(AMARAN: kisah benar, penceritaan ini panjang, baca dengan perasaan sabar, don't jump into conclusion).
“Mak, adik laparlah, nanti kita pergi makan ya, kat kedai yang banyak pokok tu”, kak lang sibuk ajak kami ke kedai terlebih dahulu sebelum balik ke kg pada malam itu.
Sesampainya di kedai, baby w terus berkejar ke peti aiskrim dan menjerit-jerit dengan riangnya meminta aiskrim. “ok, ok, abang! Kejap bang! Order nanti dulu, Tolong bubuhkan aiskrim dulu ya, 2 scoop, kalau tak layan, semua orang kat kedai ni boleh pengsan”, aku meminta kepada waiter yang bertugas. Seterusnya kami semua mengambil tempat duduk masing-masing dan terus mengorder makanan.
Bila aiskrim tiba, baby w pun duduk diam sekejap, makan aiskrim. Setelah selesai aiskrimnya, dia menjerit-jerit lagi meminta aiskrim selain dari dia berlari-lari ke seluruh pelosok kedai (memang lasak budak ni).
Oh ya! Kami ambil tempat duduk berhampiran pokok-pokok, kami menamakan restoran ini, restoran banyak pokok, kadang-kadang memanggilnya restoran ada taman. Tapi tak tahulah nama sebenar restoran ini. Ia selalu menjadi pilihan kami kerana ia mempunyai laman yang luas, dan bolehlah baby w yang lasak tu berlari2 ke seluruh ruangan kedai tanpa aku perlu risau atau malu jika dia mengganggu pengunjung lain.
Tiba-tiba, baby w menyorok di sebalik sebatang pokok yang tumbuh rimbun di dalam sebuah pasu yang agak besar. Kami ingatkan dia ’yak-yak’, hubby yang mula-mula perasan, dia pun tanya, ’baby w beyak ker?”, baby w diam tak menjawab, tapi mata dia terus memandang kepada kami.
Hubby menyuruh aku pergi membawa baby w ke toilet untuk membersihkannya, aku mengajak kak ngah untuk menemankan aku. Sesampainya di toilet, aku pun menanggalkan lampin pakai buang baby w, tapi tak ada yak-yak pun, apparraahh laki aku ni, kacau daun jer aku tengah syok-syok nak ratah ikan.
Lalu, aku memakaikan semula lampin segeranya.
Selepas itu, kami cepat-cepat menyettlekan bil sebab nak segera balik ke kampung, jam dah menunjukkan pukul... bukan dua belas malam, tapi dah dekat nak ke pukul 10 malam.
Sampai di kereta, baby w berkeras tak mahu duduk dengan aku, tapi aku marahkan dia, ’dahlah, duduk belakang dah ada 3 budak perempuan, tambah lagi seorang, jadi tin sadinlah kereta ni, mari sini duduk dengan mak!”, baby w meronta-ronta tak mahu duduk dengan aku, tapi aku cepat-cepat cempung dia dan riba dia di kerusi hadapan. Baby w menangis-nangis tak mahu duduk dengan aku, ’ayah! Ayah! Tak nak duduk mak! Tak nak duduk mak! Ayah!”, dia memanggil2 ayahnya sambil tangannya menggapai-gapai. “hei! Kenapa ni? Mari duduk dengan mak, selalu tak boleh berpisah pun, hari ni sombong pulak!?”
Selepas itu baby w terus menangis dan menendang-nendang aku dan terus menjatuhkan dirinya untuk duduk di atas lantai, aku mengundurkan kerusi sedikit ke belakang untuk memberikan dia tempat yang selesa di lantai. Hubby bertanya kenapa aku tak nak pujuk anak tu, “macamana nak pujuk, dia sendiri yang nak duduk di bawah tu”. Di lantai kereta, baby w diam sahaja tidak bersuara atau menangis mahupun mengangkat kepalanya untuk memandangku.
Enjin kereta sudahpun dihidupkan, ‘baca bismillah’, kataku kepada anak-anakku. ‘bismillahir-rahmanirrahim’, kataku juga, dengan niat nak baca fatihah dan ayat kursi, memang itulah yang selaluku amalkan.
‘abang, lock pintu”, ‘bismillahir-rahmanirrahim’, aku menyambung bismillahku yang tergendala tadi.
‘kakak, pukul berapa dah sekarang? Tengok jam sikit”, tanyaku kepada kakak, jam di dashboard kereta dah rosak. ‘dekat nak pukul 10 dah mak”.
‘bismillahir-rahmanirrahim’, ‘kak ngah, duduk elok-elok sikit, nanti bergaduhlah tu.....”
‘bismillahir-rahmanirrahim’, ‘sayang, baby w, mari sini duduk atas kerusi ni’, aku cuba memujuk baby w.
