempuan yang manja dan suka bersenggol-senggolan juga. Aku tak kata tak bagus, good for you, you can be good friends, in fact, you can the best of all the best friends in the world.
Jadi aku rasa, itulah sebabnya aku tak boleh nak get along dengan engkau - kerana aku adalah Seorang Yang Cold.
Namun bagi aku dengan kamu pula - kita sama. We are cold, colder than freezer. We just don't care about each other, we just do not care about each others feelings, it feels like we never want to. I am I and you are you.
I do myself a favour, you treat yourself nicely, we do what are the necessary things; only for our ownselves. That's why we are good, friend.
What are necessities? They are only plain requirements.
But you can learn about bear-necessities from Mowgli the boy who lives in the jungle.
So, well.... are we good? I am good. Are you? Yeah, I think you are, because we are good friend.
* gambar mowgli and his best buddy diambil dari google.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Tuesday, November 17, 2009
Astaghfirullah-hal-azhim (2)
Lepas asar, lipat-lipat telekung, lipat-lipat sejadah dan simpan di rak. Pakai kasut dan terus menuju ke pintu tak pedulikan orang keliling. Tiba-tiba,
"Amboi, tak pandang kiri kanan, dah solat ker?"
Kita, "eh! eh! sori tak nampak, ha'ah, dah sudah dah" (sambil tersengih-sengih cover line)
Dia, "busy sangat ker tu?"
Kita, "Taklah, kusyuk dan tawaduk masa nak keluar dari surau".
Dia, "Oooh? masa nak keluar ni kusyuk dan tawaduk? masa solat?"
Kita, "errr, fikiran terbang melayang-layang"
Astaghfirullah-hal-azhim
Auzubillahi-minashaitonirrojhim
p/s: terima kasih kepada followers #216, 217, 218 dan 219 sebab sudi follow blog ini :)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
It's nothing ekceli
Reasoning....
Reasoning has nothing
To do with
Seasoning
Eventhough
It is rainy
Season
Now
p/s: terima kasih buat follower # 215 atas kesudianmu memfollow blog ceritakosong ini :D
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Monday, November 16, 2009
Kering-kontang
Kering-kontang bukan hanya boleh diguna-pakai pada perigi di belakang rumah tu di kala kemarau melanda.
Malahan boleh juga diguna-pakai bila gaji bulanan dah semakin susut lalu mengikat perut bila tiba bab makan-makan.
Kering-kontang juga amat sesuai digunakan bila tiada idea untuk menulis di blog, maka untuk mengelakkan dari merapu tak tentu hala.... tulislah tutorial banyak-banyak.
wakakakaka (ooops! kantoi, itulah masalah aku lately, kalau berterusan gaks, bukan setakat kering-kontang, kemarau jadinya)
Terima kasih untuk semua kawan-kawan yang memberi 'well-wishes' untuk anniversary maksu semalam, yang ke-17.
Bila tengok di cermin, aku ni macam lawa jer (bila pakai baju kelawar), macam pengantin baru (bangun tido) tersipu-sipu malu (sebab muka comot tak sememeh).
p/s: terima kasih kepada follower 214 :)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Sunday, November 15, 2009
Aku sambut ulangtahun ke 17 tanpa si dia di sisi
Tanya kakak, "mak ni, kalau tak makan spageti, kenapa mak masak?"
"Mak masak untuk engkoranglah"
Kak lang tanya pula, "abis tu mak makan apa?"
"Mak makan nasi, lauk ayam masak paprik dengan sambal petai sudahlah. Mak dengan ayah tak makan spageti"
"Special ni mak, kak ngah tahulah hari ni hari apa. hehehe", kata kakngah
"Tahu tak pa"
"Apa hadiah utk kakngah mak?", tanya kakngah pula.
"Aik, siapa punya anniversary?", budak-budak ni tah hapa-hapalah.
Seronok tengok hubby makan lauk ayam paprik dgn sambal petai laju jer, anak-anak pula makan spageti dan nasi. Aku saja yang rasa tak puas hati, sebab "dia" tiada di sisi pada hari yang special ini.
