1 - do you know that tendon has the tendency to make you feel *tend-ded*, errr.... i meant *ten-sed*, ouh ouh, maksudku, merasai kesakitan.
2 - do you know that i am no longer cute? huhuhuhu. i wonder if it is because of prednisolone... ? Only recently i got to know that this said medication has the tendency to make oneself to not to be cute anymore. uwaaaa, uwaaaaa.......... :(
(sumber: emel - grup keluarga02 kat yahoo dot com, faruqiduakosongkosongsatu kat yahoo dot com)
Prednisolone, adalah ubat yang diberikan untuk melegakan masalah-masalah seperti alahan, resdung, ekzema, lelah, sakit sendi, gout, bengkak-bengkak, SLE, rhematoid athritis juga radang usus. Ia merupakan sejenis ‘corticosteroid’ yang menyerupai ‘cortisol’ iaitu sejenis steroid yg dihasilkan secara semulajadi oleh kelenjar adrenal manusia. Selamat digunakan untuk jangka masa pendek i.e. 5 days. Pengambilan yang kerap berterusan boleh mengakibatkan:
- masalah penglihatan, glaukoma
- berat badan naik mendadak, masalah moonface (bengkak muka)
- batuk berdarah
- murung, berdebar-debar, sakit kepala, loya, sakit perut, kembung, naik selera makan, osteoporosis
- naik jerawat, kulit menipis, mudah berpeluh, luka usus/perut
Badan tak sihat, yet, got to find alternative
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Wednesday, July 22, 2009
do you know ?
Sunday, July 19, 2009
aKU? ..... cUte BetUL?
ada satu pagi tu, kami berhenti sekejap di tepi jalan, sebab aku nak beli breakfast, tapau. hubby tunggu di motornya.
selepas ambil barang dan bayar, aku pun terus melangkah menuju ke motor sambil merenung bumi, sangatlah solehah. tentu orang nak lagik ambik aku sebagai menantu...iya...tak caya?
kemudian, sampai kat motor, aku pun senseng kain nak naik atas motorlah. tiba-tiba aku disapa oleh suatu suara lelaki yang tidak pun kedengaran asing di telinga ini, 'ayang anja stroberi cupcake blueberry muffin, hang nak naik motor sapa tu? abang ada kat sini".
oops! aku tengok motor yang aku nak naik ni, aiyakkk! motor owang lain lah.
aku pun malu-malu kucing, terus pergi ke sinun, sementara hubby tersenyum-senyum sambil mengangkat tangan kepada lelaki iteww...
tiba-tiba, aku terus terasa semacam, semacam cute-cute saja.
betulkah aku cute? oh, aku terkesima!! tak caya ker?
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Friday, July 17, 2009
Tag award dari shasha
http://5ha5ha8lackkatz.blogspot.com/
Sorry ya shasha, lambat jawab, The rules:
• Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award (ok)
• Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies (ok)
• Pick your ten (10) most deserving receipients and describe them (eerrr......)
• Leave a comment on the receipients’ blog to tell them they’ve been tagged (hhmmmmm)
• Paste the award badge in your sidebar.
5 Interesting Facts about the Person who gave you this award
alamak, susah skit, sebab kita berkenalan melalui blog jer, teman siber, ada rezeki… bertemu juga :)
1. shasha suka kucing. Blognya diberi nama black catz.
2. pernah belajar di luar negeri dan kerja di sana (betui tak? jepun)
3. sekarang dia bekerja di shah alam (betui tak?)
4. baru tukar template blognya
5. entrinya pendek dan ringkas and yet still an interesting read
10 Interesting facts about Myself and My Hobbies
(psst psst, aku nak jawab secara metafora, dengan menggunakan tajuk-tajuk lagu – in random order)
hot & cold, Katie perry
dingin – ziana zain
kosong – dewa19
larut – dewa19
sedang ingin bercinta – dewa
girls just wanna have fun – Cyndi lauper
sembunyi – misha omar feat andy
kekasih – streetlight
Bad - Michael Jackson
Holiday - scorpion
The 10 Most Deserving Recipient to the Award will be.....
hhmmmm, tang ni tak tahu nak pass kat sapa, award ni nampaknya dah banyak berlegar-legar di dunia siber :D, aku yang terlewat sangat nak jawab tag ni. huhuhu
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Thursday, July 16, 2009
METAFORA 2
kita belajar tentang metafora dariNYA juga, Allah swt.
