Wednesday, October 28, 2009

dunia kecil dunia besar

dalam diri
ada dunia kecil
duduknya di tengah dunia besar

dunia kecil
buat orang kecil
petir berdentum
DUUMMM
petir berdentam
DDAAMMM

orang kecil
dunianya kecil
duduknya di tengah dunia besar
ribut dan ombak berpusar
WWUUUSSHHHH
PPPRRAAAUUUUUU

dalam dunia kecil
buat orang yang kecil
petir dan ribut bersekongkol
mengekek merenggut segala
berahi langsung tertuntas
kemilau lazuardi membawa diri

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2009 Hakcipta Terpelihara.

Mak Su

Tuesday, October 27, 2009

habuk dan duri

(sebuah ilham kosong merapu yang datang tiba-tiba, tidak memberi makna apa-apa... apakah benar?

habuk dan duri

mataku dimasuki habuk
biarpun telahku lindung
dengan tudung makrifat
berjalinan berlian lima karat

lalu jari telunjukku bergerak-gerak
menggenyeh sang kelopak
yang pedih lagi gatal

namun kenapa kamu
yang berdarah terluka
tertusuk duri sembilu
dalam tiada terkata

aaarrggghh kamu
mahunya yang sama
yang sama juga

(• SAJAK > 2009 > habuk dan duri disumbangkan pada Selasa, 27 Oktober 2009 11:24:05 AM • Kali terakhir diubah pada Selasa, 27 Oktober 2009 11:24:05 AM oleh Ayu Jamilah )

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2009 Hakcipta Terpelihara.

Mak Su

Monday, October 26, 2009

A - K - U

Buatlah semahumu, aku tetap begini-begini juga. Engkau tak akan dapat melihat perbezaan pada diriku kerana aku ini adalah A-K-U.

. Engkau suapilah aku dengan kata-kata konon berupa nasihat yang lunak sekadar untuk mengelabui mataku - aku terima
. Engkau momokkanlah aku dengan senyuman-senyuman yang kononnya sangat-sangat prihatin terhadapku padahalnya engkau hanya hendak aku menutup mulutku - aku ikut saja
. Engkau gula-gulakanlah aku dengan janji manis berupa pemberian-pemberian yang mana akhirnya engkau juga yang membatalkan - aku tetap tersenyum juga seolah-olah tiada apa-apa yang aku nanti-nantikan dari dirimu
. Engkau takut-takuti aku dengan masalah-masalah agar aku melupakan kristal-kristal kemewahan - aku ikuti sahaja
. Engkau mengambil sekelian habuan-habuan indah hanya untuk dirimu dengan mengatakan betapa tidak layaknya aku ini - aku diamkan saja
. Engkau bolot segala-galanya semahumu tanpa sedikitpun engkau kuiskan buat aku yang menunggu-nunggu dan tertunggu-tunggu - aku turuti saja, KERANA

walaupun sabarku kian menipis, aku ADALAH KURANG UPAYA untuk mempamerkan sikap perengusku kepadamu kerana bagiku, adalah amat penting untuk aku menjaga hati dan jiwamu supaya tidak tersentak dengan hayunan tanganku.

Jangan takut, AKU TAK AKAN MEMINTA-MINTA

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2009 Hakcipta Terpelihara.

Mak Su

Friday, October 23, 2009

Takut-takut tidak dibenarkan

Masalah aku yang susah sangat nak menang lucky draw telah pun aku adukan ke muka pengadilan, err.. maksudku, aku mengadu kepada kakakku. Aku jangkakan dia akan anjurkan supaya aku pergi mandi bunga ataupun mandi herba ataupun pergi ke spa kolam ikan, tapi dia cadangkan aku bawa razak.

aku: bawa razak pergi dinner? makan malam? mak dia izinkan tak?

