Thursday, April 30, 2009

1 mei

hari ni capaian ke internet sangat slow, bosan, tak tahu apa nak buat sebab tak boleh nak melawat ke blogs lain.

Termenung depan pc cari idea, tiba-tiba aku terfikir -> sampai berapa lama aku nak bekerja? Aku kenalah ada cita-cita... iyalah, senanglah bila dah besar nanti, ada target (eh! macam budak kecik pulok.... ooopss!)

Kat sini orang datang dan pergi silih-berganti, ada yang baru nak masuk kerja, ada yang sudah berhenti/akan berhenti. Aku tak bercadang nak mencari kerja lain, aku tak minat nak melalui proses hantar resume, tulis surat permohonan, tunggu jawapan, ditemuduga, aku sudah tidak ada kesabaran untuk melalui itu semua.

Lagipun gaji aku dah banyak, makcik kayo, sekarang ni pendapatan aku dah nak capai ke angka RM12,569.24 (dalam mimpiku). Walaupun kenaikan gaji adalah lebihkurang RM20 sebulan (aku exaggerate supaya mudah dapat simpati), namun dengan berkat kebijaksanaan aku buat-buat bodoh dan kesabaran (orang lain terhadapku), dapat juga aku merasa gaji ampat lima enam angka (termasuk duit syiling). Dengan gaji yang banyak macam tu!!! Siapa sanggup nak hire aku lagi (dorang akan cakap, hai-ya nenek, you balik rumahlah). Dalam pada itu, aku faham, majikan lebih suka dengan orang yang ada pinggang (mereka tidak pun pandang kepada pinggan percumaku yang didapati bila beli ubat gigi), orang yang wangi (aku setia kepada sabun mandi cap belantan) dan orang yang beraura cantik dan jelita (auratku montoqs lite-lite giteeww dan meremangkan bulu mata sesiapa yang melihat).

Kasihan kepada anak-anakku yang kesunyian tanpa bebelan dan ceramah motivasi aku (yang tak layak masuk tv) bila aku keluar bekerja.

Apa aku nak buat bila aku dah dewasa kelak (aik? Lagi mau perasan?)
- Nak jaga anak orang? (aku tak tahanlah nak layan kerenah budak-budak dan takut + trauma + fobia nak melayan kerenah mak-mak budak-budak)
- bela lintah? (takut tengok lintah, baru tengok, kalau pegang? Hohoho)
- jual nasi lemak (takut setiap hari dapat dedikasi lagu, “lauk ekau cukup masin, lauk ekau cukup masin, tak perlu ekau tambah garammmmmm-maahh... YEA YEAAAA!!!” – nyanyi macam SPIDER campur AMUK)
- voice talent untuk iklan radio, tv ataupun menyanyi (aku tak ada talent, suara macam katak panggil nyamuk)
- berlakon (cuma pandai berlakon jadi orang-orangan)
- menari (cuma boleh menari-narikan buku lali dan siku saja)

hhhhmmmmm?

SELAMAT HARI BURUG!!!
eh. Buruh!
ahaks

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

Wednesday, April 29, 2009

Soal-Jawab

2 pagi yang lalu aku called kakngah di rumah, tanya dah sarapan lom? adik W buat apa? dah mandi ker? dah siap nak ke sekolah ker? Lepas tu,
Mak: kakngah, kenapa kau ni bisik-bisik pulak bercakap ni?
Kakngah: sebab mak tu bisik-bisik, kakngah ikut jer. Mak bisik-bisik kenapa?
Mak: Entahlah, mak tak nak orang kat pejabat ni dengar kot. Kau tu bisik-bisik kenapa? Takut adik W bangun ker?
Kak Ngah: Kakngah pun macam mak jugak, kakngah tak nak orang kat pejabat mak tu dengar suara kakngah.
Mak: Amboi..... lorat ya. Buat lawak pulak (terus suara jadi kuat, no more bisik-bisik)

Semalam, aku belikan majalah kanak-kanak, ada soalan upsr, untuk kaklang. Tapi sudahnya, kakngah yang sibuk menjawab soalan-soalan yang disediakan.
Kakngah: Mak, apa yang suara merdu?
Mak: siti nurhalizalah
kakngah: bukanlah mak, majalah ni nak jenis burung, burung tiung ker?
Mak: ha.... betullah tu.
Kak ngah: Burung apa yang kononnya tinggal di angkasa mak?!
Mak: Burung.... burung.... burung apa ya?
Kakngah: haaaa... mak! burung cenderawasih ya?
Mak: ha... betullah tu
Kaklang: Burung unta
Mak: Ajaran siapa pulak kata burung unta tinggal di angkasa ni? Beratlah, jatuhlah awan.
Kaklang: hahahahahaha, bukanlah mak, soalan ni tanya telur burung yang paling besar di daratan. telur burung untalah.
Mak: ..... oh.......
Kakngah: Mak, perkataan apa bermula dengan 'ang'?
Mak: angpalah antu
Ayah: angmuk
Mak: Ang-ngin, ang-ngau
Kakngah: Mak..... ang-ngin mana boleh, salahlah.
Ayah: iyalah mak ang ni, tak tahu, sekolah jer tinggi. angkat, angguk.
Mak: bang, sekolah ayang anje stroberi cupcake blueberry muffin memang tinggi, ada 4 tingkat. kuang kuang kuang.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

Tuesday, April 28, 2009

garam di laut asam di darat - pun boleh berjumpa

Ada satu petang tu, lebihkurang dalam pukul 6.00. tinggal aku, hubby dan baby w di rumah, anak-anak yang lain keluar.

aku dan hubby leka tengok tivi, cerita apa ntah. mula-mula baby w pun sama, layan kotak bergambar tu, tapi lepas tu aku perasan, baby w tak ada!!!

aku tanya kat hubby, aku cari dia kat dalam bilik... lepas tu aku panggil dia, "W!, W!, sayang!! mana ni?"

TIBA-TIBA..... terdengar suatu suara halus dari dapur ...... antara dengar dan tidak....
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;

"mak!! W bashak ikan, bashak shayor, mak jangan tacao"

Lepas tu aku pergilah ke dapur, dahlah gelap-gelita, time masa tu dah pukul 6 lebih dah, lampu memang sengaja tak dipasang, sambil tengok tv sambil meluruskan pinggang (read: membongkang depan tv).....,

si W ni elok jer kat dapur, masak-masak. Aku tengok, garam halus, asam keping, bawang putih dan bawang merah belum buang kulit dan serbuk kunyit sedang digaul-gaulkan secukup rasa oleh si W ni dalam bekas asam keping tu. Garam halus bertaburan atas lantai, kunyit melekit-lekit kat rak dapur, asam keping tu cuma ada 3 keping jer, sudah jadi asam lekat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ eeeeiiiiooouuuuuuu ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terima kasih ain..... (http://betterhomesngarden.blogspot.com/) Terima kasih ya ain, untuk award blogger friendship. Maafkan maksu, lewat juga maksu letak di blog :(
Kadang-kadang, tak ingat....
kadang-kadang, ingat tak.....
kadang-kadang, ingat tak tak ingat.....
kadang-kadang, ingat ker tak ker.....
kadang-kadang, ker tak ker ingat....
oouuhhh.... maaf maaf maaf
kadang-kadang
T-E-R-I-M-A ~ ~ K-A-S-I-H :)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

Monday, April 27, 2009

Untuk sekadar mengisi ruangan maya

SAD SAD SOUL
you
and your pathetic sad soul
creating a gloomy dark hell!

for yourself!
with your own two bare hands
your lustful hungry lust
so afar from mercy
buried within the deepest side
unnoticeably

no words could lighten your burden
no blanket to cover your reddish soul
condemnation
rotten

rotten in your own hell!
hharrggghhhhh………

Sad Sad Soul disumbangkan pada Isnin, 13 April 2009 5:11:48 PM • Kali terakhir diubah pada Isnin, 13 April 2009 5:11:48 PM oleh Ayu Jamilah

p/s 1: tak ada idea nak buat entry tentang apa hari ni :(, blur.

p/s 2: mencuba-cuba berbahasa inggeris shekali-shekala :)

p/s 3: gambar sad man dapat dari google

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

Friday, April 24, 2009

Hari ini, aku ingin cakap banyak

Satu
Surat layang yang serba ringkas buat seorang 'kawan'

Kawan, tentu kau tak sangkakan, kau menyebut-nyebut cendul pulut untuk sekadar gurauan sahaja, aku tahu itu. Kan aku dah beritahu kat kau, semalam aku puasa. Tanpa disangka-sangka, balik dari kerja semalam ada kawan pak su beri cendul - cendul biasalah tapi. Tak kisahlah, dapatlah rezeki kiranya aku ni, syukur Alhamdulillah...

