Semalam, hari isnin, telah selamat dikebumikan seorang mangsa kemalangan jalanraya, langgarlari. Keretanya remuk di belakang dan bahagian kepala arwah cedera teruk. Tiada saksi kerana kemalangan berlaku mungkin selepas tengahmalam. Tidak tahu dia kemalangan dengan siapa atau apa, mungkin lori biasa, mungkin lori kontena, kerana di jalan berhampiran highway. Mangsa telah ditemui oleh polis peronda dan terus diuruskan untuk dibawa ke hospital.
Kami tidak kenal arwah itu, tapi atas dasar kawan kepada kawan kepada kawan, kami telah pergi melawat mangsa pada hari ahad (28 jun) di mana mangsa ketika itu sedang koma di hospital. Melihatkan keadaannya, aku kata kepada hubby, besar kemungkinan ada lagi rezeki dia nak hidup ni. Tapi hubby sangkal dakwaan aku, katanya, tengok tu, lidah mangsa sudah menongkat ke langit-langit mulut, kalau tak hari jumaat ni, mungkin lagi 2, 3 hari saja ajalnya sampai.
Begitulah janjinya, cuma semalam sahaja, iya, semalamlah berakhir riwayat hidupnya. Tidak sempat pun tunggu lagi 2, 3 hari atau sehingga hari Jumaat ini.
Arwah meninggalkan 3 atau 4 orang anak-anak yang masih kecil. Innalillah...........................
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Tuesday, June 30, 2009
Tongkat Langit
Monday, June 29, 2009
Lapik - alah, forget about lapiklah, tukar story
tadi dah bercerita dengan panjang lebar, tapi aku buang dah posting original, tak nak timbulkan konflik di dalam blog ini. Aku sendiri baca posting aku berulang kali, lama-kelamaan aku dapati posting aku hari ni agak panas dari biasa. Untuk itu -> aku akan bercerita tentang ketidakpuasan hati aku di blog lain yang private and confidential, ahaks.... wakakakaka (yo yo ooh jer, tak payah percayalah).
Well, secara amnya, aku tadi kaborkan tentang kenduri kahwin yang baru berlalu dan regarding my actual role. malaslah nak sebut-sebut, nanti takut mengecilkan hati sesiapa plaks. Anyway, cakap kena berlapik supaya tak mengguris hati sesiapa...... and bukan kemahiran kita-kita ni nak lapik mulut orang.
Looking forward utk makan kenduri kat rumah pengantin lelaki plaks, lagi 2 minggu dari sekarang.
Tak ada gambar, sebab tak sempat, by the way, henpon bateri weak. nanti-nantilah, kalu ada sesiapa sedekahkan gambar-gambar, boleh upload di blog kelak.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Friday, June 26, 2009
Inang
Hari Sabtu ni iaitu esok, ada kenduri kawin anak buah aku, di kampung ....................... di Negeri Sembilan.
aku akan ambil bahagian sebagai errrr..... inang pengasuh, rasanya.
hehehhhehe, tak banyak contribution aku kali ni, sebab aku tengah sesak ni. bukan sesak nafas, tapi sesak kepoketan. belum gaji gitu, tiap-tiap bulan pun the same reason kaedahnyer.... apa nak buat, memang aku tak bergergaji yang besar.
tak apalah, aku tolong jadik inang pengasuh aje ler :D
p/s: kalu ada adik-beradik or anak buah sedekahkan jariah gambar-gambar during wedding tu kat aku, insyallah aku boleh upload kan kat blog next week.
p/s ii: pengantin tu bertemakan kaler purple kali ni, balik kang kena cari baju kurung kaler purple :)
p/s iii: hhmmm, dengar khabo depa ada kek tingkat-tingkat kali ni....sedapnyer, nak suruh baby w gi terkam kat kek depa ler, ahaks
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Thursday, June 25, 2009
Tanda Lahir
Tanda-tanda seperti tahi lalat, parut-parut luka, stretch-marks bagi orang mengandung atau apa-apa tanda yang sekufu dengannya adalah juga dikenali sebagai tanda lahir, iaitu tanda itu baru lahir lately or recently.
Baby w baru dapat tanda lahir lagi, kan hari tu dia luka di kaki sebab kaki terjepit kat jejari basikal besar yang di'pandu' oleh her sister. Kali ini tanda ekzos pula. 2 hari lepas betisnya terkena ekzos motor dan sekarang melecurlah kulit di betis kedua-dua belah kakinya (lebihkurang sebesar syiling 20 sen) , dan sekarang kain balutan dah bertambah ler puloks.