Yang benar,
ayang anje stroberi cupcake blueberry muffin.
p/s: hari ni sambut anniversary kawin yang ke-17 tanpa kek stroberi blueberry muffin!!! huhuhuu. sedihnya hatikoouuuuu
Terima kasih kepada 2 followers baru, 212 dan 213 :)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Saturday, November 14, 2009
Ada orang lelaki datang ke rumah saya masa saya tiada
....... lalu saya dan suami menegur mereka. "Engkorang ni apa buat depan rumah pakcik ni? Ngorat anak pakcik ya?"
"Apa-apa ajelah hal engkorang ni, sibuk saja nak bermesyuarat ngan anak-anak makcik"
"Ni pakcik nak tanya, duit dah cukup lom?"
Budak-budak lelaki, "hehehe, belom pakcik"
"Orang kata kena ambil hati maknya dulu, makcik suka juga kalau dapat hadiah persona, kalau tak boleh kenari pun makcik terima".
Budak-budak lelaki, "hehehe, kami balik dululah makcik ya"
"Jangan marah ya, pakcik gurau-gurau jer".
~~~~~~~~~~~~~
kata maksu, "Terima kasih buat seorang blogger yang sudah tak tegar lagi, yang datang ke rumah dan berikan sekotak buku-buku. Mudahkan nak cari rumah aku? Lepas ni aku tunggu jemputan makan nasik minyak engkaulah pulak. Janganlah sombong ek. Jumpa baby w tak hari tu? Kakak2 dia kata dia tgh mandi"
:)
p/s: sori, tak dapat nak tunjuk gamba kat blog, sebab ada masalah kamera sekarang ni... sedihnya, huhuhu
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Thursday, November 12, 2009
Tutorial: Sudah dapat beri pula
Ada soalan-soalan yang terpacul tentang zakat pendapatan. Bila cakap tentang zakat pendapatan ni mesti ada juga orang yang akan tertanya-tanya. Mengapa? mengapa berzakat? mengapa bayar? gaji kamu banyak mana? eh wah, gaji besar ler tu ?? Amboi, kau kaya, kau bolehlah berzakat. Gaji aku sikitlah, takkan nak keluarkan zakat kot. Baki gaji aku ada RM50 sajalah, gila ker nak keluarkan zakat?? dan lain-lain persoalan. Berdirinya saya di sini bukan nak paksa sesiapa, saya cuma nak tutorialkan cara-cara saja (gaya macam orang sedang berdebat di dewan sekolah).
Saya ni kan... gaji saya memang banyaklah - beribu-ribu, eh wah. Gaji kamu pula banyak mana? Gaji saya adalah RM17, 986.54 -> ini pendapatan saya untuk 4 atau 5 tahun semasa saya baru mula-mula bekerja, umur mula kerja adalah 21 tahun, masa tu saya belum kawinlah...a'ah, comei lagi, tak pecaya tanya bopren saya. Eh...eh (cerita kawin plaks). Gaji sekarang lagilah hebat, nama pun saya ni seorang yang hebat. oops!
Tidak mengapa hairan, tidak mengapa tanya, tidak mengapa mempersoalkan.... asalkan kita tak nanti jawapan. Sebaliknya kita cari jawapan... di mana ada jawapan?
Untuk hal zakat ni, bukak quran, terjemahan..... akan terjumpa ayat yang menyatakan 'ambillah separuh dari harta mereka untuk menyucikan harta dan jiwa mereka'. Saya tak tipu atau buat-buat cerita, saya tulis ni pun bukan serikat yang uruskan zakat tu nak bayar gaji saya. Kemudian cari lagi, cari jawapan, akan jumpa ayat yang bermaksud, 'belilah dengan harta dan jiwa'. Beli di sini untuk kehidupan di kampung akhirat yang lebih baik; bukan cerita pasal beli kondo atau flat atau rumah teres (saya tak letak surah apa ayat apa sebab hari ni saya adalah pemalas nak mencari maklumat tambahan, penyakit mal-mal (malas)).
Sekarang ni nak buat pengiraan pun senang, amaun yang patut dizakatkan pendapatan ialah 2.5% dari jumlah pendapatan tahunan anda. Ada beberapa langkah yang harus diambil. Langkah pertama, lawatilah http://zakat.com.my/. Langkah kedua ialah pergi ke kalkulator.Langkah ketiga, anda kena isi maklumat2 seperti jumlah gaji tahunan, potongan epf tahunan, jumlah isteri dan anak2, pemberian kepada orang tua, etc.
