kita belajar tentang metafora dariNYA juga, Allah swt.
Al-Hajj, 73
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
17/7/09
maksu tambah skit, buat yang bertanya, Dakjaat dan juga nasevh yang mahukan penerangan lebih lanjut. Kebiasaannya maksu akan cari asbab (sebab-sebab) bagi sesuatu ayat tu diturunkan, tapi kali ni maksu tak sempat. Amat penting utk kita tahu asbab sesuatu ayat yang diturunkan kerana ia lebih menerangkan tentang duduk perkara sebenar kenapa, mengapa dan lain-lain persoalan lagi.
1) untuk menerangkan tentang entri ini, maksu telah meletakkan nukilan yang menggunakan metafora sebelum ini, dan maksu tahu, di dalam Al-Quran yang telah diturunkan kpd Nabi Muhamad saw; Allah telah menggunakan pelbagai perumpamaan (metafora) untuk menghighlightkan sesuatu perkara kepada umat manusia, supaya mereka berfikir.
2) Bila kita baca quran, kita lihat ada nama-nama panggilan seperti Ya ai yuhannas (hai manusia), juga ada nama panggilan 'hamba', 'Nabi', 'orang-orang yang beriman', etc - untuk menunjukkan bahawa ada conversation dua hala yang menggunakan perantaraan Al-Quran. Ayat di atas (Al-Hajj, 73) menggunakan 'manusia' untuk menerangkan ia adalah untuk sekelian orang-orang yang telah lahir dan juga telah meninggal dunia juga bakal lahir; merangkumi orang yang telah beriman kepada Allah dan Rasul (Muhamad) juga untuk yang belum beriman lagi.
3) lalat digunakan di sini kerana manusia kenal lalat. lalat hanyalah sejenis binatang kecil yang spesisnya memang jenis terbang-terbang (fly, fly); ia suka hinggap pada makanan yang terdedah, pada kotoran, pada hidung manusia, pada mata dll .... dan manusia selalunya akan libas-libas lalat tu dengan penyapu kenit or penghalau lalat. Pendekata, kalau kita manusia pijak lalat, sekali pijak pun boleh mati dah lalat tu, kecuali lalat tu ada ilmu kebal. betul tak? fikirkan.
manusia = hebat
lalat = kenit
4) oleh kerana manusia adalah makhluk yang hebat, ada tangan boleh libas lalat, ada kaki boleh pijak lalat - sudah semestinya secara logik, manusia boleh lawan lalat. Very unfortunate, adakah pernah kita dengar ada saintis-saintis bijak pandai di atas muka bumi ni menunjukkan bukti mereka pernah cipta lalat?? sebijik macam yang diciptakan oleh Allah swt. Tak ada, malah kalau semua saintis bijak pandai bersatu nak cipta seekor lalat pun tak akan mampu, confirm!
5) Kita fikir-fikir semula, adakah setiap cubaan kita nak pukul lalat, nak pijak lalat, nak penyekkan lalat itu berjaya? Dalam seribu cubaan, mungkin hampir-hampir satu saja yang berjaya. Oh, okeylah, saya tahu, ada orang hebat boleh libas lalat, tujuhhhh sekali!!! dengan menggunakan alat penghalau lalat tu. Tapi sekiranya lalat itu sudah pun berjaya hinggap di makanan kita, dan ada sisa makanan terlekat di kakinya, adakah kita boleh kejar lalat tu dan rampas semula sisa makanan tadi? Tidak, kerana kita adalah spesis yang mempunyai keupayaan yang terbatas, terbatas adalah lemah.... lemah - tidak boleh mengambil kembali sisa makanan dari seekor lalat kenit fly fly.
6) jika manusia yang ada kaki tangan akal yang waras dan bijaksana ini lemah, sedangkan kita boleh lari-lari masuk 100m, 400m lari berganti-ganti tapi nak kejar lalat pun susah, apatah lagi berhala yang dibuat sendiri oleh tangan-tangan manusia....
Semoga Allah swt membantu saya dalam penerangan saya yang simple ini. Dan berikan saya keupayaan untuk melalui setiap hari-hari di muka bumi ini, aminnn
(kerapkali aku merasakan,
aku bukanlah orangnya
yang layak untuk bercakap
kepada kamu)
Thursday, July 16, 2009
METAFORA 2
at 5:35 PM
Labels: ayat quran, lalat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 sudah sudi tinggalkan jejak bertapak:
amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yg disembah..
kurang phm
yang buta matahati tak nampak kebenaran.
saya tak faham ... terangkan
ni kami tak buta.. ni kami bukan org islam .. nak kepastian yang sahih sebab itu saya bertanya kepada orang yang sejak azalinya lagi islam..
juge krg mgerti ayat last tu..
hrp..mak su leh tolong crik la sape2 yg arif..
takot di salahtafsir nnt..
amat lemahlah yang menyembah dan yang disembah jugak lemah.....lbh kurg mksdnya....untuk mencipta seekor lalat pon berhala yang dorg akui sebagai tuhan sudah tidak mmpu untuk menciptakannya....itu baru lalat...bukan je cipta x mmpu...lalat singgah kat idung berhala tu..mmpu ke tangan berhala tu nk halau...itulah mksd lemah d situ....manusia yg menyembah berhala saja pon dah cukup lemah..nk duduk kena guna kerusi...nk mkn kena ada tangan....memerlukan pada sesuatu untuk melaksnakan hajat....berbeza ngn Allah...yg x berhajat kepada apa2...manusia yg mencipta berhala pon sudah bersifat lemah..inikan lagi berhala yang manusia tu jugak sendiri yang cipta...mesti bersifat lemah kuasa dua..wallahualam
tkasih maksu...atas ingatan tu..manusia kena ingt mengigati..sbb manusia ni mudah lupa...
thank you for sharing
salam ari jummat mak su!
tazkirah yg baik sempena jumaat yg mulia ni. tq maksu
thanks maksu, thanks amu mejie.
semoga kita semua diberkati di pagi jumaat yang mulia ini.
maaf ya dakjaat, maksu tak tahu status kepercayaan kamu, timakasih beritahu, oohh... itulah sebabnya selalu respon tak paham.
dan tq juga kat amu mejie, tolong explainkan.
btol btol btol...pegangan kita sgt kukuh jika al-quran dan hadis pedomannya..
makasih mak su.. :D
ok2..
da bce da penambahbaiknn kt post tu..
sbnrnye smpt gak tanye kwn2 yg agak arif..
lbey krg la ngan ape yg ditambah..
hehe..
thx di ats keprihatinan tuan punye blog dan pembce2 nye skali..=)
hidup ini haruslah berpesan-pesan, moga kita sama2 mengingati yg esa
tq :D
haa.. baru faham... :) dakjaat free thinker.. tak menganut mana2 agama pun ..
Post a Comment