kakak aku: (kuat menahan sabar) kau ni, janganlah bawa budak razak tu, mestilah mak dia marah. Bawa Ya Razzaq, minta dimurahkan rezeki.

~~~~~~~~~~~

Ar-razzaq, Maha Pemberi Rezeki
Fadilat dan khasiatnya:
a. Orang yang mengamalkan zikir ini insyaAllah akan lapang penghidupannya dan mendapat rezeki yang tidak disangka sangka.
b. Sesiapa yang membaca Ya Razzaq 20 kali setiap hari yakni dibaca pagi pagi sebelum sarapan dan diwiridkannya selama 20 hari, insyaAllah dia akan diberi kefahaman yang mendalam dan sempurna dalam sesuatu perkara.
c. Orang yang berulangkali membaca zikir ini akan segala usahanya akan berjalan dengan lancar insyaAllah.

(sumber : http://yarazzaq.wordpress.com/)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2009 Hakcipta Terpelihara.

Mak Su

Thursday, October 22, 2009

Astaghfirullah-hal-azhim

Mak yang sibuk: Apa lagi buat tu terbongkok-bongkok bawah tangga? awak tu dalam pantang! cepatlah! mak banyak kerja ni.

Anak yang dalam pantang: Nantilah mak, saya nak cari kapur dengan limau

Mak yang sibuk: Semua dah ada sini dah

Anak yang dalam pantang: eh? lahhhh, saya baru nak cari. Kejap ya mak, saya dah jumpa dah!! [dia ni dalam pantang, tapi terjerit-jerit macam sihat jer , ish ish ish]

Anak yang dalam pantang (sambil jalan laju-laju penuh kebanggaan sebab berdikari walaupun dalam pantang): mak, nah barang-barangnya!

Mak yang sibuk: astaghfirullah-hal-azhim (pengsan)

Anak yang dalam pantang (keliru): mak! mak! inilah barangnya nak pakai untuk bengkung, kapur kasut sebotol dengan limau mandarin, saya cari limau abong, tapi dah habis makan dah semalam! mak! mak!
(gambar bengkung ditemui di google)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2009 Hakcipta Terpelihara.

Mak Su

Wednesday, October 21, 2009

Bahasanya tidak sukar difahami

Buat rakanku yang baru bersalin anak sulung dan masih dalam pantang, harapnya awak tak gusar melayani kerenah si kecil sayang manja yang baru saja melihat dunia yang luas ini.

Secara fitrahnya, ibu dan anak memang saling faham-memahami biarpun awak dan anak awak tidak berbicara menggunakan bahasa yang sama. Dalam keadaan dirinya yang sangat bergantung kepada awak untuk menguruskannya; memberikan susu (makanan), menukarkan lampin, mendodoikan (untuk tidur), menggembirakan (mengajak dia ketawa dengan ekspresi muka yang manis) - awak adalah ratu hatinya, awaklah idolanya, awaklah segala-gala baginya.

Anak kecil berbicara melalui tangisan, jadi awak janganlah fobia mendengar bayi menangis (tapi kalau suami awak menangis, akak tak ada kata-kata peransang nak diberikan, biarkan je lah, ahaks). Bersikap terbuka dan yakin diri merupakan juga kunci kejayaan dalam menangani tekanan menerima 'orang baru' (bayilah)

Bayi menyampaikan maklumat melalui tangisan samada dia lapar, sakit perut, sebu, selsema hidung tersumbat, dll. Dakapan mesra kebiasaannya dapat meredakan serba-sedikit tangis anak kecil, dan marilah kita cuba mengenali dan memahami gaya tangisan mereka :-
(p/s: gambar bayi ni didapati di google, cute-funny-baby-pictures)

1 - bayi menangis dengan tangan menggenyeh-genyeh mata dan menggosok-gosok telinga, tanda nak tidur - boleh saja dodoikan dia, pasangkan lagu, cd bacaan Al-quran, hayunkan di dalam buaian, bedungkan tubuhnya; ikutkan cara kesukaannya (setiap bayi adalah berbeza sebagai seorang individu)

2- tangisan yang sedikit-sedikit dan mukanya dipalingkan ke kiri ke kanan seolah-olah mencari-cari sesuatu dan mungkin juga akan menyuakan tangan ke mulutnya sendiri, tapi lama-lama kelamaan tangisannya menjadi lebih kuat dan seolah-olah tak nak berhenti, cuba susukan, mungkin dia lapar