Al-Hajj, 73
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
17/7/09
maksu tambah skit, buat yang bertanya, Dakjaat dan juga nasevh yang mahukan penerangan lebih lanjut. Kebiasaannya maksu akan cari asbab (sebab-sebab) bagi sesuatu ayat tu diturunkan, tapi kali ni maksu tak sempat. Amat penting utk kita tahu asbab sesuatu ayat yang diturunkan kerana ia lebih menerangkan tentang duduk perkara sebenar kenapa, mengapa dan lain-lain persoalan lagi.
1) untuk menerangkan tentang entri ini, maksu telah meletakkan nukilan yang menggunakan metafora sebelum ini, dan maksu tahu, di dalam Al-Quran yang telah diturunkan kpd Nabi Muhamad saw; Allah telah menggunakan pelbagai perumpamaan (metafora) untuk menghighlightkan sesuatu perkara kepada umat manusia, supaya mereka berfikir.
2) Bila kita baca quran, kita lihat ada nama-nama panggilan seperti Ya ai yuhannas (hai manusia), juga ada nama panggilan 'hamba', 'Nabi', 'orang-orang yang beriman', etc - untuk menunjukkan bahawa ada conversation dua hala yang menggunakan perantaraan Al-Quran. Ayat di atas (Al-Hajj, 73) menggunakan 'manusia' untuk menerangkan ia adalah untuk sekelian orang-orang yang telah lahir dan juga telah meninggal dunia juga bakal lahir; merangkumi orang yang telah beriman kepada Allah dan Rasul (Muhamad) juga untuk yang belum beriman lagi.
3) lalat digunakan di sini kerana manusia kenal lalat. lalat hanyalah sejenis binatang kecil yang spesisnya memang jenis terbang-terbang (fly, fly); ia suka hinggap pada makanan yang terdedah, pada kotoran, pada hidung manusia, pada mata dll .... dan manusia selalunya akan libas-libas lalat tu dengan penyapu kenit or penghalau lalat. Pendekata, kalau kita manusia pijak lalat, sekali pijak pun boleh mati dah lalat tu, kecuali lalat tu ada ilmu kebal. betul tak? fikirkan.
manusia = hebat
lalat = kenit
4) oleh kerana manusia adalah makhluk yang hebat, ada tangan boleh libas lalat, ada kaki boleh pijak lalat - sudah semestinya secara logik, manusia boleh lawan lalat. Very unfortunate, adakah pernah kita dengar ada saintis-saintis bijak pandai di atas muka bumi ni menunjukkan bukti mereka pernah cipta lalat?? sebijik macam yang diciptakan oleh Allah swt. Tak ada, malah kalau semua saintis bijak pandai bersatu nak cipta seekor lalat pun tak akan mampu, confirm!
5) Kita fikir-fikir semula, adakah setiap cubaan kita nak pukul lalat, nak pijak lalat, nak penyekkan lalat itu berjaya? Dalam seribu cubaan, mungkin hampir-hampir satu saja yang berjaya. Oh, okeylah, saya tahu, ada orang hebat boleh libas lalat, tujuhhhh sekali!!! dengan menggunakan alat penghalau lalat tu. Tapi sekiranya lalat itu sudah pun berjaya hinggap di makanan kita, dan ada sisa makanan terlekat di kakinya, adakah kita boleh kejar lalat tu dan rampas semula sisa makanan tadi? Tidak, kerana kita adalah spesis yang mempunyai keupayaan yang terbatas, terbatas adalah lemah.... lemah - tidak boleh mengambil kembali sisa makanan dari seekor lalat kenit fly fly.
6) jika manusia yang ada kaki tangan akal yang waras dan bijaksana ini lemah, sedangkan kita boleh lari-lari masuk 100m, 400m lari berganti-ganti tapi nak kejar lalat pun susah, apatah lagi berhala yang dibuat sendiri oleh tangan-tangan manusia....