Kata orang guna lendir aloevera, elok, untuk kes-kes melecur (dalam gambar) Tapi yang ada cuma daun lidah mak mertua (juga dikenali dengan nama lidah jin [dalam gambar]), ada lendir or not that kind of daun? musykil ler puloks.
Well..... begitulah kisahnya baby w dan tanda lahirnya yang baru jer didapati...hhhmmmm.
(gambar-gambar dapat masa meng-google, heh heh heh)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
at 8:49 AM 29 sudah sudi tinggalkan jejak bertapak
Labels: anak, ekzos motor, lecur
Wednesday, June 24, 2009
Award vespa
Rules and regulations nyer,
1-copy badge"2009 CUTE'S BLOGGER AWARD"untuk letakkan diblog anda
2-Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda?
Terima kasih shifa (http://syanaf.blogspot.com/2009) , untuk award ni, kita baru berkenalan tapi shifa dah berikan sekeping award kepada mak su :), mekasih.
3-Setiap blogger mesti menyatakan beberapa fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag).
a. saya tak tahu bawa motor
b. saya boleh bawa kereta tapi prefer bawa di highway sahaja, ahaks
c. saya pernah jalan kaki nak balik ke rumah dari pekan Kota sebab saya tak ada motor, (jarak perjalananan lebihkurang 5km setengah) sebab dah malam, dan tak ada bas, tapi baru berjalan 10 langkah dah terjumpa orang kampung dan dapat tumpang motosikal dia, yeaahhhaaa. oh, oh, dun worry, masa tu saya kanak2 sekolah dan ada kakak saya yang besau jadik bonzer. ahaks
d. arwah ayah saya ada motor
e. suami saya ada motor
f. abang-abang saya ada motor
g. baby w tak ada motor
h. kaklang suruh belikan motosikal mini utk dia. amvoi.....
(aiyo, buruknya jawapan-jawapanku)
4-Anda perlu memilih 6 orang seterusnya dan menyatakannya diblog anda
hhmmm, part ni maksu selalu blur, lagipun award ni rasa-rasanya almost everyone dah dapat kot.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Tuesday, June 23, 2009
Jikalau menanam budi
Tak salah bila dikatakan manusia ini menanam budi, memakan budi or termakan body, eh! budi!!. Memang sudah resam duniawi.
Tapi sedihlah sebab sekali-sekala, orang yang menerima budi itu, belum pasti dapat membalasnya. Itulah sebabnya sering kita katakan, hanya Allah saja yang mampu membalas budi baikmu.
Janganlah dicerca dihina dicaci dimaki mereka yang tidak dapat membalas sekelian budi-baik kalian itu sebagai kacang [tanah] yang lupakan kulitnya, ataupun sebagai [cik/abang] kaduk yang naik junjung. Walau bagaimanapun, aku tak nafikan memang adakalanya; ada orang yang melupakan daratan [sebab agaknya dia lebih senang mandi di laut].
Aku tetap ingat, jasa/budi kebaikan yang aku terima darimu, tapi janganlah kau ungkit-ungkit pula pemberianmu atau mengharap-harapkan balasan dari ku. Manalah aku mampu?? Sedangkan aku tak tahu entah apalah yang akan terjadi kepadaku setengah jam dari sekarang.
Aku sedar, masaku akan tiba jua ketika aku akan memerlukan lagi budi baikmu, cuma izinkanlah aku untuk menyatakan, tanamlah budi, tapi janganlah harapkan balasan dari manusia, sedangkan hendak menghalau lalat seekor dari bermain-main di hujung mata pun, bukan dalam mampuku.
pagi-pagi menanam padi
petang-petang menuai daun kopi
bukan sebab padi dibelasah oleh si pagar itu lagi
bukan juga sebab ahli sihir yang busuk hati
tapi begitulah adanya jikalau anda menanam budi
tak semestinya setiap susu dibalas dengan susu
tapi jangan sekali-kali membalasnya dengan tuba
kerana kita ini hamba yang hina-dina
tiada kekuatan tiada daya
jangan mengharap balasan untuk setiap budi
biarkan Allah sahaja yang membalasnya
dan kita-kita cuma menikmatinya
dengan berlapang dada dan iman di jiwa
~ mak su, 5.56pm, 22.6.09 ~
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Monday, June 22, 2009
Kita merancang, Tuhan menentukan
Inilah masalah dengan auto publish, dah cantik dah, dah elok dah, promo bukan main hebat, nak pergi ke bukit bintang konon. sudahnya, tak menjadi.
