Tuesday, June 30, 2009

Tongkat Langit

Semalam, hari isnin, telah selamat dikebumikan seorang mangsa kemalangan jalanraya, langgarlari. Keretanya remuk di belakang dan bahagian kepala arwah cedera teruk. Tiada saksi kerana kemalangan berlaku mungkin selepas tengahmalam. Tidak tahu dia kemalangan dengan siapa atau apa, mungkin lori biasa, mungkin lori kontena, kerana di jalan berhampiran highway. Mangsa telah ditemui oleh polis peronda dan terus diuruskan untuk dibawa ke hospital.

Kami tidak kenal arwah itu, tapi atas dasar kawan kepada kawan kepada kawan, kami telah pergi melawat mangsa pada hari ahad (28 jun) di mana mangsa ketika itu sedang koma di hospital. Melihatkan keadaannya, aku kata kepada hubby, besar kemungkinan ada lagi rezeki dia nak hidup ni. Tapi hubby sangkal dakwaan aku, katanya, tengok tu, lidah mangsa sudah menongkat ke langit-langit mulut, kalau tak hari jumaat ni, mungkin lagi 2, 3 hari saja ajalnya sampai.

Begitulah janjinya, cuma semalam sahaja, iya, semalamlah berakhir riwayat hidupnya. Tidak sempat pun tunggu lagi 2, 3 hari atau sehingga hari Jumaat ini.

Arwah meninggalkan 3 atau 4 orang anak-anak yang masih kecil. Innalillah...........................

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2009 Hakcipta Terpelihara.

Mak Su

46 sudah sudi tinggalkan jejak bertapak:

Rozita said...

al-fatihah~ moga roh nya aman di sana

shasha said...

langgar lari? isskkk...kesian anak2 yg masih kecil tuh...

~wAniE~ said...

sedih nyer...kesian kat anak2 die..sape la yg sanggup wat mcm tu kat die..kalo dh langgar tu pandai2 la bertanggungjawab...

kayteeze said...

Inalillah.... sedih bila tengok mangsa kemalangan ni...kesihan pada anak2 dan isteri tu...

Mak Su said...

tq rozita

iya shasha :(

wanie, orang takut, kena ban lesen sudah pasti

kayteeze, iya, tak sanggup nak tgk masa melawat haritu

chekdenoor said...

Salam,

Chekdee tak gemar on the road waktu malam..... hmm selalunyer kemalangan yang teruk itu berlaku waktu malamlah..........

Harap sangat...chekdee dan keluarga tidak akan menempuhi pengalaman ngeri itu.

zh-ena said...

kesiannyer..tak rasa bersalah langsung org yg langgar tu kan

nnti tau la mlm2 tido..terngigau dlm mimpi langgar org..

Abang Long said...

Bila sudah sampai masanya.

Mak Su said...

chekdee, saya pun seriau memikirkan

ena- iya ler, geram kan

gitu ler abang long, bila dah sampai masanya

julietchun said...

pandai hubby maksu tgk lidah org tu. al-fatihah, semoga famili arwah tabah harungi semua ini.

izman said...

ramai org yg tau tanda2 tu. datuk saya dulu reti. saya? tengok je lah, sekadar ziarah.

Innalillah. moga roh Allahyarham dirahmati Allah.

julie^beth said...

sampai sudah masa die.. masa kita, tak sape yg tahu..

Mak Su said...

julietchun, oh. itu kita boleh peratikan, kalau kita teliti

izman... menda tu boleh belajar, maksu dok tgk kat kaki dia, tapi berselimut, sbb maksu pandang dari jauh jer. hubby maksu gi tgk dia dekat2

julie - benar

HEMY said...

maut tak bgtu bila dia nk mai...ah..takutnya

achik said...

Al-fatihah

Jard The Great said...

uish.. ramai yg kemalangan sejak akhir2 neh.. al-fatihah buat arwah...

Jie said...

al fatihah

yang pergi dan........yang kembali

Mak Su said...

iya ler hemy :(

tq achik, jard, kujie.

ayshanur said...

Innalillah ...

arwah si suami ke maksu?

sian pada istri nya ... bekerja ke ..suri rumah tu maksu?..

masya Allah .. macamanalah dia nak menyara keluarganya nnt ...

nona said...

al fatihah...
maksu,lidah menongkat ke lelangit tuu..mcm angkat lidah keatas ke?

sakurasa 2 said...

Takziah dan al-fatihah
moga rohnya dicucuri rahmat

Zareda Norman said...

Alfatihah

Ajal maut semua ditangan Allah SWT

Mak Su said...

ayshanur, isteri dia tak kerija

nona, gitu ler gamaknyer, maksu tak pasan

sakura, zar... tq

yginsaf4 said...

sadis kannns..

addyaholix said...

saya dulu pon kena langgar lari. cilakak!

ct rahani said...

salam singgah.. jom tuko2 link..:D

ermm.. ciannya kt anak2 arwah.. Innalillah...

Mak Su said...

yg insaf4 :(

addy.... geram ek.

ct rahani, tq, insyallah boleh :)

kad0k. said...

al-fatihah utk arwah. semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman..amin.

ain said...

Al-fateha utk arwah!!semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga Allah memberi kekuatan utk sang isteri meneruskan hidup!

mugiwara said...

sudah takdir.


tp cikgu selali marah bila kami terlalu redha dengan apa yang kami dapat.

katanya, kami yang tak mahu berubah...

apapun....takziah buat keluarga mangsa.

al-fatihah~

lupekanje said...

Innalillahiwainnailaihi rojiun...al fatihah..
sian anak2 itu menjadi anak yatim..
ku terkenanggg arwah kakak iparku..serasa baru kemarin berjumpa..kmudian beliau diambil nyawanya begitu saja ohh Tuhan.
al fatihah sekali lagi.

DaliaLiyana said...

alfatihah...sedih bila dgr citer2 camni...ape2pun takziahh utk keluarga mangsa...semoga rohnye dicucuri rahmat...amin...

one said...

Innalillah...wainna ilaiHi raajiuun

~mardihah~ said...

al-fatihah...

semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.Amin.

~mardihah~ said...

al-fatihah...

semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.Amin.

masni qisrine said...

al fatihah
sudah janjinya dgn Pencipta

Mak Su said...

terima kasih semua

cendawanintim said...

Al-fatihah, moga rohnya dicucuri rahmat..amin.

pB said...

moga rohnya dicucuri rahmat ....


semua insan akan mati.
Mati itu adalah pasti .

Masy said...

ade kuar paper x?

alfatihah~

Leenoh said...

Salam Mak Su,
Begitulah takdir Allah terhadapnya, orang tidak bertanggungjawab dan lari itu tidak lepas, akhirnya orang usung dia ke kubur dan berjumpa Allah, Allah Maha Melihat. dia boleh lari di dunia ini sahaja. kita harap dia akan menyerah diri.
Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya kepada roh berkenaan.amin.

Mak Su said...

tq cendawanintim, pb, leenoh.

masy, tak pasan plaks.

CuTeMiUt78 said...

oh..sadis kematiannya.. langgar lari. Kesian.. al-fatihah utk arwah..

IEYNA said...

langgar lari???? abg pn kne langgar lari kat highway...nsb baik org cpt jumpa...patah kaki je :(


takziah utk keluarga mangsa....

[-suziey-] said...

uish siannya..emmm tu tanda org nk meninggal ek? lidah dh tongkat lelangit...

Mak Su said...

cutemiut, ieyna - iya :(

suziey - iya, salahsatu tanda-tanda