3 - bunyi tangisannya seolah-olah melengking dan kakinya naik ke atas, mungkin sakit perut. Wajahnya menggambarkan geram dan sakit hati. Periksa samada perut kembung atau keras.

4 - Sedang elok-elok diam tiba-tiba saja dia menangis dengan kuat, mungkin takut atau terkejut, dukung dia erat-erat dan gosok-gosok belakangnya dan pujuk dia dengan kata-kata yang lembut (mungkin terkejut tengok cicak atau otromen ghayah atau entiti halus ataupun salesman yang mengintai di pagar)

5 - Adakalanya anak itu menangis kerana bosan asyik terbaring di tilam sedangkan awak boleh layan sinetron pula, mungkin dia ingin berjalan-jalan menghirup udara segar di luar, mungkin lampinnya sudah basah dan bau achem semerbak minta ditukar.

Adalah tidak baik untuk membiarkan bayi itu menangis terlalu lama, akan mencacatkan saikologi jiwanya. Selamat berkenalan dan berkasih-sayang dengan 'orang baru' (bayilah!!) dan selamat menerokai dunia baru - dunia keibubapaan.

(maksu adalah konpius sedikit hari ni, so bahasaku pun bertukar, tapi tidak sukar untuk difahami, kan)
(kenapa baby w nangis? bukankah dia sudah dapat otromen ghayah?)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2009 Hakcipta Terpelihara.

Mak Su

Tuesday, October 20, 2009

Tutorial: carta stat counter

Masy said... tgk kat mana mende tu?
October 19, 2009 10:20 AM

CuTeMiUt78 said... mak su nak tau gak la.. link yg mak su gunakan utk tau ranking blog ni.. email kita blh.. cutemiut78@yahoo.com
October 19, 2009 12:59 PM
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Buat pengetahuan yang bertanya dan yang tidak bertanya, maksu ada menggunakan statistics counter dari http://motigo.com/.

Cuma klik saja di link yang maksu berikan tu, dan sebaik-baiknya anda mula dengan melayari Help & Tutorial. Ia sangat mudah, sepertimana mudahnya baby w mendapat ‘kaya/otromen ghayah’

(entri ini tidak dibayar)

Maksu letakkan stat counter yang telah maksu daftarkan untuk ceritakosong.blogspot di bawah sekali di blog ini. Tengok tu, maksu boleh lihat sesiapa yang singgah di sini mahupun yang sedang lepak-lepak di sini.

Seterusnya, anda boleh teliti gambar-gambar yang maksu letakkan sebelum anda melayari stat counter dan study secara terperinci, mendaftarkan blog anda, menyalin url dan meng'paste' ke blog anda.


Ada banyak gadget-gadget menarik disediakan, anda buat pilihan, ambil html codenya, pergi semula ke blog anda, ruangan layout dan copy-pastekan ke blog anda. Pilih hmtl code, susunatur di mana mahu diletakkan, di header, di footer, di tepi, it's all up-to-you.SELAMAT BER'STAT COUNTER' :)

Maksu rasa penerangan ini sangat jelas, tapi jika nak emel dan tanya-tanya, boleh emel maksu di ceritakosong@gmail.com (maksu check emel ni setahun sekali jer...wakakakaka), ehheeem, dan boleh telefon di 999 000 999 000.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2009 Hakcipta Terpelihara.

Mak Su

Monday, October 19, 2009

Kehilangan duit di kedai

Prakata: Jangan bawa duit banyak-banyak ke kedai, bawa cukup-cukup saja.

(Sebelum itu)

Mak: dahlah, tak ada apa-apa nak beli lagi, kan. Jum balik.
Anak: (sambil berbisik dan menarik-narik kain batik emaknya) Mak, nak kaya
Mak: Nak kaya?! Nyonya, beri saya kaya satu (sambil menghulurkan duit)
Anak: (sambil berbisik dan menarik-narik kain batik emaknya) Mak, nak kaya
Mak: Bukan kaya ni? Nyonya, beri saya jem nenas 1 (sambil menghulurkan duit)
Anak: (sambil berbisik lagi dan menarik-narik kain batik emaknya, nasib baik ikatan kemas) Mak, nak kaya.