Semoga Allah swt membantu saya dalam penerangan saya yang simple ini. Dan berikan saya keupayaan untuk melalui setiap hari-hari di muka bumi ini, aminnn
(kerapkali aku merasakan,
aku bukanlah orangnya
yang layak untuk bercakap
kepada kamu)
Wednesday, July 15, 2009
METAFORA
menjentik hatimu
jentikanku ini
kasar dan keras
bagai hablur yang bersinar terang
juga lembut menyelinap di kalbu
bagai kapas yang terbang melayang
engkau saja khabarkan
kerana aku tidak tahu
tidak pernah pulaku sukat
perihal tebal nipisnya tembok
yang melitupi dada bidangmu
namun ingin sekali
aku ini
menjentik hatimu
p/s: aku baru tahu, yang metafora itu maksudnya adalah kiasan, ahaks :D
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Monday, July 13, 2009
Cerita Kosong: Ketegurkah?
“Mak, adik laparlah, nanti kita pergi makan ya, kat kedai yang banyak pokok tu”, kak lang sibuk ajak kami ke kedai terlebih dahulu sebelum balik ke kg pada malam itu.
Sesampainya di kedai, baby w terus berkejar ke peti aiskrim dan menjerit-jerit dengan riangnya meminta aiskrim. “ok, ok, abang! Kejap bang! Order nanti dulu, Tolong bubuhkan aiskrim dulu ya, 2 scoop, kalau tak layan, semua orang kat kedai ni boleh pengsan”, aku meminta kepada waiter yang bertugas. Seterusnya kami semua mengambil tempat duduk masing-masing dan terus mengorder makanan.
Bila aiskrim tiba, baby w pun duduk diam sekejap, makan aiskrim. Setelah selesai aiskrimnya, dia menjerit-jerit lagi meminta aiskrim selain dari dia berlari-lari ke seluruh pelosok kedai (memang lasak budak ni).
Oh ya! Kami ambil tempat duduk berhampiran pokok-pokok, kami menamakan restoran ini, restoran banyak pokok, kadang-kadang memanggilnya restoran ada taman. Tapi tak tahulah nama sebenar restoran ini. Ia selalu menjadi pilihan kami kerana ia mempunyai laman yang luas, dan bolehlah baby w yang lasak tu berlari2 ke seluruh ruangan kedai tanpa aku perlu risau atau malu jika dia mengganggu pengunjung lain.
Tiba-tiba, baby w menyorok di sebalik sebatang pokok yang tumbuh rimbun di dalam sebuah pasu yang agak besar. Kami ingatkan dia ’yak-yak’, hubby yang mula-mula perasan, dia pun tanya, ’baby w beyak ker?”, baby w diam tak menjawab, tapi mata dia terus memandang kepada kami.
Hubby menyuruh aku pergi membawa baby w ke toilet untuk membersihkannya, aku mengajak kak ngah untuk menemankan aku. Sesampainya di toilet, aku pun menanggalkan lampin pakai buang baby w, tapi tak ada yak-yak pun, apparraahh laki aku ni, kacau daun jer aku tengah syok-syok nak ratah ikan.
Lalu, aku memakaikan semula lampin segeranya.
Selepas itu, kami cepat-cepat menyettlekan bil sebab nak segera balik ke kampung, jam dah menunjukkan pukul... bukan dua belas malam, tapi dah dekat nak ke pukul 10 malam.
Sampai di kereta, baby w berkeras tak mahu duduk dengan aku, tapi aku marahkan dia, ’dahlah, duduk belakang dah ada 3 budak perempuan, tambah lagi seorang, jadi tin sadinlah kereta ni, mari sini duduk dengan mak!”, baby w meronta-ronta tak mahu duduk dengan aku, tapi aku cepat-cepat cempung dia dan riba dia di kerusi hadapan. Baby w menangis-nangis tak mahu duduk dengan aku, ’ayah! Ayah! Tak nak duduk mak! Tak nak duduk mak! Ayah!”, dia memanggil2 ayahnya sambil tangannya menggapai-gapai. “hei! Kenapa ni? Mari duduk dengan mak, selalu tak boleh berpisah pun, hari ni sombong pulak!?”
Selepas itu baby w terus menangis dan menendang-nendang aku dan terus menjatuhkan dirinya untuk duduk di atas lantai, aku mengundurkan kerusi sedikit ke belakang untuk memberikan dia tempat yang selesa di lantai. Hubby bertanya kenapa aku tak nak pujuk anak tu, “macamana nak pujuk, dia sendiri yang nak duduk di bawah tu”. Di lantai kereta, baby w diam sahaja tidak bersuara atau menangis mahupun mengangkat kepalanya untuk memandangku.