See, Tuhan Maha Mengetahui, right? Walaupun, tidaklah aku ini dalam kategori kemaruk nak kan cendul. Kan aku dah cerita kat kau, bahawa hari tu, aku ajak paksu singgah di gerai nak pekena cendul, tapi dia tak berentikan kereta... dari rembau, sampailah santak ke Key Ell ni ha! Meluap-luap darah aku dibuatnya. Alasannya, nak cari parking. Apa ke jadah cari parking dari rembau sampai ke KL, tak jumpa-jumpa (?). paksu nak sabotaj aku ler tu.

Kawan, sebenarnya memang aku ada juga teringat-ingatkan kau, kau pergi mana? apa kau buat sekarang? Banyak juga persoalan, akhir kata, pecah kaca pecah gelas, pecahkanlah apa-apa saja, nanti pandai-pandailah kemas balik, engkau jaga diri baik-baik ya. Ini ada suatu kata-kata indah yang telah aku fikirkan untuk kau :)

Kawan
ke mana engkau pergi
sungguh lama engkau menyepi
engkau sudah jadi biskutkah?
atau engkau ni MIA?
(missing in action)
amboi.. sudah tak ingatkah pada kami?
eh eh eh, piiirraaahhh
apa khabar kau di sinun?
layangkanlah sedikit berita
buat orang di sini
kalau benarlah, engkau dan kami
adalah kawan sejati
(Mak su: 20/4/2009)

Dua
Maklum, sudah ada lesen kaedahnya
Kalau sekadar melihat gelagat pasangan suami-isteri di jalanan, memang sangat-sangat biasalah bagiku. Maklumlah, aku pun... sudah berpasangan juga. Bak kata orang, enggang sama enggang, burung tiung serba sejoli.

Selalunya suami akan menghantar isteri mereka ke tempat kerja, isteri pun turun dari kereta atau motor dan salam dan cium tangan suami. Iya lah, minta maaf tak kira masa, bersentuhanlah suami-isteri, gugurlah dosa-dosa kecil (alamak, aku tak buat research terperinci, aku main tulis jer, ikut apa yang terlintas di kepala), err... bakteria pun gugur juga, serta zarah-zarah yang halus, Cik Zaharah is always ok ya.

Namun apabila pasangan suami-isteri yang akan berpisah di tempat kerja itu, melakukan "ritual" yang lebih dari itu, agak-agak menjoloki mata, aku rasa macam tak sesuailah, kita ni kan bangsa yang pemalu dan ada adab sopan tata susila tersendiri.

aku faham, aku maklum, dah dapat lesen kan, takkanlah nak pegang suami-isteri sendiri tak boleh? kan.

Tapi... sudahlah engkau bersalam dan cium tangan, kemudian engkau cium/gesel pipi kiri, cium/gesel pipi kanan, cium apa lagi ntah yang boleh dicium.... kat tempat awam!! wow! fuyooohhhhh! Dengan di kiri kanan engkau ada ramai orang-orang awam yang juga bersesak-sesak nak cari makan, pasangan suami-isteri yang lain dan sebagainya.

alamak!... Oh oh oh, aku minta maaf, aku tahu, pasti ada yang akan berkuchil hati mereka dengan kenyataan aku ini. Tapi fahamlah, aku ni orang kampung, kolot pula tu, fikiran tak terbuka, fikiran apa tu? Fikiran junub katanya. Memanglah macam ni, tak boleh terima perlakuan yang berlebih-lebihan gitu walaupun oleh pasangan yang sudah berlesen. Di khalayak ramai, sikit-sikit sudahlah....errrr.... ngeeooowww, geram tau.

Eh! alamak! cilakak dem dim dum, fikiran jumudlah. bukan junub. maaf, maaf.

Aku...aku ni kan.... rasa tak sanggup nak tengok wayang free berlesen, mungkin lepas ni, aku akan terus lari naik ke tempat cari makan sebaik sahaja hubby berentikan motor, oh... salam! yes! terlupa! ahhh, bantai jer lah, aku akan terus capai sajalah apa yang boleh dicapai. tak kiralah, lutut ker, handle motor ker, janji salam dan cium ambil berkat. ahhh! tak kisahlah. yang penting! mata ku tak sangguppppp menyaksikan lakonan sebenar, huhuhu.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

Thursday, April 23, 2009

Luahan di jiwa

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Semua artikel, tulisan, gambar yang diterbitkan di dalam www.ceritakosong.blogspot.com di bawah nama Mak Su merupakan hakcipta yang dimiliki oleh tuan punya blog ini.

Wednesday, April 22, 2009

Cerita kosong: kerana aku orang baik, hahaha

”You percaya tak kalau i cakap kat you, pejabat kita ni berhantu”, kata marzitah kepada nora sambil membulatkan biji matanya.

Tanpa terkejut nora berkata, ’memang i dah tahu dah, i sendiri pun dah terkena, masa mula-mula pindah dulu', sambil tersengih lebar. ”you ceritalah dulu marzitah, tentu menarik! Siapa yang kena kacau? you ker?”

’gelojohlah you ni nora, sabarlah’, kata Marzitah sambil menghabiskan kunyahan.

’si monica, our tea lady , ada satu pagi tu, dia dok berlari-lari keluar ke depan ni sambil menangis-nangis. Dia memang datang awal, you knowlah, kena kemas ofis, meja meeting, kemas pantry”. Nora diam, sambil berharap agar marzitah cepat-cepat meneruskan ceritanya.

Marzitah melanjutkan ceritanya, ”i baru sampai masa tu, i tanyalah kat dia, sebab dia menangis-nangis mintak tolong, i hairanlah”. ”kenapa pulak sampai nak mintak-mintak tolong?”, nora kehairanan.

”iyalah, tiba-tiba angelina monica tengok kat pintu pantry ada lembaga hitam tinggi, besar pulak, berdiri kat situ”.

”Ha!!”, marzitah menyambung ceritanya, ”hari tu you tahu tak, si meor, dah senja dah ni. dia nak tutup lampu kat tingkat 23 ni, masa tu dah dekat nak pukul 7 dah, dia tengok dalam satu bilik tu ada seorang perempuan sedang tidur, tengah telungkupkan muka kat meja. Habis tu meor pergilah tengok bilik lain pulak, selang 2, 3 langkah dia perasan lampu bilik tadi dah terpadam, dia cepat-cepat pusing balik kat bilik tu, memang dia tengok lampu terpadam, tapi tak ada sesiapa pun yang keluar dari pintu bilik tu ataupun dari pintu depan”. "tapi memang dia yakin, memang dia nampak seorang perempuan sedang tidur"

”nora, you bukan tak tahu pintu kat pejabat kita ni, berat-berat semua, mesti ada bunyi gedeganglah kalau ada orang bukak pintu ker tutup pintu ker”, nora menahan nafas mendengar cerita marzitah, dia terfikir... hoh! saspen giler ni!! Huuuhhhhh, giler saspen ni!!!

Marzitah kemudian menyuruh nora pula menceritakan pengalamannya.

”oklah, tapi i bukan nak suruh you percaya ataupun tak, tapi ini memang pengalaman i sendiri. Masa tu bulan puasa, tahun lepaslah. i tak puasa, uzur. i nak basuh pad, i ni suka guna tandas jenis cangkung tu, i tak suka guna tandas duduk, gelilah! eeeeiii', luah nora dengan mimik muka jijik.

'i pun bukak air, siram-siram dan halakan air tu ke arah lubang toilet tu, bukannya i serakkan air paip tu hala ke lubang yang kat lantai tu, yalah, i cuak jugak nak basuh pad kat ofis. kan biasa orang sibuk bercerita kisah orang tinggalkan pad tak berbasuh, pad tak bersihlah, lepas tu adalah benda-benda datang hisap darah kat pad tu pulak”.