Hari rabu last week mata aku merah, bukan sebab aku nak transform jadik werewolf walaupun aku berkenan nengok si hugh jackman tu, apatah lagi bila tangan dia keluar besi gitu, auuwww
hari khamis pula, mata yang merah dah jadi sakit. Sudahnya, hari jumaat dapat mc hammer. huhuhuhu, sedihnya. baru terbayang-bayang aku jenjalan kat area bintang walk, sekarang aku cuma boleh membayangkan sajork.
huhuuhu, tapi hari ni dah ok dah :D
p/s: terima kasih kepada 'Gadis kampung separa bandar' dan 'silbi abigail' kerana sudi folo blog ini :)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Friday, June 19, 2009
berjalan-jalan
(auto publish)
Hari ni kami ada di Bukit Bintang, department outing. Tahun lepas di PD, tahun ni di KL sajalah. Okeylah, anak-anak aku pesan suruh bawa bintang satu dua bijik balik... bintang di bukit bintang? ghopa macamana ek?
p/s; henpon merah putih aku sudah tak ada, jatuh a few times, pasal baby w berebut dengan kakak-kakaknya. sekarang henpon kaler blackie. tapi aku tak tahu cemana nak kalihkan gambar dari henpon ke pc, sebab apa barang wayar pun tak dak, beli sekenhen jer.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
at 3:00 PM 30 sudah sudi tinggalkan jejak bertapak
Labels: outing
Thursday, June 18, 2009
Di Mana Kekasih
buat anaklaut, juga buat yang lain-lain, ini garapan yang pernah saya buat pada suatu ketika dahulu (di tahun 2008), perlambangan cinta pencarian kekasih..... Adam dan Hawa.
Siang menyulam pilu
Menjeling bintang merenda impian
Rindu bertapak tidak tertahan
Kifarah perpisahan harus ditelan
Kerna percaya bujukan lawan
Pujukan rayuan jadi pertaruhan
Mencari-cari tempat pertemuan
Wahai Yang Maha Mulia
Terimalah taubat hamba berdosa
Sesali diri tidak terhingga
Alpa dan leka jadi bencana
Tunduk sujud bertahun lama
Kesal menimpa tidak terhingga
Hancur luluh seluruh jiwa
Kenikmatan kesenangan ditinggal segala
Di mana kekasih belahan jiwa
Tunggulah sayang tunggulah kekanda
Onak dan duri ditempuh jua
Ombak dan badai ku renangi semua
Arafah jua tempat dicita
Untuk bertemu permata di jiwa
• SAJAK > 2008 > Dimana kekasih? disumbangkan pada Jumaat, 23 Mei 2008 12:31:39 PM • Kali terakhir diubah pada Jumaat, 23 Mei 2008 12:31:39 PM oleh Ayu Jamilah
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Wednesday, June 17, 2009
Ada batasan
Aku terkejut bila 2, 3 hari lepas, aku tak boleh masuk ke blogspot. Wah.... blogger kena block dari memblog. Hehehe, gelabah juga dibuatnya. Technical error saja kot, huhuhuu.
Maknanya, aku kena berhati-hati, entah bila-bila, mungkin kena block betul-betul. Bila keadaan itu terjadi, anggaplah sahaja aku bervacation ke Swiss Alps ataupun out-of-coverage, ataupun out-of-country dan tidak dapat connection untuk online, ahaks.
Perkembangan lain tak ada, baru-baru ni baby w mengalami masalah kecil, kakinya terkena kepit jejari beskal besau. Boleh tahan juga lukanya, 1 inci kot. Letak ubat kuning tu sajalah, dan bandagekan. Sekarang dah berjalan terjingkit-jingkit, "kaki shakit, kaki shakit". Tak nak mandi. Dia memang macam tu, lasak sikitlah. Sebelum ni, dia dah kasik panas sterika dan gosok buku teks sekolah kaklang, dan sterikakan tapak tangannya sendiri. Hai.... macam-macam.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Monday, June 15, 2009
Menyerahkan diri kepada Allah secara total
Semua pun biasa dengar ungkapan ni, Lahaw la wala quwwata illa billahil ‘aliyul adzim (tiada daya dan kuasa melainkan bagi Allah).