Mak: Alahai... kaya mana ni? Tunjuk kat rak tu, nak kaya yang mana satu.

Anak menarik tangan emak ke bahagian permainan dan tangan menunjukkan kepada otromen ghayah! Otromen itu sangat power, dia ada lampu kecemasan lip-lap lip-lap.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2009 Hakcipta Terpelihara.

Mak Su

Thursday, October 15, 2009

Layan carta

Aku tengah fikirkan sesuatu ni...entah macamanalah aku nak realisasikan impian aku ni. kalau orang lain dapat tahu, entah-entah jadi bahan gelak.... risau. patutkah aku kiasu saja?

Aku rasa aku perlukan suntikan semangat tambahan, nak melayari blog pula tak mampu, kerana capaian internet yang sangat lemah sekarang ini. Tiba-tiba teringat nak tengok carta, perkara yang selama ini tidak pernah aku pedulikan selama aku berblog sejak 3 tahun yang lalu.dan betapa seronoknya rasa di hati kerana blog ini masuk dalam carta.... walaupun sebenarnya aku tak berapa faham apa nombor yang dipamerkan? apa maksud colour coding tu? tapi, seronok ni! masuk carta! sengih aje lah :)

p/s: eh! lukisan sengih aku tak menjadilah... tapi tak apa.. .tetap tersengih :)
p/s 2: tak semua blog menggunakan stat counter yang sama, jadi carta ini tidak mewakili sekelian blog-blog yang terdapat di Malayia

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2009 Hakcipta Terpelihara.

Mak Su

KETAM

Amboi, semenjak pergaulan baby w dah bertambah luas ni, kadang-kadang dia balik ke rumah dan cakap bodoh, bangang dan lain-lain perkataan yang tak sedap untuk didengar, memang nak kenalah tu. Bila aku marah, dia akan cakap, "taklah, w tak cakap bodoh, w cakap bodi, bodi"

Mak: cakap bodi tak apa, kalau cakap bodoh, nanti kena cubit mulut tu.

Lepas tu, kita sambung tengok tivi. Bila tiba pada adegan yang menyakitkan hati ataupun menyeramkan perasaan, "bodoh! bangang! larilah dari situ, pembunuh tu dah dekat dah, bangang betul! tak tahu berlakunlah tu! menyampah!"

Baby w, "mak, mak cakap bodoh bangang ya"

Mak, "eh! tak adalah, mak nyanyi, do da du de da do dengan ngang ngong ngeng nging ngo nga nge" (sambil menari zapin)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2009 Hakcipta Terpelihara.

Mak Su

Wednesday, October 14, 2009

Nenek kebayan gua kesiangan

nenek kebayan: huargghhhh! ngantuknya....hah! dah dekat nak pukul 12???!! kesiangan lagiiiii.....
tetamu tak diundang: nenek, lama sungguh saya tunggu, kenapa tak set alarm clock?
nenek kebayan: (menjeling tajam), ada apa-apa soalan?
tetamu tak diundang: (saspen, takut kena marah) kenapa orang ramai selalu kepit fail, buku atau kertas-kertas di celah ketiak ya nenek?
nenek kebayan: tak tahu? (sambil menggeleng-gelengkan kepalanya), mestilah buat macam tu, supaya sebarang ilmu ataupun maklumat yang di dalam buku atau fail atau kertas-kertas tu tak berterbangan percuma-percuma ke ketiak engkau (menjeling tajam lagi). Dah, pergi balik! aku nak sambung tidur.
tetamu tak diundang: terima kasih nek, terima kasih (mengeluh... lah, habis tu macamana aku nak buat? kena mintak fotostat ataupun belilah tu.... huhuhuh, sambil raba kocek baju kurung, duit syiling ada lah)
nenek kebayan: (aaapa punya soalan... aku ketuk nanti, percuma jer). ha! jangan lupa, tabung derma ikhlas ada di pintu gua.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2009 Hakcipta Terpelihara.

Mak Su

Tuesday, October 13, 2009

Orang berbudi, kita berbahasa

Ketika bertemu dengan pasangan yang sedang bertunang, cakap macam ni, "nanti bila engkau kahwin, jangan lupa jemput aku, tauu"

