Friday, May 15, 2009

Kenali mereka, kenali diri

Dari Said ra, ia berkata: "Ketika Rasulullah saw ditanya: "Siapa wali-wali Allah?" Maka beliau bersabda: "Wali-wali Allah adalah orang-orang yang jika dilihat dapat mengingatkan kita kepada Allah."

Dari Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab, katanya: "Pada suatu kali Umar mendatangi tempat Mu'adz ibnu Jabal ra, kebetulan ia sedang menangis, maka Umar berkata: "Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Mu'adz?"
Kata Mu'adz: "Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang bertakwa yang suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak ada, maka tidak ada yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak dikenal. Mereka adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu."
10 Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunannya dan Abu Nu'aim dalam Hilya jilid I hal.
6 Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Auliya' dan Abu Nu'aim di dalam Al Hilya Jilid I hal 6).

Hadis riwayat Al Mafakhiril ‘Aliyah hal 104, "Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya sebahagian hamba Allah ada orang-orang yang tidak tergolong dalam golongan para nabi dan para syahid, tetapi kedua golongan ini ingin mendapatkan kedudukan seperti kedudukan mereka di sisi Allah."
Tanya seorang: "Wahai Rasulullah, siapakah mereka dan apa amal-amal mereka?"
Sabda beliau: "Mereka adalah orang-orang yang saling kasih sayang dengan sesamanya, meskipun tidak ada hubungan darah maupun harta di antara mereka. Demi Allah, wajah mereka memancarkan cahaya, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, mereka tidak akan takut dan susah."
Kemudian Rasulullah saw membacakan firman Allah yang artinya: "Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati."

Demikianlah sedikit hadis berkenaan Wali-wali Allah.

Jenis Wali-Wali Allah

1. Al-Aqtab: Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al Qutub yang mempunyai erti penghulu, darjat
kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai darjat tersebut hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya. Seperti Abu Yazid Al Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity. Di antara mereka ada yang mempunyai kedudukan di bidang pemerintahan ialah para Khulafa'ur Rasyidin, Umar Ibnu Abdul Aziz dan Al Mutawakkil.

2. Al-Aimmah: Al Aimmah berasal dari kata tunggal imam yang mempunyai erti pemimpin. Setiap masanya hanya ada dua orang saja yang dapat mencapai darjat Al Aimmah. Keistimewaannya, ada di antara mereka yang pandangannya hanya tertumpu ke alam malakut saja, ada pula yang pandangannya hanya tertumpu di alam malaikat saja.

3. Al-Autad: Al Autad berasal dari kata tunggal Al Watad yang mempunyai erti pasak. Yang memperoleh darjat Al Autad hanya ada empat orang saja setiap masanya. Mereka tinggal di utara, di timur, di barat dan di selatan bumi, mereka bagaikan penjaga di setiap pelusuk bumi.

4. Al-Abdal: Al Abdal berasal dari kata Badal yang mempunyai erti menggantikan. Yang memperoleh darjat Al Abdal itu hanya ada tujuh orang dalam setiap masanya. Setiap wali Abdal ditugaskan oleh Allah swt untuk menjaga suatu wilayah di bumi ini. Jika wali Abdal itu meninggalkan tempatnya, maka ia akan digantikan oleh yang lain. Ada seorang yang bernama Abdul Majid Bin Salamah pernah bertanya pada seorang wali Abdal yang bernama Muaz Bin Asyrash, amalan apa yang dikerjakannya sampai ia menjadi wali Abdal? Jawab Muaz Bin Asyrash: "Para wali Abdal mendapatkan darjat tersebut dengan empat kebiasaan, yaitu sering lapar, gemar beribadah di malam hari, suka diam dan mengasingkan diri".

5. An-Nuqaba': An Nuqaba' berasal dari kata tunggal Naqib yang mempunyai erti ketua suatu kaum. Jumlah wali Nuqaba' dalam setiap masanya hanya ada dua belas orang. Wali Nuqaba' itu diberi karamah mengerti sedalam-dalamnya tentang hukum-hukum syariat. Dan mereka juga diberi pengetahuan tentang rahsia yang tersembunyi di hati seseorang. Sebenarnya hal ini tidaklah aneh. Apakah Allah tidak mampu membuka rahsia seseorang kepada seorang waliNya?

6. An-Nujaba': An Nujaba' berasal dari kata tunggal Najib yang mempunyai erti bangsa yang mulia. Wali Nujaba' pada umumnya selalu disukai orang. Dimana sahaja, mereka akan mendapatkan sambutan orang ramai. Kebanyakan para wali tingkatan ini tidak merasakan diri mereka adalah para wali Allah. Yang dapat mengetahui bahawa mereka adalah wali Allah hanyalah seorang wali yang lebih tinggi darjatnya. Setiap zaman jumlah mereka hanya tidak lebih dari lapan orang.