Enjin kereta sudahpun dihidupkan, ‘baca bismillah’, kataku kepada anak-anakku. ‘bismillahir-rahmanirrahim’, kataku juga, dengan niat nak baca fatihah dan ayat kursi, memang itulah yang selaluku amalkan.
‘abang, lock pintu”, ‘bismillahir-rahmanirrahim’, aku menyambung bismillahku yang tergendala tadi.
‘kakak, pukul berapa dah sekarang? Tengok jam sikit”, tanyaku kepada kakak, jam di dashboard kereta dah rosak. ‘dekat nak pukul 10 dah mak”.
‘bismillahir-rahmanirrahim’, ‘kak ngah, duduk elok-elok sikit, nanti bergaduhlah tu.....”
‘bismillahir-rahmanirrahim’, ‘sayang, baby w, mari sini duduk atas kerusi ni’, aku cuba memujuk baby w.
“aiyo, apsallah dari tadi bismillah bismillah bismillah, baca apa pun tidaknya.... hishhhh..... semua nak kena ulang balik”
‘eh! ada bau wangilah!!”, tiba-tiba kakngah terjerit di dalam kereta. Dia pun mula menghidu-hidu dari mana datangnya bau wangi itu. “bukan kat mak, bukan kat kakak, bukan kat adik! Eh! Kat ayahlah!! Bau apa ni yah??!!”
Tiba-tiba mulutku yang lancang ini bersuara, “apsal ngan baby w ni? Ketegur ker?”
‘mak! Ketegur? Ketegur tu apa?”, tanya kakngah, yang lain2 pun sibuk menelinga, baby w masih diam di lantai, tidak bersuara atau moving a muscle, dan dia pun telah menutupkan mata seolah-olah sedang tidur lena.
Aku dan hubby berbalas pandang, hubby tersenyum, aku pula tiba-tiba terasakan suatu bahang panas keluar dari lengan kananku, naik ke atas dan meninggalkan tubuhku. Memang benar! Memang aku merasakannya. “ayah memang wangi. Kenapa? Ingat ayah ni ketiak bacin ker?”, hubby ketawa. ‘mak, ketegur tu apa mak?”. “ketegur tu macam ketegaq lah agaknya, entahlah, mak pun tak tahu, dahlah, baca bismillah cepat, baca ayat kursi jugak”. Dan aku sendiri pun membacanya juga, sehingga selesai dan aku sambungkan dengan ayat 3 Kul.
Selepas itu aku memegang baby w dan baby w terus menangis, tangisan yang ditahannya sedari tadi akhirnya keluar juga, dia menangis bersungguh-sungguh, ‘nak ayah, nak ayah!”. Lalu sambil memandu ikut kajang nak keluar ke hiway utara selatan, aku mendukung baby w dan memberikan dia kepada hubby (aku tahu, bahaya, tapi baby w langsung tak mahu tengok muka aku yang cute ni.... huhuhuh, sedihnya).
Melepasi kawasan rehat seremban hala ke selatan, baby w sudah terlena tidur di riba hubby yang terpaksa memandu perlahan di hiway. Perlahan-lahan aku mengangkatnya dan memangkunya, “kesian budak ni ya bang, apalah tadi tu agaknya. Takutlah nak makan kat restoran pokok-pokok tu lagi, kalau nak makan pun, limit setakat pukul 8.30pm jer, lebih-lebih tak mahulah”.
Hubby menjawab pertanyaanku, ‘ada benda rasanya kat situ tadi, dia mengikut dalam kereta ni, alah, biarlah, orang nak berkenalanlah tu, tengok anak kita happy sangat, tengok kita pun happy sangat, tak apalah, dia tak kacau lebih-lebih tak apa, janganlah dia cari pasal pula”.
’iyalah, tadi ayang anje stroberi cupcake blueberi muffin terasa ada bahang panas keluar dari badan ayang anje’. Kemudian kami pun diam.