Ketika bertemu pasangan yang dah beranak-pinak, cakap macam ni, "nanti bila engkau buat open house, jangan lupa jemput aku, tauuu".... "aku datang pakej, 4 orang anak, campur dengan aku suami-isteri, jadi 6 lah semuanya..." (sambil tersenyum simpul)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2009 Hakcipta Terpelihara.

Mak Su

Monday, October 12, 2009

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, harapan menggunung tinggi

pengalaman malamku,
orang adakan dinner - aku pegi dinner - orang tepuk tangan - aku bawa balik doorgift
(tahun seterusnya)
orang adakan dinner - aku pegi dinner - orang tepuk tangan - aku bawa balik doorgift
(tahun seterusnya)
orang adakan dinner - aku pegi dinner - orang tepuk tangan - aku bawa balik doorgift
(tahun seterusnya)
orang adakan dinner - aku pegi dinner - orang tepuk tangan - aku bawa balik doorgift
(tahun seterusnya)
orang adakan dinner - aku pegi dinner - orang tepuk tangan - aku bawa balik doorgift
(ehhhhhh, bila nak menang lucky draw ni???)
(tahun seterusnya)
orang adakan dinner - aku pegi dinner - 1st round cabutan luckydraw, aku seronok dpt hadiah lucky draw jam pelastit bajet dalam RMxx.xx...., orang tepuk tangan - dan aku bawa balik doorgift
(tahun seterusnya)
orang adakan dinner - aku pegi dinner - orang tepuk tangan - aku bawa balik doorgift
(tahun seterusnya)
orang adakan dinner - aku pegi dinner - orang tepuk tangan - aku bawa balik doorgift (hherrrrmmm, bila nak menang lucky draw besar sikit??)
(tahun seterusnya)
orang adakan dinner - aku pegi dinner - 1st round cabutan luckydraw, aku teruja!! dpt hadiah lucky draw hairdryer, orang tepuk tangan - surely aku bawa balik doorgift
(dan lagi dan lagi)
orang adakan dinner - aku pegi dinner - orang tepuk tangan - aku bawa balik doorgift
(eehhhhhhhh, bila nak menang hadiah utama ni?? uwaaaaaa)

tuah ayam nampak di kaki, tuah they all pada nombor.....uwaaaaaaaa

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2009 Hakcipta Terpelihara.

Mak Su

Friday, October 9, 2009

Emptiness

Siapa ingat lagi pasal ketua blok aku di tempat cari makan ni? aku pernah cerita di blog ini tentang ketua blok. Well, ketua blok akan berenti kerja dan today is the last day. Kita ada buat farewell makan-makan utk dia semalam, bersekali dgn raya lunch. Alah, kami-kami aje.... golongan marhaen. Nasib baik ketua blok tak kisah menjoinkan diri dia untuk melantak makanan bersama kami. Malangnya - gambar non ado - sebab semua orang-sibuk-nak-makan, lupa-nak-sediakan-kamera.... wakakaka.

Oleh kerana itu, aku letak gambar kami buat makan-makan sempena menyambut syawal tempohari (kami makan utk sambut syawal, kami juga makan utk meraikan syawal... errr, tiba-tiba teringat kat suatu makhluk yang tidak akan terlewat atau tercepat walau sepicing pun apabila masa engkau telah tiba untuk suatu jemputan dariNya......astaghfirullahal-azhim, aku ni kerja maaaaakaaannnnn jer) (stomach ni pun, always empty sajer)

KETUA BLOk!! seLAMat BerjAYa unTuK ENgkao... kalau ada kerija empty kau khabarkanlah kat aku, nanti aku antar emel together with attachmentlah....ehhheem, i put photo oso.

Tenok gamba!! eh, tengok gambar .... please... tengkiyu (thank you)
(ohh.. no need to speculate which one is maksu ya..kalau korang salah terka, kang saya bangang plaks...eh!!! eh!!! bengang....)

BUT.... I DON'T LIKE EMPTY PROMISES.
They are so empty they can promise you anything.....HeH!!!

prreeettttttttt (hembus hingus kat tisu, lepas tu lipat elok-elok, letak balik kat tempat serviette)