”ya, i pun ada dengar jugak. ha... lepas tu?, lepas tu? cepatlah sambung”, potong marzitah, tak sabar-sabar.

Nora menyambung, “masa i tengah basuh pad tu, tiba-tiba terjongol apa benda entah, dari pintu tandas tu, terus masuk ke dalam, terus dia pun membongkok sama, entah nak tengok muka i, entah nak tengok apa benda yang i tengah basuh tu!!!” “i ni gila punya terkejut macam nak melompat lari keluar dari tandas, tak ingat kain lagi dah! redho jer lah!!"

"iya nora, memang i niat nak lari keluar dah! gila you! adaker kita tengah elok-elok cuci pad, tiba-tiba ada muka terjongol kat depan! seram betul......”

“Hah?? Dia tunduk tengok you, nora! dia tengok engkau?", jerkah marzitah, terlupa nak cakap i you pula dia ni, seram punya pasal.

"benda tu tengok pad you? Lepas tu? Lepas tu? you lari tak ?”, tanya marzitah, cemas, sambil mulut tetap mengunyah makanan.

‘tak adalah, i tak larilah, takkan nak lari, kain terburai-burai...hahahah. i baca ayat kursi saja, kat dalam hati, i ulang-ulang bacalah, sambil tu, dalam hati i cakaplah, kenapa pula sampai nak terbongkok-bongkok tengok kat sini? Aku bukan buat apa-apa, aku nak basuh pad saja’.

‘lepas tu i ulang lagi baca ayat kursi, saaaampailah habis i cuci pad, sampai bersih, kemudian i bungkus dalam tisu, 4, 5 lapis tisu, lepas tu i bungkus lagi dengan plastik yang bersih, dah puas hati, i masukkanlah pad ke dalam tong kat tepi dinding toilet tu, lepas tu i pun keluarlah’.

‘ada sambungan lagi ni marzitah, hik hik hik. Petang tu i masuk lagi kat toilet, i pergi lagi kat toilet yang i gunakan tadi tu, kan, sebab i nak check pad i tadi, masih ok ker tak. i ni cuak jugak sebenarnya, tapi i cakap dengan diri sendiri, i kena lawan perasaan takut i ni, takkan i nak lari pulak, kita ni kan makhluk ciptaan Allah yang terbaik’.

‘habis tu i pun checklah pad i tadi, i tengok pad tu masih ok, tak ada berubah kedudukan apa-apa pun, so i pun pergi basuh tangan. lepas tu i gatallah you, i pergi cakap slow-slow , *kalau ada sesiapa kat sini, buat bunyi sikit*'.

‘Lepas tu i pun nak keluarlah dari toilet, tiba-tiba *pelepop!*, tutup tong sampah kat tepi sinki tu, terjatuh dengan sendiri. i terkejut beruk you jangan cakaplah, beruk pun tak terkejut macam i agaknya. i macam terloncat kat situ! i beranikan diri, i pandang ke belakang, i tak puas hati so i pergi tengok kat tong sampah tu, tutupnya memang tertutup dah lah. i tekan dengan kaki untuk mengangkat penutupnya tu, memang penutup tu freeze sekejaplah, sebelum dia jatuh sendiri lepas a few seconds’. ‘i legalah dengan ujikaji i sendiri hihihih'.

'i harap benda tu cuma kebetulan jer, kih kih kih… huiyoooo, nauzubillah, janganlah uji i kan, i ni penakut sungguh yang sebenarnya, kah kah kah’, cerita nora dengan panjang lebar, gembira kerana berjaya mengatasi ketakutannya sendiri.

Marzitah tidak berkelip mata, seolah-olah tidak percayakan cerita nora. Nora menyambung ceritanya lagi. ‘you nak tahu marzitah, sebelum i, ada orang lain kena lebihkurang pengalaman yang hampir sama jugaklah. you kenal noraida binti syuib kan? Masa bulan puasa jugak. Masa tu tengahari, noraida tu mengantuk ker hapa ker, dia pergi toilet, masa tu noraida sedang basuh tangan kat sinki, dia kata tak ada orang lain dalam bilik air. Tapi tiba-tiba dia nampak macam ada orang kat toilet, toilet yang sama tempat i cuci pad i'.

'dia nampak macam ada kaki orang kat lantai tu, lepas tu macam kaki tu ditarik ke belakang, tapi pintu tak tertutup pun. Dia pandang lagi sekali, tengok lama-lama sikit kat tandas tu, tapi tak ada apa-apa. Tak puas hati punya pasal, dia pergi tengok lagi dekat-dekat, tengok-tengok tak ada orang. Apa lagi, si noraida syuib tu cepat-cepatlah blah dari toilet’.

‘eh! i hairanlah marzitah, kenapalah kat dalam toilet tu dorang guna lampu malap, lampu kuning. Nak cantik punya pasallah ni’, rungut si nora lagi.

‘ha ! marzitah ! ni i nak cerita lagi kat you ni, perkara ni pun dah lama dah , i pun tak ingat bila. Lepas kejadian kat tandas tu. i nampak kat lobby lift kita ni, sebelum entrance, ada satu lembaga tinggi besar, rambutnya ker badan dia ker, macam berbulu tebal, panjang-panjang. Lepas tu pulak !!! ada lagi !!! you nak dengar tak ni marzitah?’, bebel nora kerana marzitah ni tetap kusyuk dengan makanan dia.

‘iyalah, i tengah dengarlah ni, tapi i lapar’

‘i nampak ada benda macam jenis beruang agaknya, berbulu hitam tebal, ataupun mungkin makhluk pelik ker hantu setan apa ker, nak kata menyalar bukan menyalar tapi macam membongkok atau melutut kat tepi dinding kat tepi lobi'

'abis tu you buat apa nora?', tanya marzitah. "i buat donno je lah".

Marzitah termenung sejenak dan bertanya, ‘eh ! nora kenapa you banyak jumpa benda pelik ya?’

Nora tergelak, dan rasa ingin bergurau dengan marzitah, ‘sebab aku orang baiklah marzitah’, sambil menggosok-gosok bahu marzitah.

Bukan dengan tujuan nak eheemmm, eheeem, tapi nak bergurau jer.

‘entahlah marzitah, i pun tak tahu, kebetulan kot, Tuhan nak tunjuk’, tambah nora lagi.

'nora, kalau you lah yang cerita, i memang percaya. sebab you memang tak pernah bohong dengan i'

'marzitah, buat apa nak bohong, bukan dapat award pun', kenyit nora sambil tersenyum lagi. memang nora ni, mudah sangat tersenyum, walaupun sedang bercerita saspen.

Baru-baru ini, nora terjumpa kawan lamanya, amran. amran memuji kecantikan bangunan yang disewa oleh majikan nora. 'cantik', katanya. nora pun menjawab,

'buat apa cantik amran, tapi banyak hantu'.

huhuuhuhhu..... jangan biarkan errr...aaaa.... anu.... errr.... hhhmmmm, apa ek? apa-apalah, diselubungi misteri.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

Tuesday, April 21, 2009

Please pick one

No cheating. If all of the desserts listed below were sitting in front of you, which would you choose? Pick your dessert, then look to see what psychiatrists think about you! (Sorry you can only pick one)OK - Now that you've made your choice, scroll down to see what research says about you!

ANGEL FOOD CAKE... Sweet, loving, cuddly. You love all warm and fuzzy items. A little nutty at times. Sometimes you need an ice cream cone at the end of the day. Others perceive you as being childlike and immature at times.

BROWNIES... You are adventurous, love new ideas, are a champion of under dogs and a slayer of dragons. When tempers flare up, you whip out your sabre. You are always the oddball with a unique sense of humor and direction. You tend to be very loyal.

LEMON MERINGUE... Smooth, sexy, & articulate with your hands, you are an excellent after-dinner speaker and a good teacher. But don't try to walk and chew gum at the same time. A bit of a diva at times, but you have many friends.

VANILLA CAKE WITH CHOCOLATE ICING... Fun-loving, sassy, humorous. Not very grounded in life; very indecisive and lack motivation. Everyone enjoys being around you, but you are a practical joker. Others should be cautious in making you mad. However, you are a friend for life.