Bukanlah ungkapan itu diucapkan kala jiwa berada di tahap yang paling rendah, dukacita yang paling dalam, lemah-luluh sekelian anggota dan hilang sudah segala daya usaha, kerana tiada daya dan kuasa melainkan bagi Allah sahaja semata-mata.
Bukan, bukan begitu. Jangan memperbodohkan diri sendiri. Jangan menjadi orang yang mengikut-ikut sahaja.
Sebaliknya bila lidah sering mengungkapkan Lahaw la wala quwwata illa billahil ‘aliyul adzim, menjadikan sebagai basahan di lidah, menghayati bacaannya itu, menyelami maksud-maksud yang tersirat, seseorang itu sepatutnya menjadi lebih kuat dalam usahanya, kerana apa yang tersirat di atas apa yang tersurat ialah penyerahan diri kepada Allah secara total, akan menjadikannya seorang insan yang kuat dan cemerlang.
~ Ilmu itu membuka mata, telinga dan minda.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
at 9:17 AM 26 sudah sudi tinggalkan jejak bertapak
Labels: zikir
Thursday, June 11, 2009
Rasa Bersalah
Salam bahagia dihulurkan buat semua, aku rasa bersalah sangat. Sebab mengabaikan blog dan tidak pergi membuat kunjungan balas ke blog lain. Memang bukan kebiasaan aku. Tapi kesibukan yang melanda akhir-akhir ini, memang benar-benar menghadkan masa. Oleh kerana itu, sempena hari ini hari Khamis, aku mengambil kesempatan untuk..... errr, tak ada apa-apa. heh heh heh. Untuk buat apa entah ;), i am sorri. Aku rasa bersalah sungguh.
2, 3 minggu lepas aku aku dapat reminder dari Bank Islam untuk mengaktifkan akaun simpanan baby w yang dibuka selepas kelahirannya dulu, akaun tu aku bukakan dalam penghujung tahun 2007. Tahun 2008 ada masukkan duit sekali, sehinggalah semalam. Takut akaun tu jadi akaun dorman, maka, aku akur (rasa bersalah sebab ignorekan saja akaun tu, walaupun masa tu, aku yang bersemangat nak bukakan savings a/cs untuk dia)
Sementara tunggu giliran, mata ni dok sibuk pandang ke kiri kanan, bukan nak melintas jalan, tapi tengok monitor yang dipasang, baca rate-rate savings, current a/cs, funds, investment, bla bla bla. Dan aku tertarik dengan satu promotion, savings a/cs untuk wanita yang ada kemudahan pemeriksaan kanser. Tak pastilah yearly ataupun sekali selepas pendaftaran. Menarik juga tawaran tu, kan.
Hhhmm, kalaulah ada pula tawaran lain yang lebih hebat, seperti "annually-whole-body-medical-checkup" pun tentu lebih menarik ek. Tentu berpusu-pusu orang nak masukkan duit. Kalau tak sanggup nak beri offer macam tu, berikan saja discounted rate, kan. Sekarang ni, "medical check-up" pun satu privileges yang dicari-cari.
Hhmmm, aku berangan jer pandai, pergi bank untuk buat savings anak pun setahun sekali. So, tahun depan, tunggu lagi Bank islam hantar surat, reminder, Puan Mak Su, the a/cs for baby w has not been active since June 2009. Masukkan duitlah wei.... verangan saja ker??
Yang benar,
~ aku, mak yang malas pegi bank ~ (rasa bersalah banget)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Monday, June 8, 2009
sama tapi tak serupa
(auto entry)
"kenapa gelap sangat ekon tu?"
"akon memang gelap, tapi jangan tak tahu, banyak peminat dia tu, baru nganga mulut jer orang dah serbu dah"
"ha, ya betul gelap. tapi aku sedang cakap tentang ekon kau tu, dah lama tak basuh ke? dari putih dah jadi hitam"
"oh.... ekon tu yang banyak perabihkan duit tu, ingatkan akon yang banyak duit tu, heh heh heh"
* tiada ekon atau sesiapa pun yang dikena-kenakan dalam dialog rekaan ini. sekadar gurauan :)
p/s: baru lepas tengok video klip akon, lagu apa ntah, tapi apa yang dia nyanyi, semuanya best belaka...uwaaaaaaaa.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
Saturday, June 6, 2009
di mana tulang?