p/s: tiba2 jer cakap ttg empty promises...hahaha, sebenarnya hari ni mmg cuma nak ckp ttg empty promises, tapi rasa macam empty sgt pulak ruangan blog ceritakosong, so, tambahlah cerita lain... weeehuuu, lalalalala (menari shuffle)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2009 Hakcipta Terpelihara.

Mak Su

Thursday, October 8, 2009

Perkahwinan adalah beyond senyuman manis di hadapan kamera

Aku dapat wedding invitation, via emel, that leads to a wedding website.

Ada banyak information disediakan, dari wedding reception hinggalah ke sejarah percintaan mereka, ada ruangan rsvp, ada maklumat photographers untuk pre-wedding photo and during wedding kelak. Of course ada pre-wedding photo. Macam artis wa cakap lu!!

Wow! Tentu bajetnya mahal… nak buat website lagi, kelak nak hanta official wedding invitation, kenduri 2 tempat ler, of course. Baju pengantin. Jamuan. Bulan madu, bintang madu, marikh madu, kejora madu, alien madu (ada ka?)

[huhuhu, kalau emak akulah, tentu dia marah ni, ambik gambar berdua-duaan sebelum sah sudah berkahwin. Lagipun katanya orang bertunang ni darah manis, lintah pacat nyamuk vampire kopinding (kopinding is pijat-pijat) kutu kopalo semuo suko!! Apatah lagi SETAN!! Eh, bukan Ali Setan ler]

[dan aku ini pula, setuju dengan pendapat dan pandangan arwah emak aku tu, yang kini adalah mungkin juga dianggap sebagai pendapat yang kolot dan kampungan – well, aku kan anak omak, tentu aku stujus ngan pendapat dia yang kolot tu, oops!]

memang cantik gambar-gambar yang dipaparkan. Iyalah, dua-dua pun fotogenik @ makan gambar. (ini gambar persandingan aku, errr.... kita tak fotogenit or genik, kita tak makan gamba, kita makan-ed {past tense giteww} nasik minyak on that day)

dan fikiran aku mula merayau ke serata arah…… dunia perkahwinan adalah lebih luas, beyond senyuman di lensa kamera…. ada masam manis pahit gelak tawa cinta kasih sayang marah meluat lara suka geram cubit-cubitan manja periuk belanga terbang melayang-layang cemburu percaya yakin malas rajin .... please continue if you would like to

entahlah, anak-anak aku masih sekolah lagi, dan aku harap prinsip aku berkekalan dunia dan akhirat... selagi aku ada faith, moga-moga anak-anak aku tak merasalah bergambar pre-wedding photo or banyakkan pre-wedding appointment... Allah tolonglah aku, amin.... (aku lemah)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2009 Hakcipta Terpelihara.

Mak Su

Wednesday, October 7, 2009

Alahaiiii anak omakkkkk

hari ini kakngah pegi jalan-jalan dengan beberapa orang kawan-kawan sekelas dia, girls friends. Maklumlah, dorang diberi off day -> sebab PMR, kan.

Tambang bas pergi - checked
duit makan - checked
duit nak habiskan kat kedai - checked
duit nak tengok movie - checked
tambang bas balik - checked
Handphone {ada kedit} - checked

kakngah: Mak, ada apa-apa lagi tak yang tak cukup.
mak: itu sajalah kot, ic ada? tak payah bawak ic lah
ayah: eh, kenalah bawak ic, umur dah lebih 12 tahun
mak: ok, bawak ic.
kakngah: mak ada nak pesan apa-apa? nanti kakngah belikan
mak: tak ada apa-apa
ayah: tak payahlah, duit makan cukup tak?
kakngah: cukup dah ni, ayah nak sponsor tambang bas tak?
mak: ok, keluar baik-baik, baca bismillah, semua yang mak pesan tu kena ingat
kakngah: ok mak.... (sambil sengih-sengih depan cermin rapikan pakaian)

tiba-tiba, teringat sesuatu,
mak: kakngah, nanti tolong belikan gula sekampit, kunyit serbuk bekas kecik tu jer.
kakngah: ...maakkkkk, kat situ mana ada jual barang-barang runcit.