STRAWBERRY SHORTCAKE... Romantic, warm, loving. You care about other people and can be counted on in a pinch. You tend to melt. You can be overly emotional and annoying at times.

CHOCOLATE ON CHOCOLATE... Sexy; always ready to give and receive. Very creative, adventurous, ambitious, and passionate. You can appear to have a cold exterior but are warm on the inside. Not afraid to take chances. Will not settle for anything average in life. Love to laugh.

ICE CREAM... You like sports, whether it be baseball, football, basketball, or soccer. If you could, you would like to participate, but you enjoy watching sports. You don't like to give up the remote control. You tend to be self-centered and high maintenance.

CARROT CAKE... You are a very fun loving person, who likes to laugh. You are fun to be with. People like to hang out with you. You are a very warm hearted person and a little quirky at times. You have many loyal friends.

(hhhmmmm - aku pilih Carrot cake....dan juga Ice cream lah, tamak ler puloks)
(oh ya, survey ni dapat dari emel ya)

Monday, April 20, 2009

Tentang wallpaper dan awards

Tag wallpaper ini adalah dari zh-ena, http://zh-bucuk.blogspot.com/. Kita teruskan dengan undeng-undengnya :-

1) anda perlu printscreen wallpaper anda.
2) beritahu kenapa anda suka wallpaper anda itu... muka baby w macam geram campur happy, melambangkan mood aku ketika respon utk tag ini yang seolah-olah macam nak jadi werewolf, nak makan orang dan nak baling selipar kat orang (alamak! terlebih pulak!)

3) seterusnya, tag 10 orang. Hmmmm, memang tak ada idea nak tag sesiapa.

TAPI...... aku ada terima awards dan aku nak beri awards :-

Award 1 - dari mountdweller, untuk blog yang berinspirasi dan sangat mesra.

Award 2, blogger star - dari ieyna, yumicilove.

Terima kasih banyak-banyak buat mountdweller dan ieyna :)

Kedua-dua awards di atas adalah untuk Hemy, Masy, arryani, theconfused, dr_wahida, Azq, Muadzlife, Bunga Rampai, kasut gombak, saracocohoney, achik, ima, iina, ain, kakpah, kakngah, shifu67, abg zino, sakurasa 2, princestortoise, manjelong, su, Opah De, - jinggo -, [suziey], suzi, shais, zue, cikguzue, kak aNie, izman, kv, cendawanintim, mugiwara, intan rosnitta, art_touch, wanie, intan anak babah, gdiz, ah moi, ungku nor karma, shasha, sharamli, farid senyum_man, Maryam Abu Ahmad, izzudin ali, riezal rezdrake, chekdeenoor, akak noorlara, mr penyubiru, yunus badawi, kuina jentayutiara, tirana, kirana, jardness, wanie, whitetulip, dan... siapa lagi ek? oh ya! akirasuri of course, juga untuk cklah, adrysabry, addyaholix, zareda norman, en_me, de_kerinchi, zh - ena, diya kamaruzaman, naz-ilyn, TOKMA, dan saudara yang amat puitis -> Zul Rahman.

Thank you all... for being a nice friends, you are my inspiration,

you are my star :)

alamak.... tentu saya dah ketinggalan beberapa nama, huhuhu :(

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

Anak patunglah yang sangat memahamiku

mungkin itulah yang tersirat di hati baby w tatkala dia meluahkan perasaannya semalam, di dalam bilik kakaknya, sambil memeluk anak patung beruang kaler cekelat keperangan itu, berdiri mengadap dinding, "esok mak keja, ayah keja, kakak shekolah, kak ngah shekolah, adik shekolah, semua orang tak dek. W kena dok kat umah acik" "esok dok umah ya?, ya?", tambahnya.

kak ngah memang ada kat dalam bilik masa baby w meluahkan perasaan tu.

kak ngah terharu campur nak tergelak bertanya, "baby w duduk kat rumah acik tu, acik ada pukul ker?"
baby w, "tak dek"
kak ngah, "acik cubit?"
baby w, "tak"
baby w, "acik marah jer, W asyik mintak shushu".

lepas tu kak ngah ngadu kat aku, kesiannya. Hhhmmm, rasa nak pencen awallah :(

Aku cakap kat baby w, "itulah. asyik mintak susu jer, makcik tu marahlah. nak bagi makan nasi susah sangat, kuat memilih".

Baby w memang susah nak makan, selain dari kena kejar dan jerit-jerit kat dia suruh makan, dia juga suka luahkan balik makanan kalau tak sedap di rasanya. kalau ada sayur ker, bawang ker, semua terjun balik ke dalam pinggan. Aku memang faham.

eeehhhmmmm, hairan juga macamana "orang itu" kata anak aku tu kuat makan, habis sepinggan, sepinggan. Hhhmmm... manusia oh manusia.

Layan jer lah, kalaulah aku ni pandai main saham, sudah tentu aku tak mahu bekerja, aku duduk rumah, jaga anak sendiri, lagi puas hati, anak-anak pun tak perlu mengadu kat anak patung.

Baby w oh baby w, engkau tu belum pun masuk 3 tahun tau, engkau dah pandai mengadu kat anak patung ya..... huhuhuh, engkau buat mak sedih dan serbasalahlah. uwaaaaa, uwaaaa (sambung nangis)

p/s: aiyo, tak sempat nak reply message untuk entry-entry yang sebelum ini. sowi ek.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

Saturday, April 18, 2009

Tag tentang cerita kosong

Tag tentang blog ini aku dapat dari "shasha di black cat, a kitty katz tales".

Ok, kita teruskan menjawab soalan-soalan, jangan buang masa (lalalalala)

1)Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Cerita Kosong, sempena kata-mata arwah atok yang mengajar saya mengaji dulu, dia sayangkan saya, lalalala. dan kata-katanya tetap jadi ingatan.

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://ceritakosong.blogspot.com/

~ sama seperti jawapan di atas ~
blog ini hanya mengandungi cerita-cerita kosong dan terpulanglah kepada pembaca untuk mengklasifikasikannya.

3) Apakah ‘method’ penulisan dalam blog anda?
Niat pertama masa buat blog ini adalah supaya akan membawa kebaikan kepada diri yang menulis dan yang membaca, juga ikut mood pada hari-hari berkenaan. Konsep cacamarba.

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Tak pernah lagi. Tak sampai hati nak hapuskan.

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Shasha, http://5ha5ha8lackkatz.blogspot.com/

I believe shasha is a sweet person and lovely.

6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag
hhmmm, tak nak tag sesiapa.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

Friday, April 17, 2009

Semuanya DIA

Cerita 1
Ajal maut di tangan Tuhan. Kalau sakit, usahalah cari ubatnya. Namun, aku juga mendapat tahu bahawa separuh ubat-ubatan mempunyai kesan sampingan, yang sadis :(, info serba-sedikit, seperti :-

ubat tahan sakit -> gastrik, masalah kerosakan buah pinggang
ubat buah pinggang -> kanser, rapuh tulang
ubat sawan -> kerosakan gigi, hilang gigi pada usia muda
ubat gatal-gatal -> kanser kulit
hormon untuk mengatasi menopause -> kanser payudara, rahim
ubat thyroid -> kanser payudara
dll

p/s: ini bukan berdasarkan fakta-fakta kajian ilmiah, hanya maklumat hasil pandang-pandang dengar-dengar pasang telinga masa orang lain dok bercerita (aku busy body, kaedahnya)

Cerita 2
I believe marriage is made in heaven, jadi kita tak layak mempersoalkan sewenang-wenangnya. Itulah orang kata, ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu juga. Jodoh aku dengan pak su, bermula dari dalam bas, sedangkan aku juga naik ketapi dan naik teksi, tapi bertemu jodoh dalam bas juga. Who knows?

Cerita 3
aku kenal 2 kawan berdarah campuran iaitu gelap + terang, kedua-duanya memang expose kepada kehidupan orang-orang Islam, adat budaya orang Melayu, banyak bergaul dengan orang Islam. Mereka juga ada mencuba berpuasa, solat selayaknya, namun. Tiada pula mereka meneruskan langkah kaki mereka mengekori para muslimim dan muslimat, kerana Hidayah itu adalah milik Allah dan hak Allahlah mengurniakan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Tidak perlu berdukacita, tapi doa itu tetap ada gunanya.