Langkah keempat sesudah mengisi maklumat2 itu, klik di Kira Zakat. Anda akan diberikan figura untuk bayaran tahunan juga bulanan. Terpulanglah kepada anda nak pilih yang mana.
Anda boleh membayar online, hantar cek bla bla bla.
Begitulah adanya tentang langkah-langkah yang harus diambil dari tak tahu nak kena keluarkan zakat berapa hinggalah ke tahu nak kena keluarkan banyak mana, boleh bayar bulanan, mahupun tahunan.
Terpulanglah kepada individu untuk memikirkan dan merenung2kan.... wokeh?
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Wednesday, November 11, 2009
Tutorial: Saya dah update blog saya
Terimakasih buat semua yang sudi tinggalkan komen untuk tutorial 'jejak'. Pada pendapat maksu, terpulanglah kepada owner blog itu samada nak allow other people to see their profile or not. Mereka ini bukan anonnymous, nama masih ada, cuma mungkin mereka ada sebab tersendiri tak mahu mengexposekan url blog mereka :)
Hari ini pula adalah mengenai 'saya dah update blog saya' (tapi kenapa awak tak nampak?).
Bagi aku yang menggunakan blogspot, bloglist dan follow memang memudahkan kerja, iaitu kita tak perlu kerap-kerap melawat ke blog2 favorite kita untuk melihat samada mereka sudah buat entry terbaru atau belum..... bagi maksu, aku suka saja orang datang berapa kali pun or nak lepak sini lama-lama ker tak ker, anyway, sistem potluck kan. makanan bawa sendiri...hahaha
Tapi aku sedar, ada juga orang yang mungkin akan mengalami sindrom kehairanan. Eh... kenapa ada orang berlegar-legar di blog aku?.... dia nak baca apa? aku bukan ada n3 baru pun....
Mungkin, mungkin begitulah soalan2 yg mungkin timbul - kalau aku tak betul, aku minta maaf in advance ya.... ni raya aji nak dekat ni..haa.... buluh lemang dah siap lom (eh? tiba2 cerita lemang).
Malangnya, atas kesilapan teknik, ada kemungkinan besar n3 terbaru anda tidak berjaya diupdate dengan jayanya oleh sistem follow ataupun bloglist kerana anda tidak memilih time zone yang betul. Senang saja nak betulkan, semudah a b c juga.
a - Mula-mula sila klik di customize tu.
b - lepas tu kena klik kat Setting pula. Bila dah sampai di ruangan Settings, klik pula Formatting. Dan anda akan sampai di laman seperti di dalam gambar di bawah.c - Scroll down sampai jumpa Time Zone, pastikan anda pilih Kolompo.
Lepas itu, bolehlah save changes.
Begitulah adanya. Hah...abis tu apa lagi, mana cendol pulut? dah 3 tutorial dah ni....ehheeemmm
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Monday, November 9, 2009
Tutorial: Tak mahu meninggalkan jejak
Anda bebas pergi ke blog siapa sahaja, tanpa perlu khuatir dijejaki semula :)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Friday, November 6, 2009
YeS! I Like The Idea Of Being A Trendsetter
Baru-baru ini kita menerima jemputan perkahwinan dari encik ah chong, di sebuah hotel 5 bintang di tengah-tengah bandaraya. Menarik juga untuk dihadiri, boleh tengok kebudayaan dan adat-resam kaum Cina. Malangnya aku tidak tahu pakaian apa yang harus aku pakai. Di manakah bolehku temui evening gown on sales? Wah! Ni kira dah buat satu trend ni, evening gown bertudung, wakakaka, trendsetters kalut namanya.
Ahhh, karutlah, baju kurung pun boleh pakai, kan. Baju kurung is acceptable everywhere. Evergreen.
Walau bagaimanapun, saya sedang serius cuba merealisasikan suatu projek, dan untuk projek ini, saya suka dengan idea menjadi trendsetter. Tunggukan! Ia memang suatu yang saya sering mimpi-mimpi dan impikan....