Aku yang masih tidak berpuas hati menghidu-hidup pula tiak sendiri ler, tapak tangan sendiri ler – kiri dan kanan. Tiba-tiba aku terhidu suatu bau yang amat wangi di tapak tangan kiriku. Aku pun cepat-cepat memanggil kakngah supaya dia juga dapat menghidunya, ’iyalah mak, wangilah, mana datang bau wangi ni? Ni mesti pasal ketegur tadi kan, mak ceritalah”. ’tak ada apa-apa nak cerita, mak sendiri pun tak tahu ketegur tu apa”.
Aku yang saspen membacakan fatihah dan menghembuskan ke ubun-ubun baby w.
'Tak apalah, jangan risaulah", kata hubby.
Bila sampai ke kampung, dah hampir ke tengahmalam, ada baby berusia 3 bulan di kg, aku refused untuk memegangnya, "sorry sayang, nenek su tak nak pegang dia, nenek su baru sampai ni tengah-tengah malam ni, esok baru nenek su pegang dia ya".
Aku pun tak pasti, kenapa tiba-tiba jadi begitu. Yang ketegur itu, akukah atau baby w kah?
p/s: nak beritahu, semua cerita yang saya siarkan di dalam entri ceritakosong:, semuanya adalah cerita benar belaka, tiada tipuhelah. Bukan cerita tahyul yang saya karang-karang untuk menakut-nakutkan anda sekelian. Itu sebablah tiada yang saspen giler, atau saspen sangat, atau saspen seram nak mampus di blog ini. cerita-cerita yang telah disiarkan di sini telah dialami sendiri oleh saya sendiri atau suami saya atau oleh kenalan saya.
Please bear in mind that nothing can harm you, melainkan dengan izin Allah Taala semata-mata. Sedikit acah-acah dari makhluk yang lain itu tidak dapat dielakkan atau dinafikan, kerana yang ghaib itu..... bukan dalam bidang kuasa saya, mahupun ANDA. yezza??? yezza???
(ni gambar lama, tak ada kena-mengena dengan entri hari ini)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Friday, July 10, 2009
Pencapaian
sekarang ni aku fikir nak cari duit jer, sekurang-kurangnya 50K, supaya aku boleh bersara dalam setahun dua lagi. Macamana ek? ada peluang investment apa-apa tak? yang manthop dan malatops punyer.
malas betullah, buhsan banget
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Thursday, July 9, 2009
Teka-teki
kak ngah (masa sekolah rendah): mak, ular mati dalam periuk tu apa?
mak: mee segera!
kak ngah: betul, betul
Lepas tu kak lang pun sibuk nak berikan teka-teki juga.
kak lang (masa berumur 6 atau 7 tahun): mak, adik ada teka-teki.
mak (of course umur mak su bukan 17 tahun ya): apa dia? cakaplah
kak lang: apa jawapannya?
mak: (fikir fikir cari jawapan, hairan ni, mana soalannya? ah, belasah jer lah)
mak: kereta proton!
kak lang: betul!!! (sambil senyum-senyum)
kak ngah dan kakak: apa soalannya mak???
mak: mana ada soalan, terus jawapan jer
kak ngah dan kakak: apa jenis teka-teki macam tu?
mak: teka-teki ajaib
kak lang: mak, adik ada lagi satu teka-teki, apa dia?
mak: (buat buat macam berfikir), nasi goreng!
kak lang: yeaaa, betul!!
hahahahaha, layan jer lah....
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Wednesday, July 8, 2009
Dah Kenal dahhh?????? (Main air - 2)
Malam tadi aku cakap kat baby w, marilah kita nyanyi lagu you are not alone, lagu michael jackson ni, malam ni boleh bye bye lah kat michael, nak kebumi dah. Baby w tu apa fahamnya, dia pun lalalalala, aku pun menyumbangkanlah lagu you are not alone,...lalalala you are not alone nanananana you are not alone (lupa lirik). Lepas tu dia kata, "mak, tak nak, tak nak... nak antu, nak antu".
alamak, sumbang sangatkah nyanyian aku? Dia kata dia nak lagu hantu!!! Dan dia siap buat aksi tarian hantu dengan mata terbeliak macam mata MJ.