Bismillah-hir rahmanirrahim
[Al-An'aam.33] Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu akan menyebabkan engkau (wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata).

[Al-An'aam.34] Dan demi sesungguhnya, Rasul-rasul sebelummu pernah juga didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan orang-orang yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah Kalimah-kalimah Allah (janji-janjiNya); dan demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari khabar berita Rasul-rasul itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekian, sehingga bertemu lagi di arena siber.

Bismillah-hir rahmanirrahim
[Al-An'aam.32] Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

Lapuran Harian

Rabu, 15 Apr - aku cuti, satu keluarga pun bercuti, kami pergi menonton pertandingan kawad kaki sekolah rendah peringkat negeri selangor di stadium jugra, banting. tidak berapa bernasib baik tahun ini, pasukan kak lang tidak dapat mempertahankan title juara kawad kaki mereka, tapi terpaksa akur dan redha dengan kedudukan di naib johan sahaja.

sebagai hadiah naib johan, kak lang dapat belanja air kelapa dan nasik ayam. jadilah..... tahun depan cuba lagi ya nak ya(huhuhuhu, tak dapek eden nak poie PD, tahun ni peringkat kebangsaan akan dibuat di PD, huhuhuh - sambung nangis).

Khamis, 16 Apr - Aku cuma ambil cuti sehari saja, iaitu semalam. Pada 16 april pula, aku dah sampai kat tempat cari makan ni; tiba-tiba dapat call - kata anak buah aku telah meninggal dunia. Anak buah ini adalah dari arwah kakak aku yang sulung, iaitu budak lelaki yang dimasukkan ke hospital ampang tempohari. Kerana kanser (thyroid), telahpun meninggal dunia pagi semalam. Pada pandangan aku, jangkahayat dia mengetahui dia mengidap kanser itu cuma lebihkurang 5 bulan sahaja.

Selain itu, arwah juga sebenarnya ada komplikasi jantung dan buah pinggang yang rosak sejak dia kecil lagi, selepas mendapat derma buah pinggang, arwah kena bergantung kepada pemakanan ubat-ubatan sepanjang hayat. Ceritanya, akibat pengambilan ubat-ubatan sepanjang hayat utk kidney itu, berlanjutan pula hingga menjadi komplikasi kanser.

Arwah itu tidaklah budak lagi, sudah jadi ayah orang, meninggalkan isteri dan seorang anak, darj. 2.

Jumaat, 17 april, dan aku.... masih lagi bersibuk-sibukan di tempat cari makan kerana sudah 2 hari tidak hadir bertugas (kaedahnya).

azam hari ni, nak melawat2 blog kalau sempat curi tulang ikan. eh...ahaks.

sekian dulu, mungkin ada update lagi petang ni, kalau rajin dan sempat curi tulang ikan. oops!

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

Tuesday, April 14, 2009

Ambil tahu 13: Daif? Dhaif?

Adakalanya dulu, aku jadi keliru dengan wujudnya hadis dhaif.

Apakah maksud kedhaifan hadis itu? Macam papa kedanakah? Fakir miskinkah? Jadi, untuk jawab soalan sendiri, aku rujuk buku ini, Hadith Empat Puluh (Terjemahan dan syarahnya), oleh: al-Ustadh Mustafa Abdul Rahman. Terbitan Dewan Pustaka Fajar.

Aku juga ada merujuk secara sambil lewa lalu-lalang lenggang-lenggang di iluvislam dot com.

hadis dhaif iaitu hadis yang mempunyai syarat hadis sahih dan tidak pula syarat hadis hasan, antara contoh-contoh syarat yang tidak dipenuhi ialah ...
- perawinya adalah orang bukan Islam
- orang yang belum baligh
- tidak diketahui orang / sifatnya, tidak bagus ingatannya yakni pelupa
- tidak benar percakapannya (senang berbohong)
- pernah berdusta (dan ada saksi terhadap dustanya)
- tidak berusaha menjauhkan diri dari melakukan dosa atau perkara yang menghampiri dosa
- melakukan perbuatan yang menjatuhkan maruah, kehormatan peribadi

Hadis dhaif dibahagikan pula kepada 2 martabat iaitu Lemah dan Terlampau Lemah; menurut keadaan sanad dan mutunya.

Contoh hadis dhaif,
1) ”Barangsiapa berkata kepada orang miskin, bergembiralah engkau! Maka sesungguhnya wajiblah (tetaplah) syurga bagimu”, riwayat Ibn’ Adil.

Penerangan: dalam riwayat hadis ini, ada seorang bernama Abdul Malik bin Harun yang dituduh pendusta, kerana itulah maka hadis ini dipandang dhaif.

2) ”Menuntut ilmu adalah fardhu atas setiap orang Islam lelaki dan wanita”, riwayat Al-Baihaqi Ahmad dari Anas.

Penerangan: Imam Al-Baihaqi berkata hadis ini masyhur tetapi sanadnya lemah dan telah diriwayatkan menerusi jalan yang banyak, yang semuanya adalah lemah belaka.

Pendapat lain terhadap hadis ke-2,
Seterusnya Imam Nawawi berkata, hadis itu dhaif (lemah) sekalipun maknanya sahih (betul) setelah diriwayatkan oleh Abu Ya’la al-Musalla dalam masnadnya dengan sanadnya sekali dari Anas, dari Nabi Muhamad saw. Dalam sanad ini, terdapat seorang yang bernama Hafsin bin Sulayman, ia orang yang lemah.

Hukum menggunakan hadis dhaif dalam kehidupan seharian.

Hadith dhaief boleh diamalkan menurut pendapat Imam nawawi dan Ibn Hajar al Asqolani tetapi hendaklah diikut syarat-syaratnya yang ketat.

Boleh digunakan untuk targhib dan fada'il a'mal. Tetapi tidak boleh digunakan sebagai hujjah untuk hukum syarak dan aqidah.

Syarat beramal menurut pendapat al hafiz ibn hajar al asqolani ialah:
1. Dhaif yang ada pada hadith itu adalah tidak keterlaluan.
2. Maksud yang terkandung di dalam hadith dhaif itu tidak bercanggah dengan kaedah umum agama Islam
3. Hendaklah berhati-hati ataupun ihtiyat dari sudut pegangan ketika beramal dengannya.

Kamus, sanad maknanya jalan yang menyampaikan kepada hadis. Aku beri contoh lah; dari mak su, dari cikgu rahmun, dari pakcik romzi, dari atok anoh dari [lalalalalalalala] sehinggalah sampai ke baginda Rasul saw.

p/s: memandangkan sekelian hadis sudah selamat dibukukan dan dikategori-kategorikan seadanya, tidak mungkin malah adalah mustahil sesuatu hadis itu diriwayatkan di zaman 21st century ini.

Wallahualam. Selamat berbahagia didoakan buat sekelian yang hadir, yang tidak hadir, moga sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah swt.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

Monday, April 13, 2009

Menjawab tag mengenai pasangan

Assalamualaikum

Tag Satu

Tag pasangan dari eiba, http://myeibalive.blogspot.com/, tag ni dah lama dapat, dari eibalive, terima kasih ya eiba, tag ini tanda ingatan :), sori, lambat jawab.