p/s: kalau ada sesiapa terlihat kakngah, tolong perati-peratikan ek.. (itu kakngah, ada hairband polka dot)maklumlah, aku tak dapatlah nak peratikan dia all-the-times. nak dikurung dalam rumah dia bukan baby or toddler lagi. nak dibebaskan sangat pun susah hati, inilah first time aku beri kakngah keluar dengan kawan-kawan dia. memang susah menanggung perasaan sebagai mak ni... apa-apa pun kang orang kata mak jugak...tak tahu didik anak ker, terlalu beri kebebasan kat anak ker... tapi aku dulu, pandai gaks gi Tampin sendiri, naik bas,.. beli bee dees. oops!

Tampin is kat negeri sembilan, tahu kan...alah, cuba ingat lagu Ito, Apo nak dikato.

"kalau boleh nak bising-bising, macam pokan tampiiiiiinn"

.... sawah leba, kobau banyakk....air pigi sojuk sokali. apo dayoooo motong gotah apo nak dikato, kalau boleh nak jadi cikgu skolah di kolo pilahhhhhh.......

pheewwiittt

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2009 Hakcipta Terpelihara.

Mak Su

Tuesday, October 6, 2009

Macam itukah macam inikah - sama saja, yang penting; dia suka

Rumah kita sama, taraf kita sama, kita sama-sama duduk di apartmen atau lebih mesra dipanggil flat. Tapi, kenapa rumah kau nampak sempit dan sesak? Adakah kerana ramai tetamu kau yang hadir untuk 'open house' kau tu? (rumah aku ni kecil saja, di situlah tempat makan di situlah tempat menonton tv, di situlah tempat baby w berlatih kayuh basikal, di situlah tempat tidur-tidur siang, langkah ke kiri setapak ada dapur, langkah ke belakang 2 tapak jumpa bilik air)
Ataupun kerana rumah aku tak banyak barang.... sedangkan rumah kau ada banyak aksesori hiasan penambah seri - kulit kayu manis sebesar anak gajah ker buluh-buluh ker (entahlah) di dalam tempayan-tempayan yang berwajah baru, lidi-lidi melengkok-lengkok, langsir panjang ke lantai dengan renda, aksesori dinding berframe kayu yang gah, kapet warna terang, border berukir-ukir, meja kecil pelbagai saiz, kerusi kayu bersaiz extra, lampu berdiri melengkok-lengkok, tingkap hiasan bercermin dari negara tetangga, lemari kayu berukir untuk pinggan-pinggan hiasan
errr.... aku tak suka kemas rumah yang ada banyak benda kenit-kenit pemerangkap abuk.... oopsss!

larriiiikkkk (ada orang marah)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2009 Hakcipta Terpelihara.

Mak Su

Monday, October 5, 2009

knock knock knock, who's there?

Antara kita memang tiada sebarang jalinan, tapi yang mendekatkan perhubungan kita, aku, dia, mereka, engkau, awak dan semua adalah kepercayaan, faith - Islam

dan yang mengeratkan antara aku dan rumput lalang bunga kumbang rama-rama pelanduk awan hujan embun angin dan semua adalah kasihsayang dan rahmat dari Allah jua.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2009 Hakcipta Terpelihara.

Mak Su

Thursday, October 1, 2009

Akhirnya kutemui jawapan

....jawapan untuk siapakah yang dapat bersalam-salaman dengan Mila, Hafiz, Aril, Nana, Adi dll pada 3 Oktober ini.

Nampaknya, penglibatan aku setakat pada pemenang harian saja...tapi ini pun dah cukup seronok dan bersyukur, makanya, tahun ini tiada open house, but i open the house everyday, sesapa yang haus boleh datang to my house untuk menghilangkan kehausan di house.

Yeaa!!!
p/s: siap print screen nama pemenang, sebab nak pampang nama sendiri kat blog sendiri, wakakakaka, gila glemp/s: malangnya aku tak tahu nak hubungi siapa tentang hadiah dari Era, RM200 tu.... huhuhu, sob sob sob

oh ya, TAHNIAH buat Badiuzaman Mohd Noor untuk kemenangan open house anda bersama Mamee slrrpp.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2009 Hakcipta Terpelihara.

Mak Su