Ada soalan-soalan yang terpacul tentang zakat pendapatan. Bila cakap tentang zakat pendapatan ni mesti ada juga orang yang akan tertanya-tanya. Mengapa? mengapa berzakat? mengapa bayar? gaji kamu banyak mana? eh wah, gaji besar ler tu ?? Amboi, kau kaya, kau bolehlah berzakat. Gaji aku sikitlah, takkan nak keluarkan zakat kot. Baki gaji aku ada RM50 sajalah, gila ker nak keluarkan zakat?? dan lain-lain persoalan. Berdirinya saya di sini bukan nak paksa sesiapa, saya cuma nak tutorialkan cara-cara saja (gaya macam orang sedang berdebat di dewan sekolah).
Saya ni kan... gaji saya memang banyaklah - beribu-ribu, eh wah. Gaji kamu pula banyak mana? Gaji saya adalah RM17, 986.54 -> ini pendapatan saya untuk 4 atau 5 tahun semasa saya baru mula-mula bekerja, umur mula kerja adalah 21 tahun, masa tu saya belum kawinlah...a'ah, comei lagi, tak pecaya tanya bopren saya. Eh...eh (cerita kawin plaks). Gaji sekarang lagilah hebat, nama pun saya ni seorang yang hebat. oops!
Tidak mengapa hairan, tidak mengapa tanya, tidak mengapa mempersoalkan.... asalkan kita tak nanti jawapan. Sebaliknya kita cari jawapan... di mana ada jawapan?
Untuk hal zakat ni, bukak quran, terjemahan..... akan terjumpa ayat yang menyatakan 'ambillah separuh dari harta mereka untuk menyucikan harta dan jiwa mereka'. Saya tak tipu atau buat-buat cerita, saya tulis ni pun bukan serikat yang uruskan zakat tu nak bayar gaji saya. Kemudian cari lagi, cari jawapan, akan jumpa ayat yang bermaksud, 'belilah dengan harta dan jiwa'. Beli di sini untuk kehidupan di kampung akhirat yang lebih baik; bukan cerita pasal beli kondo atau flat atau rumah teres (saya tak letak surah apa ayat apa sebab hari ni saya adalah pemalas nak mencari maklumat tambahan, penyakit mal-mal (malas)).
Sekarang ni nak buat pengiraan pun senang, amaun yang patut dizakatkan pendapatan ialah 2.5% dari jumlah pendapatan tahunan anda. Ada beberapa langkah yang harus diambil. Langkah pertama, lawatilah http://zakat.com.my/. Langkah kedua ialah pergi ke kalkulator.Langkah ketiga, anda kena isi maklumat2 seperti jumlah gaji tahunan, potongan epf tahunan, jumlah isteri dan anak2, pemberian kepada orang tua, etc.
Langkah keempat sesudah mengisi maklumat2 itu, klik di Kira Zakat. Anda akan diberikan figura untuk bayaran tahunan juga bulanan. Terpulanglah kepada anda nak pilih yang mana.
Anda boleh membayar online, hantar cek bla bla bla.
Begitulah adanya tentang langkah-langkah yang harus diambil dari tak tahu nak kena keluarkan zakat berapa hinggalah ke tahu nak kena keluarkan banyak mana, boleh bayar bulanan, mahupun tahunan.
Terpulanglah kepada individu untuk memikirkan dan merenung2kan.... wokeh?
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su
21 sudah sudi tinggalkan jejak bertapak:
wahhh...bukan takat tutorial blogger je ada dalam nih...heheheh
tima kasih mak su...mak su la cikgu kesayangan ku...hahahahaha
shasha, hahaha
0 - mekasih 0, ehheemmm
ku nmpk RHB kat situ.. ok nk byr zakat.. ehehe
Yg pasti...
maybank ada tu....aagaga
Jangan lupa memberi kalau berlebih...ianya 'membersihkan' harta atau pendapatan yang kita miliki...
semuanya dihujung jari. klik..klik je kan..;p xyah pi pejabat zakat dah
jard, arryani, gdiz - sgt mudah
kak anie, betoiii :)
Info ini akan dibayar kemudian, insya Allah di suatu negeri yang lain.Bayarannya 10 kali ganda...he3
alhamdulillah majikan dh tolong potongkan zakat secara bulanan...
betul maksu.. kita beli saham akhirat jugak... kat dunia ni tak kemananya..kan.. mati esok, reta tak leh bwk masuk kubur.. saham akhirat tu ler yg nak nolong pon..
mmg betul mmmbayar zakat adalah saham kita di akhirat. mcm mana nak bayor klu dah di - + / x lagi tak cukup adalah.
lainlah org tu 4 / 5 thn dulu pendapatan rm 17,986.54 belum lagi sekarang ni.
Baguslah maksu, ingat mengingatkan...
leenoh - oohhh :)
tiny :D
zue, hahaha (jumlah overall for the first five years katanya, bukan gaji sebulan...wakakak)
tie - :)
sejak dua tiga hari saya tak ada ni maksu, bagus juga maksu buat tutorial gini. sedar balik diri ni kena bayar zakat walaupun setiap bulan dah tolak zakat tapi adalah bagus kalau cek balik takut tak cukup bayar nanti. api neraka padah nya. well done, maksu.
lagi satu, satu setuju pasal anonymous ni, sebab tuler saya cuma terima orang yang ada email address sahaja untuk tinggalkan komen. sebabnya lagi, saya pernah kena hack beberapa kali.
time kasih mak su..eheheh
aKAN DIGUNA PAKAI DI ALAM PEKERJAAN NNT
baru dua hari yg lepas ade tertengok siaran kat tv. ade mamat tu kata die baca sebuah buku, menteorikan bahawa sekiranya 5 persen dari kekayaan rakyat amerika (zaman abraham lincoln) diagih2kan kepada seluruh rakyat, secara puratanya dapat membasmi kemiskinan tegar.
kadang2 apa yang kita disuruh atau dinasihatkan, kita jarang nampak kesan kebaikannya pada orang lain. selalunya kita tertanya, "apa natijahnya untuk diri aku sendiri?"
huhu... nice entry laa maksu...
InsyaAllah maksu akan dpt pahala kalau ada yg bayar zakat kerana membaca tutorial ni.
Teruskan usaha murni ni.
renung2kannnn.... selamat beramallll.....
Maksu.. selagi tutorial ni ada di blog ni dan masih org baca.. selagi tu Maksu dapat pahala.. maksu nanti kalau free email address maksu.. nak jemput mai kenduri kahwin. rezdrake@yahoo.com.
sy dah penah kira, dan sy dikatakan tak layak utk beri zakat. huhuh
Post a Comment