1. When was your engagement? Kalau tak silap, bulan April tahun 1992

2. When is your marriage anniversary? 15 november

3. How long have you known your spouse? berkenalan pertengahan tahun 1990 dan kahwin tahun 1992

4. How long did you date before you got engaged? Sama macam jawapan di atas

5. Where did you meet your spouse? Dalam Bas

6. Do you have any children? Ada

7. How many? 4, semua perempuan.

8. Do you have any pets? Tidak, remehlah rasanya nak bela binatang peliharaan ni.

10. Do you own or rent? Beli, tapi masih ada hutang dengan bank.

11. Do you live in the country, city/town? di pinggir Kuala Lumpur.

12. What is your favorite activity you do together? Berborak

13. Do you have a favorite vacation spot? aku suka lepak tepi pantai, suami suka historical spot

14. How many siblings do you have including in-laws? 16
Aku – 10 adik-beradik yg masih hidup
Hubby – 6 adik-beradik


15. What mosque do you attend? sorilah, hardly go to mosque

16. Is this the mosque you got marrried in? tak, akad nikah saya di rumah.

17. What town is your current address? Kawasan perkelahan yang popular, selangor

18. Do you work or stay home? Kerja cari makan kat tempat cari makan.

19. Where did you go for your honeymoon? Tidak pergi berbulan madu.

20. Leave a piece of marriage advice. Redha.

21. Nak tag siapa? hhhmmm, tiada sesiapalah.

Tag Dua, Ini pula dari cikguzue, http://zuekay.blogspot.com/, terima kasih juga buat cikguzue, tanda ingatan ni :)

1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen? hbo

2. You're out to eat; what kind of dressing does he get on his salad? hubby tak mungkin akan order salad

3. What's one food he doesn't like? durian

4. You go out to eat and have a drink. What does he order? nasi putih, sup ekor, kopi

5. Where did he go to high school? entahlah, kat Taiping lah kot.

6. What size shoe does he wear? 7 kot

7. If he was to collect anything, what would it be? dvd

8. What is his favorite type of sandwich? sadin kot, hubby hardly nak order sandwich

9. What would this person eat every day if he could? nasi putih, kari ikan, sambal ikan, kari ayam

10. What is his favorite cereal? hubby tak makan cereal

11. What would he never wear? (tiru jawapan cikguzue) tudung

12. What is his favorite sports team? sports? badminton, takraw, silat - team dari Malaysialah

13. Who did he vote for? mawi (eh!), undi adalah rahsia

14. Who is his best friend? abang mee goreng, abang membesar sebagai johan, abang berseri-seri, bukan abang naz, abang yu di sana.

15. What is something you do that he wishes you wouldn't do? letak gambar kat blog (dia memang tak suka aku letak gambar kat blog, TAPI errr, aku pernah juga letak gambar kat blog, cumanya mungkin orang tak perasan, ahaks)

16. What is his heritage? melayu (jambi + kelantanese)

17. What is his favourite colour? hijau

18. What is his habit? smoking kira habit tak? dia suka bergurau

19. What is he proud of? menjadi diri sendiri

20. Lastly, do you think he will read this? tidak (jadi saya boleh auta apa saja...kih kih kih)

Tiga, Award 'fabulous' ni adalah dari adik Pupuy di, http://pupuydecember19.blogspot.com/. Terima kaseh banget sebab sudi kongsikan award ini dengan maksu :)Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

Thursday, April 9, 2009

Rancangan realiti di kaca tv

Kalau main tekan2 remote tu, tiba-tiba terserempak dengan program reality seperti ‘Handy man – Andrew-dan Jumbo’ datang repair rumah orang, ataupun rancangan reality ‘chef datang masak kat rumah awak dinner beberapa course’ (tajuk sebenar tak ingat), mesti aku tengok dari mula sampai habis. Memang mengujakan.

Salah satu rancangan realiti yang aku suka tonton juga ialah ‘ghost hunters’, pasukan yang terlibat diberi nama ‘TAPS’, dan founder kepada kumpulan ini ialah plumber @ tukang paip. Aku respek habis dengan pasukan TAPs ni, pencarian mereka berdasarkan fakta, tiada background music :
‘oh berdiri mak bulu romaku, oh berdiri mak bulu romaku
katanya dia memang cinta
lalalalala (terlupa lirik)
bagai laut selaaattttttaaaaan, merinding aku jaddiiinnyaaaa’.

(alamak... salah lagulah beb, ini lagu dangdut cinta)

Dengan peralatan canggih mereka, Kumpulan TAPS dapat mengesan samada sesuatu laporan penghantuan oleh para-para bukan hantu terhadap hantu yang menghantui sesebuah bangunan itu adalah samada jenis hantu aktif/hantu yang benar-benar hantu (berbentuk imej separa manusia atau sepenuhnya manusia, ada suara yang memberi respon, ada tindakbalas seperti ketukan di dinding, ada bunyi tapak kaki di lantai), hantu pasif, hantu tipu hantu (eh! salahlah), maksudku... bukan hantu tapi hanyalah fenomena alam, hantu saikologi, hantu lalu-lalang dsbnya.

Hujah-hujah mereka adalah berdasarkan input yang terhasil di kamera samada berbentuk orb, aura panas merah yang berada sekejap-sekejap di sesuatu tempat atau juga bayang2 yang kelihatan.

Faktor geografi dan kelengkapan bangunan juga diambil kira, tidak semua aktiviti penghantuan dikaitkan dengan hantu, orb, spirit, ghostly dll (kata maksu, ini penting sangat diambil tahu sebab kita ni kan manusia biasa yang lemah gemalai, selepas tonton siri ini baru aku tahu, yang kita sangkakan ada hantu betul, rupanya betul bukan hantu betul, betulllll)

Peralatan mereka dilengkapi dengan pelbagai benda pelik dan canggih termasuklah EPF... eh! salah pulak! EMFlah. EMF ini mengkaji kadar elektrisiti di sesuatu bahagian bangunan yang melibatkan pendawaian elektrik samada yang pendawaiannya elok, terbuka atau terdedah.

Apabila banyak pendawaian letrik yang terdedah (pendawaian tara cantik) atau sistem paip air yang berselirat ia akan menghasilkan suatu aura yang akan menangkap otak manusia yang berhampiran, ia mencetuskan anxiety, halusinasi yang akan menghasilkan perasaan seram seolah-olah ada benda mengikut dari belakang dll.

Mengikut kata salah seorang tukang paip tu, impaknya bergantung kepada kekuatan aura individu pula, ada yang akan merasa seram secepat 2 minit, ada pula yang akan rasa seram cuma selepas 30 minit, bergantung. (kata maksu, balik nanti check rumah/pejabat samada ada atau tak peralatan moden seperti pendawaian, paip air yang berselirat2 ataupun terdedah tidak terpelihara, kerana ia menghasilkan aura negatif yang akan mengganggu perasaan normal seseorang individu)

Begitu juga tanah tapak bangunan, katanya bila sesuatu bangunan kediaman, pejabat dibina di tanah tinggi berbatuan seperti granit atau jenis yang sekufu dengannya, dekat dengan gua, bukit batu kapur dll - juga akan menghasilkan aura yang membuatkan orang sekitar akan merasa kehadiran sesuatu makhluk paranormal (kata maksu, pada pendapat aku, mungkin juga akan membuatkan seseorang individu berada di paras atas dalam pemikirannya dan beroleh kebolehan menggunakan otaknya untuk kerja-kerja kreatif seperti melukis, mengarang dll. Adalah didapati banyak sekolah pondok didirikan di kawasan yang kurang tumpuan kesibukan seperti di kawasan2 yang disebutkan di atas yang berkemungkinan meningkat tahap kerohanian seseorang untuk lebih sensitif/peka.

Bila aku perhatikan secara sambil lewa, selain dari penganut agama Islam yang berkhalwat di tanah-tanah tinggi/gua, tempat terpencil untuk meningkatkan amalan kerohanian mereka, penganut agama lain juga banyak mendirikan rumah ibadah mereka di kawasan-kawasan tanah tinggi).

Oleh itu wahai kawan-kawan, pandanglah ke mana pun, kerana; Al-Anaam, 162: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

janganlah saspen ya bila kadang-kadang gatal aku datang dan nak letak cerita a’la misteri kat sini, aku main-main saja :)

tambahan teks, jam 4.33petang, kesimpulan yang boleh diberikan ialah jangan takutkan hantu, kita adalah makhluk Allah yang lebih hebat, bermakna penciptaannya - kalau anda boleh lihat hantu, ketahuilah bahawa hantu pun takutkan manusia juga. kui kui kui.... apa sangatlah dengan rancangan2 yang menonjolkan hantu, sedangkan rancangan yang menonjolkan wanita cantik seksi dan lelaki kacak bergetah pun sangat scary juga...auuwww, meeaaoowwww.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

Tazkirah subuh dari mak

Pagi-pagi pesan kat anak-anak, mula-mula pesan kat kakak, "keluar dari rumah tu baca Alham, kursi, kat kelas tu baca alam nasyrah. Masa tunggu bas tu jangan berdiri kat tempat sunyi-sunyi sorang-sorang, tunggu dalam berkumpulan".