Huh?!!! baby w dah kenal MJ? dia tahu lagu hantu nyanyian michael jackson? ooopss! malunya mak su ni (Mak su belum lagi sempat mengintroducekan PM kita, Dato Seri Najib kat baby w, BUT dia dah kenal Michael Jackson oready...oops! malunya aaiiiiiiiii - padahal video-video klip tarian dan nyanyian MJ baru sekarang ni saja dipaparkan kembali di kaca tv, alamak! nampak sangat aku sengaja cari time tivi siarkan lagu MJ, sebab gua dah gian nak menari moonwalk gaya berterabur)
Malu, malu...terpaksalah sorokkan kekiutan ai di sebalik pasu bunga.
p/s: malam tadi tak tengok pun majlis selamat jalan buat michael jackson, gua desperately mengantuk gila selepas menengok desperate housewives.
p/s 2: nak pergi main air kat TC ler, aku tgk ada hyatt regency (aiyo, mahal), tc beach resort, pine beach hotel. boleh berikan cadangan yang mana seswai utk orang yang ada byk treler seperti aku ni? Aku mmg nak gi TC, sebab dekat ngan pekan kuantan, nak gi jenjalan kat situ, cuci mata. iya, ambik air dari pili, dan cuci cuci kan mata kanan, kendian cuci mata kiri pula.
lain tahun lain bulan boleh gi balok, beserah or teganu puloks or new zealand or london or maghribi or mozambique or timbuktu. cherating dah pegi dah, masa tu kak ngah berumur setahun. oops! lamanyerrrrrr.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Tuesday, July 7, 2009
aku....? c.u.T.E?
lately aku terserempak atau terpaksa berurusan dengan lelaki yang mempunyai nama yang mirip dengan hubby (pak su chot). kenapa ya?
apakah ini merupakan suatu petanda?
petanda.... yang aku, adalah ..... cute.....
oh, tidak ku sangka
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Sunday, July 5, 2009
Main air
Anak-anak ajak pegi main air, aku kata kat bilik air di rumah kita pun boleh main air, tapi cadanganku telah dibangkang.
Maka, aku ingat nak bawa dorang pegi mandi-manda di tepi pantai sambil nyanyi lagu Jiwa Rumaja.... wheewwiittt, aku teringat ada beberapa pantai yang meriah di Malaysia macam Teluk Anson, Teluk Batik, Teluk Cempedak, Teluk DaDiDu, Teluk Eou Eou dan lain-lain lah, oh ya! Teluk Rubiah.
Teringat masa kecik-kecik dulu, zaman kegemilangan mandi sungai, eh wah.... masa tu sungai di belakang rumah belum keruh, ada satu port cantik wa cakap lu, kawasan tu berbatu-batan, kakak-kakak aku selalu cakap, "sungai kat belakang rumah kita ni cantik kan, macam kat teluk cempedak".
p/s: masa tu aku ingat teluk cempedak tu dekat-dekat sajer kat rembau, tak sangka plaks, jauh bebeno ghopanyer, beribu-ribu batu-batuan. tapiiiii, kat mana nak stay ek?
p/s lagi: jangan beritahu kat anak-anak aku ya, ala-ala surprise ler ni.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Thursday, July 2, 2009
Bloody Blood
Pada suatu hari di zaman 80an, eh! late 90an, masa tu aku cari makan di sebuah syarikat yang terletak di sebuah menara di jalan ampang. Ketika itu aku adalah early bird, sekarang aku adalah lazy godzila.
Pada pagi itu, sebaik saja sampai di tempat cari makan, aku pun pergilah ke room-to-i-let iteww utk menunaikan nature's call. Alah, bilik kecik tu terletak di hujung koridor sanun, nampak tak?
di sana..... iya, di situlah ada insiden bloody blood (cakap ala-ala mr. bean).
Kat tandas yang hujung tu, ada darah bersememoi di mangkuk tandas (tandas duduk) dan di lantainya.... aku saspen juga, tapi kenalah control jelita, aku bukan king of acting, tengok apa-apa nak terpekik-terlolong tak tentu hala, aku nengok aje ler darah tu, tapi tak jadilah nak masuk ke bilik ayonyer, sebaliknya terus keluar dan kat dalam opis, aku tanyalah sesiapa kot kot tahu pasal kesah darah tu, malangnya tak ada siapa yang tahu, apparently aku merupakan orang pertama yang nak gunakan tandas....aaauoooo, tak tahan nak terkucil, kih kih kih.
walau bagaimanapun, aku saspen gaks - , so aku gunakan tandas di floor lain, dah agak-agak petang sikit, barulah aku masuk ke tandas tu, dan kesan-kesan darah sudahpun dibersihkan. So, sampailah aku berhenti kerja, aku tak tahu samada itu darah orang baru bersalin atau apa.
