Saturday, June 6, 2009

di mana tulang?

assalamualaikum semua, hari ni aku mai melawat blog yang dah beberapa hari ditinggalkan, maaf ya, kerana telah beberapa hari aku biarkan blog ini tanpa posting terbaru.

memang setiap hari ada hajat nak udpate blog macam biasa dan melawat blog lain, tapi sebenarnya aku dalam kebizian yang dahsat 'tahap dewa gaban'.

bila 'buat kerja', dapat juga aku curi tulang , hehehe. di sana ku lihat tulang, di sanun ku lihat tulang.

tapi bila aku 'bekerja' dengan adanya target sendiri dan aku aturkan sendiri semua perkara dan aku bertanggungjawab sendiri ke atas pekerjaan aku, walaupun aku cuba juga untuk mencuri tulang, tapi 'to no avail'.

kerana bila aku bekerja untuk memajukan per'badan'an aku, aku tidak nampak di manakah tulang itu berada untuk aku curi. di mana tulang? di mana tulang?

yang benar,
mak su, yang akan menyambung berkhalwat semula :)

terimakasih buat semua yang sudi hadir meninggalkan komen utk entri yg lepas, dan terima kasih kpd sya yusuf kerana sudi jadi follower biarpun saya 'berkhalwat'.

pak latip, tq utk alamat emel tu, yahuuuu!!!!

19 sudah sudi tinggalkan jejak bertapak:

Jie said...

cuti panjang ni tak kan bizi lagi maksu...:p

dcrysz said...

haih.... sungguh x berapa nak paham tentang tulang nih....
lain kali citer pasal rahang lak k....heheheheh

sakurasa 2 said...

maksu

sakura suka makan sup tulang
he he he

Brahimnyior said...

Yang penting, blog Maksu masih wujud..

zh-ena said...

mkn sup tulang pun sedap gak nie :D

~ yus ~ said...

erkk..tak berapa fahamlah apa yg tersirat di sebalik tulang dlm n3 maksu ni...Apapun, harap maksu happy selalu..

amu mejie said...

tiba2 lapar sup tulang ni...he~ selamt beruzlah maksu..

HEMY said...

meh..tulang sy byk ni mak su...ekekeke..curik satu pn buleh

shasha said...

bz kah mak su?? thanks for the wish ya...

kakpah said...

dah lama tak buat baju kurung tulang belut. Skang dah tak ada lagi dah.

Yunus Badawi said...

mak su kuat disiplin - tak curi tulang masa bekerja sendiri. Saya sejak kerja sendiri tak payah nak curi tulang sbb tulang berlambak2 hehehe

Nunn said...

curi tulang tak pe mak su jangan makan tulang udah le nanti sama dgn jin pulak ....jangan mare haaa...

[-suziey-] said...

uish..bz tahap dewa gaban..dasat bunyi tuh:p

Perempuan Indonesia Penipu said...

salam ziarah. saya ada cerita nak kongsi dengan semua....harap tak ada lagi rakyat malaysia yang terkena...

ikan emas said...

Maksu,
kalau takde tulang macam mana 'badan' tu nak hidup..

Bila tulang tu dpt dicuri,;badan' pun jadi segar, gaji maksu pun naik, bonus lagi besar!!

zino said...

nak tulang banyak oder sup tulang hehe

penyapubaru said...

tulang dah bais la maksu, wat sup

Bunga Rampai said...

Salam Mak Su,

Selamat berkhalwat.
Dan kembali dengan tulang-tulang badan yang lebih teguh! ;)

Mak Su said...

heheheh, terima kasih Kujie, dcrysz, sakura, brahimnyior, zh-ena, yus, amu mejie, hemy, shasha, kakpah, yb, nunn, suziey, ikan emas,abg zino, penyapubaru, bunga rampai. makan sup gear box pun sedap kan :)

masih bizi lagi ler :(