“aiyo, apsallah dari tadi bismillah bismillah bismillah, baca apa pun tidaknya.... hishhhh..... semua nak kena ulang balik”
‘eh! ada bau wangilah!!”, tiba-tiba kakngah terjerit di dalam kereta. Dia pun mula menghidu-hidu dari mana datangnya bau wangi itu. “bukan kat mak, bukan kat kakak, bukan kat adik! Eh! Kat ayahlah!! Bau apa ni yah??!!”
Tiba-tiba mulutku yang lancang ini bersuara, “apsal ngan baby w ni? Ketegur ker?”
‘mak! Ketegur? Ketegur tu apa?”, tanya kakngah, yang lain2 pun sibuk menelinga, baby w masih diam di lantai, tidak bersuara atau moving a muscle, dan dia pun telah menutupkan mata seolah-olah sedang tidur lena.
Aku dan hubby berbalas pandang, hubby tersenyum, aku pula tiba-tiba terasakan suatu bahang panas keluar dari lengan kananku, naik ke atas dan meninggalkan tubuhku. Memang benar! Memang aku merasakannya. “ayah memang wangi. Kenapa? Ingat ayah ni ketiak bacin ker?”, hubby ketawa. ‘mak, ketegur tu apa mak?”. “ketegur tu macam ketegaq lah agaknya, entahlah, mak pun tak tahu, dahlah, baca bismillah cepat, baca ayat kursi jugak”. Dan aku sendiri pun membacanya juga, sehingga selesai dan aku sambungkan dengan ayat 3 Kul.
Selepas itu aku memegang baby w dan baby w terus menangis, tangisan yang ditahannya sedari tadi akhirnya keluar juga, dia menangis bersungguh-sungguh, ‘nak ayah, nak ayah!”. Lalu sambil memandu ikut kajang nak keluar ke hiway utara selatan, aku mendukung baby w dan memberikan dia kepada hubby (aku tahu, bahaya, tapi baby w langsung tak mahu tengok muka aku yang cute ni.... huhuhuh, sedihnya).
Melepasi kawasan rehat seremban hala ke selatan, baby w sudah terlena tidur di riba hubby yang terpaksa memandu perlahan di hiway. Perlahan-lahan aku mengangkatnya dan memangkunya, “kesian budak ni ya bang, apalah tadi tu agaknya. Takutlah nak makan kat restoran pokok-pokok tu lagi, kalau nak makan pun, limit setakat pukul 8.30pm jer, lebih-lebih tak mahulah”.
Hubby menjawab pertanyaanku, ‘ada benda rasanya kat situ tadi, dia mengikut dalam kereta ni, alah, biarlah, orang nak berkenalanlah tu, tengok anak kita happy sangat, tengok kita pun happy sangat, tak apalah, dia tak kacau lebih-lebih tak apa, janganlah dia cari pasal pula”.
’iyalah, tadi ayang anje stroberi cupcake blueberi muffin terasa ada bahang panas keluar dari badan ayang anje’. Kemudian kami pun diam.
Aku yang masih tidak berpuas hati menghidu-hidup pula tiak sendiri ler, tapak tangan sendiri ler – kiri dan kanan. Tiba-tiba aku terhidu suatu bau yang amat wangi di tapak tangan kiriku. Aku pun cepat-cepat memanggil kakngah supaya dia juga dapat menghidunya, ’iyalah mak, wangilah, mana datang bau wangi ni? Ni mesti pasal ketegur tadi kan, mak ceritalah”. ’tak ada apa-apa nak cerita, mak sendiri pun tak tahu ketegur tu apa”.
Aku yang saspen membacakan fatihah dan menghembuskan ke ubun-ubun baby w.
'Tak apalah, jangan risaulah", kata hubby.
Bila sampai ke kampung, dah hampir ke tengahmalam, ada baby berusia 3 bulan di kg, aku refused untuk memegangnya, "sorry sayang, nenek su tak nak pegang dia, nenek su baru sampai ni tengah-tengah malam ni, esok baru nenek su pegang dia ya".
Aku pun tak pasti, kenapa tiba-tiba jadi begitu. Yang ketegur itu, akukah atau baby w kah?
p/s: nak beritahu, semua cerita yang saya siarkan di dalam entri ceritakosong:, semuanya adalah cerita benar belaka, tiada tipuhelah. Bukan cerita tahyul yang saya karang-karang untuk menakut-nakutkan anda sekelian. Itu sebablah tiada yang saspen giler, atau saspen sangat, atau saspen seram nak mampus di blog ini. cerita-cerita yang telah disiarkan di sini telah dialami sendiri oleh saya sendiri atau suami saya atau oleh kenalan saya.