Ta ta ti ti tu tu :D
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Jawab tag lagilah
Terima kasih shasha (http://5ha5ha8lackkatz.blogspot.com/), sebab sudi mengetag maksu.
1. apa perasan sekarang - tak ada feeling, semuanya bosan dan general sajork.
2. saya nak makan - sup cendawan dan roti bawang putih.
3. saya tak suka - tengok cerita kat tivi yang banyak berlegar-legar tentang cara kehidupan orang-orang kaya, dato' datin, tan sri etc etc.
4. impian saya - nak beli mpv.
5. haiwan yg saya tidak suka - errr, ulat gonggok?
6. saya harapkan - agar dapat selesaikan hutang-piutang secepat mungkin sebelum ajal menjemput.
7. jika boleh diputarkan masa - saya nak belajar masak rendang nogori dengan arwah mak, ahaks.
8. saya pada 10 thn akan datang - tak tahulah, jika panjang umur. well. moga saya duduk di rumah bersenang-lenang, dan tidak lagi bekerja makan gaji dengan orang yang bengkek @ bongkak
9. hp saya adalah - hand and the phone, yes!
10. saya pernah bercinta sebanyak - banyak kali, oops!! oopps lagi!!.
11. saya suka pada - u, yes, u, tak percaya ker?
12. kawan2 saya - adalah tempat saya bertukar-tukar fikiran dan meminta pendapat.
13. pernah dikhianati - of course, ada.
14. apa yang hendak dilakukan terhadap org yg mengkhianati anda - nak buat macamana, takkanlah saya nak bagi dia penampar or saya nak ludah kat muka dia....? tak, kan. saya tak ada kuasa nak balas dari segi fizikal, anyway, buat apa nak aniaya depa plaks.... alah, menda ni macam roda jer, setiap orang pasti merasa.... just wait and see, hahahahha (gelak macam setan) , har har har har har
15. senaraikan 8 orang untuk di tag - seperti biasa, saya(g) tag nag tag sesiapa(g).
salam hormat :)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Wednesday, July 1, 2009
a.K.U?......k-A-y-A (?)
p/s: with regards to yesterday's posting, my hubby told me that arwah left 5 kids, and the eldest is in primary school. The wife is not working, and to add on, the wife's mother passed away about 1.5 months ago. itu sajer lah maklumat terkini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
anyway, aku kaya ya? aku pun tak tahu.... betul ker ni? kenapa macam tu sekali? hairanlah. what?? mahal sangat tu. hhmmmmmm, aiyo..... pleaselah, aku dan kaya harta bagai langit dan bumi, kita tak sekufulah.
or..... adakah dia ingat aku ni banyak tanah? oh..... dia ingat aku orang negeri sembilan yang banyak tanah? iyolah tu!! aku memang banyak tanah!! cakap jer tanah apa, somua ado. tanah hitam, tanah bakar, tanah liat, tanah kobun, tanah pasir, tanah bertaik ayam, tanah bertaik lombu taik korobau semua ado. Sosuwai untuk tanam sayo. Sekampit dua ringgit setengah yo, murah, murah.
meghepek botul.
aisehman, yang banyak tanah tu bukan akulah, itu semua tanah-tanah terbiar yang engkau lihat tu, or projek kebun tanam semula tu or usaha semula tu semua tanah orang lain, aku ni orang negeri sembilan memang betul, tapi aku tak bertanah.
hatta tanah kampit-kampit, pun nan ado. kalau aku bukak nurseri, bolehlah aku kampit-kampitkan tanah siap-siap, ready for sale.
tak der, tolonglah...... aku bukan orang kaya lah beb.
eeiiiiii!!! (sambil berdiri tepi tingkap sambil tarik-tarik rambut sebab tensen, eh! sebab nak cari kutu)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
at 2:34 PM 25 sudah sudi tinggalkan jejak bertapak
Labels: mahal