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Wednesday, November 4, 2009
Jauh berjalan luas pengetahuan
"kung kang kung kang kong kong kung"
alahai teruknya batuk, kesian baby w. Nak beri ubat batuklah. "Sayang, sayang kenal ubat batuk tak? Tolong ambilkan ubat batuk", aku memanggil baby w.
"Kenal", katanya sambil berjalan ke arah peti ais..... "yang ni ker mak?".
"Bukan, itu ubat selsema"
"Yang ni ker mak?", tanyanya lagi.
"Bukan, itu ubat sakit perut"
"Oh, shakit perout, salah ker mak?"
"Salah, pergi simpan balik. Ubat batuk yang warna hitam, botol besar, botol berat sikit".
"Botol berat shikit ya mak?", tanya baby w sambil meneliti barang-barang di dalam peti ais.
"Yang ni ker mak?", tanyanya dengan penuh innocent.
"aiyayaya, itu botol kicap"
(huhuhu, kaedah malas nak tinggalkan peti empat segi yang menayangkan cerita menarik, anak ambil kicap sebagai pengganti ubat batuk, huhuhu)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Tuesday, November 3, 2009
Hujan, Ayam, Jiran, Senyum, Bau
rentak tari kehujanan
melapah lembah nan kering
rumahku berbau busuk
jiranku kegirangan
bertepuk-bersorak melebarkan senyuman
ayamnya penuh sereban
membiak dengan padi dan sekam
aku menari-nari melenggok bagai shah rukh khan
sambil mengepit hidung yang tidak tajam
rumahku berbau busuk
jiranku kegirangan
katanya, ”Ternakan Aku Menjadi”,
dia membilang ayamnya sedari tadi
yang kecil yang besar
semua sekali menjadi
pujaan di hati
apakah hari ini juga hujan kan datang?
membasahi rumput dan laman
di ruang kecil di flat kediaman
rumahku berbau busuk
jiranku kegirangan
hari ini ayam panggang
hari lusa kari ayam
kelmarin dulu tomyam ayam
”Duit Pun Jimat, Hati Pun Kegirangan”,
dia bercerita kepada si isteri
aku juga yang makan jadam
menahan hidung dan esofagus
menelan tertahan-tahan
tak sanggup nak menerima
bau busuk najis ayam
kepunyaan jiranku, yang kegirangan
tapiku tahan geram
kerana sayangkan semangat kejiranan
(kufikirkan anak kecilku yang meragam
ada projek tersembunyi
dan diperam sampai masam)
p/s: beginilah nasib.... hidup berjiran, tapi senyum tetap dipamerkan :(

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Monday, November 2, 2009
Mata-mata saya
Semalam aku pergi membeli barang2 sedikit di sebuah pasaraya bertaraf antarabangsa yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia dalam 3,4 tahun kebelakangan ini, lebihkurang.
Mereka telah pun memperkenalkan kad pengumpulan mata, bila aku teliti statement yang dihantar aku dapati seolah-olah setiap RM10 pembelian anda akan diberi 1 mata (entahlah, susah juga untuk aku kira sebab aku ni bukan sarjana matematik = tak mahir ilmu hisab). Selain itu ada voucher diskaun untuk barang-barang yang dijual di pasaraya mereka.
Malang sedikit bagiku kerana bukan aku belipun barang-barang yang mereka cadangkan itu kerana aku guna barangan/produk dari syarikat lain. Perkara ini seolah-olah memaksa pengguna untuk membeli sesuatu barang dengan voucher diskaun yang bernilai RM1 ataupun 50 sen.
Rugi sungguh rasanya, terkilan. Sudahlah mata cuma dapat 1 untuk RM10 pembelian (aku rasalah, aku tidak kira dengan teliti), voucher diskaun pula diberikan untuk barangan yang aku tidak perlu.
Andaikata aku perlu pun, pembelian aku adalah pada tahap minimal (100ml lebihkurang - bersesuaian dengan kemampuan poket aku, dan keperluan isirumah aku), sedangkan pada voucher itu ada dinyatakan, diskaun RM0.50 itu hanyalah diberi untuk pembelian produk pada nilai 300ml atau ke atas sahaja.
Habis tu, kalau aku selalu sangat berbelanja di gergasi, di jimat aircon, di negeri sembilan kelantan - fikir-fikirkanlah.
p/s: mata-mata itu, mengelabukan mataku.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su