Please bear in mind that nothing can harm you, melainkan dengan izin Allah Taala semata-mata. Sedikit acah-acah dari makhluk yang lain itu tidak dapat dielakkan atau dinafikan, kerana yang ghaib itu..... bukan dalam bidang kuasa saya, mahupun ANDA. yezza??? yezza???

(ni gambar lama, tak ada kena-mengena dengan entri hari ini)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2009 Hakcipta Terpelihara.
Mak Su

57 sudah sudi tinggalkan jejak bertapak:
dia nk bekenalan....ekekeke....tk pon...dia nk tumpang dok ateh riba mak su...tu yg baby w nk dok bakang....tk muat riba...:D
ade la tu benda yg ikut. sibbaik bau wangi, klu bau busuk lg laaa satu hal huhuhu
kwn sya pun cam tu, ptg tu dia kata area kt pokok mangga yg baru tanam tu ada taman bunga dan kolam cantik. masa tu kami baru pindah ke rumah bujang di stulang laut. bila dibacakan yasin pdnya, dia jg turut baca dgn hafazan. bila dipanggil namanya, dia tak nyahut. subuh bru ok.
owkh..besa la tu..bukan kita je dok atas muka bumi ni..
dulu tgn abah sll bau kemenyan..huhu
saspenssnyer mokcik baca...kesian baby w..syukur lah mama dan ayahnya jenis cool ajer..
saspen ghiteww.. ehehe
yakyak..
hu3..bkn u'uh
aha....kalau ada benda cam tu nak berkenalan ngan chekdee..... ukhusss.....takmaulah........ takutttttt.......
Chekdee memang takut bila cerita pasal hantu...... harap sepanjang hayat ini...janganlah chekdee berjumpa dengan benda tu........
Salam Mak SU.
Kalau di utara ketegaq tu, maknanya bantah, kalau kena teqoq tu pula, ha yang cari tak nampak tu la.
mamarempit, masy, ahaks
silbi, hemy, whoaa, saspen gaks cenggitu
mokcik azwa, iya ler, kalu kita saspen, budak2 lagi ler kecoh
en_me, yezza
sharamli, mucuk
chekdee, insyallah, meh kita mengelakkan tempat2 yg berisiko
leenoh :)
eemmm... selalu kan bebudak tecit ni.. akan nampak benda2 camtu... eemmm mungkin gak benda2 tu, duk ikut kan.. sib baik takde apa2 yg tak baik berlaku kan maksu..
waaa maksu la yg ketegur tuh..baby W bole nmpk sbb tu dia nanges..hmmm..seram dh ni maksu..
hoooooo... saspen2.. tp takleh blah bila ckp ketegur tuh cam ketegaq.. keh3
hahahaha,,ketegaq tu macam saya laa...seram gak ek..pastu baby w takde cakap apa2 ke maksu?
cutemiut, iya ler, alhamdulillah gaks ler semua selamat
suziey, ahaks, emaknya yang ketegur
theconfused.... ahaks
shasha, oh.. maksu pun ketegaq gaks
kalo orgtua lagi byk pantang, tak buleh keluar mlm ngan anak kecik, tak buleh pegi umah org yg ada anak kecik tem mlm, sbb dorang kata setan suka menyakat. berdiri bulu roma kalo tetibe bau wangi dlm keta tgh mlm yer.
maksu, budak-budak banyak yang hijabnya dibukak. dia nampak apa yang kita tak nampak. mungkin dia nampak sesuatu pada maksu. hanya Allah yang tahu.
betul tu julietchun, bukan dorang berkata sekadar borak2 kosong jer
kakpah, 1st time bagi kami, dah 4 anak dah. moga2 tak ada lagi.... moga dijauhkan
sabah bnyk tpt2 yg 'keras'.. huhu
Kadam siapalah yang berani kacau baby ni....
Nanti bomoh ckLah serapikan...
puh kanan puh kiri...
....benda-benda begini memang tak dinafikan kan maksu. Semoga baby akan terpelihara dari sebarang gangguan lagi!!!
saspen!!!
harap baby W dah ok
pd pendpt sy la mak su, kalau kita ada baby kecik, cuba lah elak kan utk berjalan di waktu tengah malam..
maksu,
anak saya sampai sekarang ni suka mian dengan kawan dia..kadang2 bila nak tio die takleh lepa mata sebab kawan kacau..mula2 saya takc aya..tapi lama2 memang betulla die ade kawan..sebab die siap2 tarik2 kaki die seolah kawan die tengah usik kaki. kadang2 saya hangin sangat sebb die susah nak lelapkan mata..dah siap baca macam2..last2 kene gak maki hamun bende tuh. baru2 nih ade ustaz kasi tips..lepas baca alfatihah dan 3 kul hembus di tapak tangan..sapu ke mata, telinga dan seluruh badan dan sendi2..alhamdulillah..menjadi..setakat baca tu siap dengan azan lagi..tak mau jugak bende tu pergi..asik nak ngusik anak saya je (time nak tido kat bilik).