Lepas tu pesan kat kak lang, "keluar dari rumah tu baca Alham, kursi, kat kelas tu baca alam nasyrah - eh!? alam nasyrah pulak, itu masa nak belajar, hih hih hih..... masa latihan kawad nanti dengar cakap jurulatih, buat betul-betul, jangan nak sengih-sengih jer, jangan nampak gigi, jangan baca jampi serapah masa kawad".

~~ haaahhhhhhhhhh (lega, dah berikan pesanan yang sesuai mengikut kategori masing-masing, maklumlah, mak pun tersasul, setiap hari skrip yang sama giteww) ~~

kat kak ngah pesanan yang lain pula, sebab dia sekolah petang (via phone call).

p/s: jampi serapah masa kawad..... nampak sangat mulut komat-kamit kira satu dua tiga empat etc etc, digalakkan budak2 kira dalam hati saja.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

Wednesday, April 8, 2009

Orang yang tak ada kehidupan memang tak faham

(hari merepek, "GO'BLOG")

tambahan*, 5.20pm - takut pulak kalau ada salah faham kepada sekelian yang hadir di sini, ini repekan saya sowang diri ya, moga tak ada yang berkecil hati - sebab saya hot, setelah dipermonyet-monyetkan seumpama kotak yang diperkotak-kotakkan seadanya bola yang tidak diparabola-parabolakan.

Pasal aku punya cuti pada minggu lepas pun ada orang yang hardly ada kehidupan itu nak perleceh plaks... alamak, sorilah, gua tahu lu memang tidak mempahami hal gua lah sebab lu kan tak ada life, lu tak ada kehidupan, my total sympathy goes gone going went to you. Itu aje boleh aku cakap.

dia punya gelabaaaahhhhh, huh! macam ada tsunami melanda... hah! where! what! when! who! why! bla bla bla, bla bla bla, sampai malam pun tak abis mengaruk.

ni aku nak beritahu ni, aku nak cuti lagi, jangan terkejut brok-ker-rer pula ya. Minggu ni dan juga minggu depan. apa nak buat... orang yang tak ada kehidupan memang akan rasa annoying sangatlah... i cannot help it. what to do? engkaukan, tak ada kehidupan.

minggu ni aku ada hal ahli korga, cuma orang yang ada ahli korga sahaja akan memahaminya. Aku ni (bercakap sambil mendebik dada, eh! mendabik dada) , aku datang dari keluarga besar, dan aku pula adalah yang bongsu. bila ada majlis keramaian keraian, aku kenalah turun padang, potong-potong bawang ker, potong-potong kentang ker. tapi.. engkau memang tak faham, sebab engkau tak ada life... sigh..........

(itu belum lagi ada majlis dari abang aku yang no. 1 pada hari isnin ker, or majlis dari kakak aku yg no. 5 pada hari rabu ker, dan ada pula majlis dari abang aku yg no. 10 pada hari jumaat dan sabtu ker... kalau orang datang dari keluarga besar, memang beginilah, pendekata penuh sajalah jadual)

minggu depan pula anak aku si kak lang tu pergi bertanding kawad kaki kat stadium jugra rasanya. aku nak pergilah, tahun lepas aku dah tak pergi. lagipun tahun ni dia darjah 6. tahun depan dah naik sekolah menengah, anak-anak membesar depan mata, sebagai parents tentu aku nak menyaksikan juga. kalau kat sekolah menengah nanti dia nak libatkan diri dalam kawad kaki pasukan beruniform, itu tahun depan punya cerita.

(itu belum lagi anak aku yg sulung tu, or yg no. 2 tu.... itupun aku tak ada daftarkan anak2 aku ke kelas piano ker, taekwando ker memanah ker, kalau ada.... huhuhu, banyak sungguh pertandingan yang aku kena attend dan give moral support with true love gitewww... well, bagus gaks ya, ballet dancing class, memancing class, lumba lari dalam guni class...wow! eh! Jangan perleceh tau, sebagai parents - semua tu nak kena suppport)

Pandangan kita berbeza, prinsip hidup kita tak sama, dan adakah kita menyembah tuhan yang sama?

Air yang dicincang takkan putus itu tidak ada di mana-mana, ia ada di beberapa tempat sahaja. Bulu ayam yang carik-carik tapi bercantum semula itu pun perlu ditengok juga, bukan semua spesis ayam mempunyai bulu yang carik-carik. Burung ayam-ayam tidak pula pernah ku dengar mempunyai bulu yang carik-carik..... pada pendapat aku, perkara sebegitu kenalah dijaga.

hhhmmmm, tapi...., macamana nak beri kau faham? sebab engkau tu kan, orang yang tak ada kehidupan... hidup engkau gitu-gitu saja, nothing interesting, my deep sympathy going going gone to you lah.

gooode'baiiii

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

Monyet, Kotak dan Bola tanpa Kambing

Ada suatu kisah yang telah diperkisahkan orang kebanyakan iaitu apabila brok.ker.ers--brok.ker.rers berselerakan gegak-gempitalah ia bergayut-gayutan di cabang-cabang yang ini, ini juga, maka akan adalah yang monyetnya yang bukan - yang telah dipermonyet-monyetkan dan senantiasa jua.

Lebai Malang itu pun tidak sebegini rasanya malangnya kerana ia suatu ceritera rakyat juga dikhabarkan sekalian orang-orang yang mendengar cerita. Sedangkan hikayat sang kotak pula - arakian telah dipergunjingkan oleh orang tiadalah kotak itu biasa diperkotak-katikkan... dan tidak juga bola, tiadalah ia itu diparabola-parabolakan

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

Monday, April 6, 2009

Tidak boleh bicara

1. minta maaf ya, sudah banyak hari saya tak dapat lompat-lompat blog sangat, saya memang tak cukup kaki & tangan rasanya sejak dua menjak ni, tak menang tangan nak menangani kerjatangan-kerjatangan, oleh itu, saya letakkan di sini satu sajak jenaka, yang bercerita tentang kebisuan... (minda dan badan penat, rasa nak membisu saja)

2. hari sabtu tengah malam, baby w belajar dari mana entah, ambil sterika dari dalam bilik, pasangkan plugnya, adjust temperature ke tempat paling panas, dan gosok album gambar, lepas tu terkena kat tapak tangan dia pula agaknya... sebab lepas tu dia sedih-sedih datang mengadu kat saya, "mak, mak! huhuhuhu, cika anash, cika anash..." sambil tunjuk tangannya. Saya jerit kak ngah, tengok ada apa kat luar tu? adik main gunting ker main pisau, sambil tangan saya lumurkan minyat gamat kat tapak tangan dia..lama-kelamaan baby w nangis, lepas tu kak ngah jerit2 kata adik gosok album gambar dengn sterika panas!! waduh... budak ini memang bahaya banget, pandai sangat ni, babap montot dia. dah gelembung plaks dah, sebesar duit 5 sen, saya sapu ubat gigi pula, kak ngah pula tekapkan ais kat tangan dia, hari ahad - dia nak menggosok lagi! tak serik pun

3. semalam besday kak ngah, dia kata tak payah celebratelah, sian kat mak ngan ayah, kurang cukup kewangan nak beli kek. tapi pagi ni dia pesan, dia nak kek, kek coklat. oklah, saya akan carikan sepotong dua kek utk kak ngah, di resepi rahsia cadangnya, sedap juga. jadilah tu, nanti boleh pacakkan lilin spare kala tak ada letrik, kan? kak ngah lahir pada 5 april tahun 1995, waktu malam.

Mulut menjadi bisu, bercakap dalam hati
Aaaaaaaachuummmm!
Aaaahhh AAAaaaaaHHhhhh CCChuummmm!
Aaaahhh AAAaaaaaHHhhhh CCChuummmm!
Chhuuummmm
Hah hah hahhhh haahhhhhhccchuummmmm!!!!

(srrrottttt ssrrooottt, kesat hidung, dengan hujung tudung)
(pandang kiri kanan, pandang ke depan)
(mata melingas, mencari-cari tisu)
(tutup mulut, takut tersembur airliur)
(pekup mulut dengan hujung lengan)
(sebab hidung merah dan perit)
(alahan kepada abuk ataukah debu?)
(ataupun ada orang di sini... yang belum mandi lagi?)

