Thursday, July 9, 2009

Teka-teki

kak ngah (masa sekolah rendah): mak, ular mati dalam periuk tu apa?
mak: mee segera!
kak ngah: betul, betul

Lepas tu kak lang pun sibuk nak berikan teka-teki juga.

kak lang (masa berumur 6 atau 7 tahun): mak, adik ada teka-teki.
mak (of course umur mak su bukan 17 tahun ya): apa dia? cakaplah
kak lang: apa jawapannya?
mak: (fikir fikir cari jawapan, hairan ni, mana soalannya? ah, belasah jer lah)
mak: kereta proton!
kak lang: betul!!! (sambil senyum-senyum)

kak ngah dan kakak: apa soalannya mak???
mak: mana ada soalan, terus jawapan jer
kak ngah dan kakak: apa jenis teka-teki macam tu?
mak: teka-teki ajaib

kak lang: mak, adik ada lagi satu teka-teki, apa dia?
mak: (buat buat macam berfikir), nasi goreng!
kak lang: yeaaa, betul!!

hahahahaha, layan jer lah....

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2009 Hakcipta Terpelihara.

Mak Su

40 sudah sudi tinggalkan jejak bertapak:

Masy said...

hahahahahhha pening2

shasha said...

huh?? confuse laa..tak faham teka teki ajaib...

sharamli said...

ada jgk erk tekateki cmtu...

julietchun said...

bkn sng nak dpt teka teki ajaib cenggitu.

Mak Su said...

masy, shasha, sharamli, julietchun - sekarang kak lang dah pandai dah, dia dah darjah enam. ahaks

ASYIQ said...

Isyyy mak su ni. Biar betul....ada jawapan tapi tak ada soklan. Ni lebih bahaya dari dasar PPSMI ni...haha.

Mak su asal orang Perak kan?
Tak balik kg makan durian ke???

m i n e r a l . . . said...

2x baca baru faham...
kekeke slow jugak aku rupanyer...

pandai kak lang buat lawak erk.. sib baik mak pandai layan :)

heheheh

kakngah said...

hihihi!!! layanzzzz...

agk2 diorg ingt lg x teka teki tu??

Mak Su said...

asyiq, hahaha, oops!

mineral... orang muda jer yang faham ni. oops!

kakngah... hari tu baru saya ceritakan semula kat anak-anak, dorang pakat-pakat gelakkan kak lang, sian kak lang. tersipu-sipu dia.

~wAniE~ said...

berfikir sebentar....

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

dok tengah fikir...

jawapannya tomyam...

yea betol...

hikhik...

Abang Long said...

Tunjuk gaya orang cekak pinggang ...

CikguZue said...

bestla teka teki macam tu,kan. tak pening kepala...main jawab aje, semua betul. hihi...

azq said...

ni tekateki paling power ni. soalan pun takde?

HEMY said...

mmg hebat betul lah..ibu mithali je yg mampu menjawab teka teki ni.aahahaha

xiiinam said...

Lepas ni main teka kacang pulak..he..he..

Rozita said...

mcm tu ler, mak nak jaga hati anak2

Mak Su said...

wanie...sila, sila

gadis kampong separa bandar, eh! betullah!

abanglong jangan ler marah, ahaks

cikguzue, har har har

azq, canggih ek

hemy, ahaks, weeehuuuuu

cklah, oh... yang itu sangatlah susah ;P

rozita, hahaha

AL-BIMA SAKTI said...

adik: mak, india jual roti penuh atas motosikal, pastu polis buat road block, polis tahan dia. kenapa?

mak: sebab dia bahayakan diri dia? polis nak tengok lesen dia?

adik: salah! ha ha ha ... polis nak beli roti..!

Dakjaat™ said...

teka teki ni yang lemah ni .. kekadang tu teka teki ikut jawapan sendiri yang tak logik .. hahaha!

NJ@goboklama said...

rajinnya melayan,hikhik.. :D

yginsaf4 said...

sonok ada anak kanns.. tau xperr

Madam Agni said...

Salam,

Kami merupakan pekerja2 dari sebuah kilang di Shah Alam, Agni Energie Sdn Bhd yang diberhentikan secara besar-besaran tanpa pampasan dan gaji.

Majikan kami merupakan sebuah syarikat multinasional yang sedang cuba melarikan diri ke luar negara.

Bantulah kami untuk mendptkan hak kami.

Kami perlukan trafik dan follower untuk BLOG kami.

Bantuan anda amat2... tersangat2 diperlukan.

http://agni-inc.blogspot.com

anak laut said...

salam maksu..

"jgnlah biarkan bulan itu tenggelam, angkatlah ia semula menghiasi langit, agar lenyaplah cahaya neon yang palsu itu"

ulasan maksu lebih berharga daripada emas!. terharu tq maksu.

lupekanje said...

bagus teka teki cenggitu..menguji minda sungguh..
klu acik, mesti tk reti nk jawab..

mugiwara said...

hahaa~

budak seronok juga melayan budak budak ni...

kalau noti sket....kasi geget je~

ima said...

memang seronok melayan budak2 bercakap ni mak su...

mountdweller said...

Seorang Ibu cukup memahami pemikiran anaknya.

Kasawari said...

ayam goreng!!!

Kasawari said...

kan betul jawapanya tu.. haha

aNIe said...

Si kecik akak tu kalau bagi teka teki pun kita pening nak pikirkan sebab ada masanya takde kene mengena langsung

DaliaLiyana said...

dalia suka teka teki (biase la...org pandai...hehehe...masuk bakul angkat sendiri...) ha...sape bani bg teka teki..ade hadiah baru dalia rajin jawb...hehehhee...

zh-ena said...

ena plak yg pening ngan soalan n jawapn yg di beri

Mak Su said...

hik hik hik, maksu sendirik tak dak teka-teki ler....

tq all :)

madam agni, moga awak & your fellow friends sentiasa dibantuNYA

~0~ said...

power la maksu nie...ajaib sungguh

ayshanur said...

hahahhaha... sakit peyut nie ...hahahha
(sambil ttp molot)

Mak Su said...

0, ayshanur - layanzz

Mohd Fairuz Mat Zin said...

buat aku tersenyum je sorang2 tgh malam ni..

budak tu bleh jaid arikitek yg bagus ...

Mak Su said...

mohd fairuz, tima kasih.... kata2 awak memang 'mahal', moga anak saya berjaya :)

Shifa said...

hehe lawak.. boleh bayangkan..