jard... huhuhu
cklah, tq tq :)
sakura, dia ok jer, lepas terjaga dari tidur, dia terus gelak2 macam biasa
tq rozita
dr_wahida, alamak, serem nih....
takpon die minat ngan maksu.. huk huk
julie... uhuk, uhuk, tersedak dibuatnya
ye la tu..baby w dah pi kat tempat bemain mender2 ghaib tu..
ala..bebudak kecit mana la tau kan...tempat saper yang depa pi..
kata org tua, klu nampak atau bau apa2 yg pelik, jgn tegur...tidak gitu?
masa acik gi kem motivasi kat langat aritupun instructur tu pesan gitu.
ikut je la...klu tegur gak, jadik aper agaknya ye..
apa-apapun, takutkan Allah..watper nak takut kat mender2 yang diciptakan Allah juga itu...
maksu.. maksu pi makan kat mana?..
baby w dh ok ke?.. terkejut kot..
hopefully maksu pun dh ok yer..
huhuhu..
lupekanje, mmg org selalu ckp, jangan ditegur2... err, tak tahu ler pasal
kaktiny, dah ok dah, dia tekejut sat :)
ala maksu,
terseram la plak...
fuhh, sib baik `dia` tak kacau lelebih ya maksu
Mak su takde yang pelik.. sebab benda2 tuh pun makhluk ciptaan allah jua.. cuma kdgkala tuh bila dah terkena tuh yg kdg2 tak perasan ;)
:: salam... mungkin berkaitan sedikit sebanyak dengan entri terbaru pakngah... agak2 je tuuu...
windu baby W...
salam maksu..kita x baca N3 lagik...tp nk komen dulu..hehe
maksu
biasalah tu, dalam dunia ni makhluk Allah ada yang dapat dilihat ada yang tidak..
suspen tul..nasib takde ape2...
kalau 'keteguran'..... org tua2 pesan.... jgn tegur.... org la ni pesan... jgn pandang belakang... hehehe
cool poksu..cayalah
moksu,nasib baik yg wangi..tak ketegaq sangat no..
tq achik, penyapubaru, iina, pakngah (nanti saya checking2), intan (lama menghilang ?), zar, dalialiyana, shifu67, one - tq tq
saspen juga baca cerita mak su nih..paksu cool betullah..)
mak su,
malam tadi baca separuh jalan.....seriau, sebab sorang-sorang je....ni baru berani sambung balik...kihkih.
yus, maksu pun saspen gaks
bigeyes, oh.... heheheh :)
nsb baik la tak kacau teruk2 kan..
Maksu makan kat area maner yg banyak pokok2 tuh? Cam familiar jer. Huhuk!
Kalo kat sekolah dalam hutan tuh memang katanya ada benda2 yg tak nampak neh menumpang tinggal ... er... ke kita yg tumpang tempat dia ek? Moskil, moskil!
zh-ena, dia acah2 jer kot
deen, kat area batu 9, batu 10. kat sinun tu...
isyh.
acah2 je pon..
mmg x boley dgr mende2 cam gini..
Mak Su, menarik entry kali ni. Memang saya suka citer mistik & makhluk halus.. (tengah buat kajian untuk buku seterusnya, insyaAllah). Semoga Mak Su sentiasa dirahmati sekeluarga.
huuu sian baby W.. yela, bdk2 kecik memang leh nampak kan..
hurm...x abis2 nk mgganggu.
tp tu le..dia x leh nak buat apa2...skadar menghampiri & menjelma. kecuali sihir..tp yg pasti, Allah itu lebih berkuasa, kn maksu...moga kita dalam pelindungannya..
salam
(",)
nasevh - iya ler, tak gemar ler
norza, oh...tgh buat research?
shifa, huhuhu, sian kat baby w
puteri cahaya, iya ler, dema suka mengacah2.... :(
x penah lg alami peristiwa camtu.. rasa seram sejuk lak baca citer maksu nih.. huhuhu..
ct rahani, meh sini maksu kasik warmup kan
Salam Maksu, lama tokma tak jengok sini. Maaf yer, tokma kebelakangan nih sibuk ngan bonda sakit, adik bersalin dan macam2 lagi. Bonda tokma baru saja arwah. Selepas ni nanti tokma datang selalu. Salam buat semua.
Tokma, ooohhh... :(, ok
maksu ...
lagi .. apa berlaku ?...
maksu ...
lagi .. apa berlaku ?...
ayshanur, tak da apa-apa, lepas tu baby w biasa-biasa saja, gitu jer. :)
Post a Comment