(aku tak mahu cakap, biarkan aku bisu)
(sampai hilang serak di tekak, dan suara kembali jadi merdu)
SAJAK JENAKA (SAJEN) > 2009 > Mulut menjadi bisu, bercakap dalam hati disumbangkan pada Selasa, 20 Januari 2009 1:38:57 PM • Kali terakhir diubah pada Selasa, 20 Januari 2009 1:38:57 PM oleh Ayu Jamilah

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

Friday, April 3, 2009

Cerita Kosong yang menjadi hampeh

Selamat Sejahtera semua, heheheh, gempak jer entri yang sebelum ni, saja jer nak bikin havoc kat blog. kih kih kih, jangan marah ek.... i lap you all.

Sebenarnya semalam aku pergi attend seminar kepengarangan kat DBP.
Aku dengar talks dari Nisah Hj Haron (dalam gambar) dan Drs Hajjah Shamina (dalam gambar), ada Azizi Hj Abdullah, Kirana Kejora (penulis skrip dari Indonesia yang bermula dari tulis puisi), Drs Zurinah Hassan, Drs Fatimah Busu (fuyooo.... gempakzz beb!), Dr A Samad Said pun ada, bateri henpon lemah pula semalam, aku cuma dapat ambil 2 gambar saja.

Sebenarnya aku terasa aku macam bahan mentah adalah berdasarkan komen-komen yang aku dapat untuk sajak-sajak konsep cacamarba aku tu (hhhmmm, mungkin sajak tahap sampah sajer, huhuhu) , aku rasa macam ia masih tidak menarik, tidak putitis, eh! tidak sepuitis penghasilan karya orang lain yang mungkin juga ada latarbelakang sastera, seperti mereka dari kelas sastera masa di sekolah menengah, banyak baca buku-buku dan buku-buku, dan errr.... dipendekkan cerita, ada juga komen yang aku terima kata, "perlu pilih kata-kata yang lebih menarik, perlu dilancarkan lagi, perlu diperhalusi, perlu diperbaiki, perlu ditambah lagi beberapa ayat, tidak puitis, dll.....". Jadi, untuk memperbaiki diri aku, aku telah mendaftar untuk menghadiri seminar itu. Bolehlah aku kutip serba-sedikit pengalaman orang sebagai panduan untukku.

Sepanjang aku mencuba-cuba bersajak ini, aku tersentuh juga dengan komen-komen yang diterima, aku tidaklah pula bercita-cita nak menjadi sehebat orang-orang yang hebat di luar sana, kadang-kadang idea datang tanpa dipelawa dan aku pula konsep syok sendiri rasa macam dah best banget :(

Contohnya, tadi masa kat jumpbun, aku asik memikirkan perkara ini, aku dapat idea macam ni:

aku mendendangkan lagu

biru mata hitamku
nyanyian mus
walaupun suaraku tidak semerdu
dan tatkala ku bercermin untuk membetulkan kerudungku
yang telah senget-benget ini
kuperhatikan ke mata hitamku
yang masih juga berwarna hitam
tidak juga ia mahu bertukar ke warna biru
walaupun lagu ini
sudah ku jadikan nada dering telefonku

(idea dari Ayu Jamilah, kat bilik air)


Memang tak puitis, tapi begitulah style aku, cara aku. huhuhu, mungkin aku kena jugalah adakan library kat rumah, dipenuhi buku-buku.... supaya dapat aku study segala macam style.

Baru-baru ini, aku ada idea baru untuk 'versi cerita kosong @ cerita seram', alah, yang macam selalu aku letak entri kat sini (seram macam tak seram). OOhhhhooiiii, tapi cerita ini sangat seram tau, hingga rasa nak tidur pun jadi sangat geram. Aku mencurahkan teks aku yang bertulisan tangan di atas kertas recycle (tak, aku tak curahkan air ke daun keladi), sebab kat rumah kita tak ada fax machine or telex machine untuk aku taipkan idea-idea aku (orang menaip pakai fax machine ker?), cerita aku bermula begini,

Sambil menahan kantukku, aku baring-baring di atas katil. Tiba-tiba aku mendapat sms yang tidak tahu entah dari siapa, kerana nombor private (nombor private ni selalunya ... err, nombor orang remind suruh bayar hutang, oopps!!! - terbocor rahsia eden). Mesejnya, "aku kuat, aku ada kuasa, kau mengadap aku sekarang!".

Selepas itu aku hulurkan teks itu kepada hubby, kak ngah dan kak lang untuk mereka baca dan berikan komen,

hubby - apa yang hang tulis ni? merepek jer sambil menahan kentutku, aku baring-baring di atas katil. Eh ayang stroberi cupcake blueberry muffin, apa cerita seram hang ni? macam cerita pelik jer.

Eh! kecil hati aku tau, aku tulis elok-elok dia boleh baca sambil menahan kentut??

Kak ngah pula baca - mak! marilah kak ngah baca, ayah ni tak reti baca tulisan tangan maklah, apalah ayah, bagilah dorongan kat mak. Sambil menahan kantukku, aku baring-baring di atas katil. Tiba-tiba aku mendapat sms yang tidak tahu entah dari siapa kerana nombor pre.... pree.... priittt apa ni mak? Mesejnya aku kuat, aku adddaaaa kaapakkk??!!! kah kah kah kah, ni macam cerita kawan kak ngah si B tu, hari tu dia jumpa orang asli kat area sungai gabai, orang tu cakap aku kuat aku ada kapak hantar aku kat depan sana kau turun dari motor kau!! kah kah kah

Lepas tu kak lang pula sibuk nak baca - mak, mak!... adik nak baca pulak, kak ngah, bak sini kertas tu. Sambil menahan apa ni mak? menahan kentut? Sambil menahan kentutku, aku baring-baring di atas katil. Ti ti ti tiba-tiba aku mendapat sms yang tidak tahu entah dari siapa, kerana nombor ppee ppiiii pppiii , aaaa ?, adik tak boleh bacalah mak.

Eh!!!! aku sangat berkuchil hatilah... aku tak mo tulis lagik!!!

(tapi sebaliknya aku akan terus taip, supaya mereka tak ada masalah nak baca. Eh, belum menyerah lagi ni. Pantang maut sebelum ajal gitewww)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

Wednesday, April 1, 2009

RAW MATERIAL

hhhmmmm, sedih plaks rasa tiba-tiba.

macam diri ini suatu bahan mentah yang tidak dipandang orang. bahan mentah, adalah sesuatu benda yang mentah... raw material.... (?)

nak kata tak cuba, aku dah cuba dah... tapi masih tidak dapat menarik perhatian orang (perasaan aku ler), macam total failure.

Hhhhmmmmppphhh, mungkin aku patut ukir dulu, canai lagi, kikis pula, larik sikit, ubahsuai sinisana, gilap sikit, kasi kilat lagi, cat baru -> bahan mentah perlu digubah dahulu, mungkin selepas itu akan jadi lebih bagus dan lebih presentable. Ya lah, berlian belum dicanai harganya lebihkurang RM10,000 saja, bila dah cantik, mungkin RM60,000. Tapi itu berlian. kalau bahan mentah jenis manusia? uhuhuhuhu.

Iyalah, aku akan cubalah.

Tapi! Kalau selepas aku cuba namun hasilnya masih juga tidak memberangsangkan, tetap juga tidak berjaya menarik perhatian pakar-pakar yang hebat dan marvellous di Malaysia ni, macamana?

:(

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

Aku tidak lucu

aku?
bergurau?
dengan orang yang sinis?

oohhhh. tidakkkk... tak mungkin aku akan bergurau mesra dengan orang yang sinis

aku ni; kalau bergurau, sampai rasa nak terkucil tak tahan sebab terlebih gelak, lepas tu lari-lari pergi bilik air.

jenis gurau orang yang sinis bila bergurau pula ialah tergelak besar sebab setiap kali bersuara, dia berjaya smash orang lain dan mentertawakan orang lain dalam sindiran pedasnya

eh, itu bukan bergurau... hohoho, no thank you.

please exclude me. biarlah aku, kekal, tak reti bergaul.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.