assalamualaikum semua, hari ni aku mai melawat blog yang dah beberapa hari ditinggalkan, maaf ya, kerana telah beberapa hari aku biarkan blog ini tanpa posting terbaru.
memang setiap hari ada hajat nak udpate blog macam biasa dan melawat blog lain, tapi sebenarnya aku dalam kebizian yang dahsat 'tahap dewa gaban'.
bila 'buat kerja', dapat juga aku curi tulang , hehehe. di sana ku lihat tulang, di sanun ku lihat tulang.
tapi bila aku 'bekerja' dengan adanya target sendiri dan aku aturkan sendiri semua perkara dan aku bertanggungjawab sendiri ke atas pekerjaan aku, walaupun aku cuba juga untuk mencuri tulang, tapi 'to no avail'.
kerana bila aku bekerja untuk memajukan per'badan'an aku, aku tidak nampak di manakah tulang itu berada untuk aku curi. di mana tulang? di mana tulang?
yang benar,
mak su, yang akan menyambung berkhalwat semula :)
terimakasih buat semua yang sudi hadir meninggalkan komen utk entri yg lepas, dan terima kasih kpd sya yusuf kerana sudi jadi follower biarpun saya 'berkhalwat'.
pak latip, tq utk alamat emel tu, yahuuuu!!!!
Tuesday, June 2, 2009
Berkhalwatlah sekali-sekala
Aku mula berblog pada 4hb April tahun 2006, dan sehingga ke hari ini, semua sekali ada lebihkurang 690 postings yang menyentuh pelbagai hal mengikut citarasa aku sendiri, ada hal-hal famili/anak-anak, tempat kerja, jenaka, jawab tag, maklumat kesihatan dan ada menyentuh soal agama sikit-sikit secara lite-lilte dll.
Bermula lebihkurang sebulan dua yang lalu, aku rasa sangat tertekan dengan apa yang aku alami. idea untuk membuat posting pun semakin berkurangan.
oleh itu, aku nak pergi berkhalwat buat sejam dua jam, cau~cin~cau.
jika ada sumur di ladang; bolehlah awak pergi mandi, jika ada umur yang panjang, maknanya bolehlah kita...err.... mandi sendiri~sendiri, oops! mandi saja jer, ahaks.
Salam hormat dari maksu ;)
at 3:02 AM 58 sudah sudi tinggalkan jejak bertapak
Labels: salam
Monday, June 1, 2009
Ditag oleh anaklaut
Tag ini dari anaklaut, http://akudiadanlagu1.blogspot.com/
Dipendekkan cerita, terus jawablah... rasa-rasanya macam dah pernah kena, tapi tak apalah.
1. If you can be an animals, what will you be?
Cenderawasih. Jadi pujaan ramai. Oopss!
2. If you robbed a bank, what do you want to do with the money?
Orait gaks tu, duitnya I sedekahkan kat fellow bloggers, supaya kita sama-sama merasa, ahaks. Nak tak? Pls leave your a/cs number, tengkiyu.
3. If you can teleport yourself anywhere in the world , where do you want to be?
Aaa, errrr, tak tahulah ??, Alam Mala_ _ _ best gamaksnyer.
4. If you know that are you dying, what is the last meal that you want? Why?
Kalau dah tahu nak ”go-away” soonest, sembahyang taubat banyak-banyaklah. Tak nak makan, nanti susah pula orang nak bersihkan tubuh badan jasmani (hhmm, verangan jer ni, entahler)
5. If can you only kill one person in this world, who this a person? why?
nak jauhkan lintah pun geli, inikan pula nak bunuh orang… eeeeiiioouuuu. oh, BUT! i can hire other person to do that, oops!
6. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 year
sekarang pun dah ok dah, next.
7. If can you date celebrities, who that is person? Why?
Imuda… dari kecik minat kat dia. Boleh cakap “piirraaahhhh!”, tanpa rasa bersalah
8. If you can only have one thing in this world, what should that be? Why?
Only one thing? Aaaaaaa!!!!! Unbelievable!! Manusia kan tamak!!! Where got one thing?? Aiyo
9. If you have the opportunity to tag 7 of your friends, who are they? why?
aku malas nak tag sesiapa.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
at 11:59 AM 21 sudah sudi tinggalkan jejak bertapak
Labels: Tag