7. Al-Hawariyun: Al Hawariyun berasal dari kata tunggal Hawariy yang mempunyai erti
penolong. Jumlah wali Hawariy ini hanya ada satu orang sahaja di setiap zamannya. Jika seorang wali Hawariy meninggal, maka kedudukannya akan di-ganti orang lain. Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair Bin Awwam saja yang mendapatkan darjat wali Hawariy seperti yang dikatakan oleh sabda Nabi: "Setiap Nabi mempunyai Hawariy. Hawariyku adalah Zubair ibnul Awwam".
Kelebihan seorang wali Hawariy biasanya seorang yang berani dan pandai berhujjah.
(maklumat dari grup respeks, emel sumbangan faruqi2001)

~~~~~~~~~~~~
tatkala mata melihat rupa
bukanlah mata ini yang melihat
tapi hatilah yang memberi petunjuk
memperincikan perihal
yang tersembunyi dalam petunjuk

celik dan buta
terang dan gelap
naluri yang masih sama
dahulu dan kini
kabur dan lalai

kristal
yang digilap itu
kan menyinari
kelam alam

- mak su, Jumaat, 15 May, 20 Jamadilawal.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2009 Hakcipta Terpelihara.

Mak Su

45 sudah sudi tinggalkan jejak bertapak:

shasha said...

tazkirah utk hari jumaat ek maksu...

ez said...

tq mak su..info yg sgt berguna..

Mak Su said...

tq shasha, ez :)

ikan emas said...

ntah..tak tau den msk golongan wali yg mana.nak jadi wali pun tak boleh! tp dh diwalimatuluruskan

mountdweller said...

Mak Su.

Saya pun akan jadi Wali juga. Wali nikah.

Kewalian seseorang sebenarnya tidak dapat dibidu oleh kita. Biasanya orang-orang begini bersikap lain dari kita orang biasa.

Ummibatrisya said...

thanks for the info

ummi suka :)

tazkirah untuk hari jumaat ye, mak su :)

ain said...

bagus ni...menambah ilmu yg masih terlalu sedikit!

Mak Su said...

tq ikan emas, mountdweller, ummibatrisya, ain

julietchun said...

kena berusaha kearah itu ya.

zue said...

salam jumaat mak su,

thanks for the info & sajak yg menarik.

a.b geldofg said...

tdi aku dah ttdo masa khbah jumaat...ni maksu pulak smbung

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

Walim Songo tu kira lagu mana pulak maksu?...saja nak tanya.

Masy said...

tazkirah yaaa

Mak Su said...

tq julietchun, zue - sudi singgah sini

ab - ahaks

cikgooden, walim? mungkin sedare malim. gitu ler.

Ungku Nor said...

puisi maksu..

dah macam lirik lagu M.Nasir.

'bukan semudahnya melepaskan dunia..jika hati tak tersentuh..'

dania said...

dulu zmn knk2 slalu igt wali allah dok kat masjid.. e2la klau tak cari ilmu kita tak kan tau.. :)

[-suziey-] said...

alhamdulillah..masuk sini baca tazkirah jumaat..selamat berujung minggu maksu:)

Jard The Great said...

stp ari jumaat tazkirah ye.. hehe.. alhamdulillah..

Mak Su said...

tq masy, suziey, jard :)

dania... iya, ada kat masjid, time nak nikahkan org. wali nikah ;)

ungkunor. mcm m. nasir? oh sifuuuu

atty's said...

sangat bagus entry ini..

Leenoh said...

Salam Mak Su.
Entri tazkirah yang bermanfaat, elok disebarkan dan dipanjangkan lagi

Suzi said...

terima kasih maksu berkongsi ilmu...
selamat berhari minggu!

izman said...

bca entri ni teringat pula kisah2 wali songo di indonesia dan tok kenali di kelantan.

Mak Su said...

tq atty, leenoh, suzi, izman... iya, saya pun teringat kat tok kenali.

S.YanaZ said...

Terima kaseyyy MakSu...

*Buat pedoman*

zino said...

salam jumaat dan selamat berhujung minggu..

naz ilyn said...

salam...
berkongsi ilmu mendapat kebaikan untuk yang memberi dan juga yang menerima.

ABDUL LATIP said...

Terima kasih dapat berkongsi ilmu. Terer juga maksu ini :)

KAMATO said...

tkasih share maklumat ni....

noorlara said...

mudah-mudahan ada wali yang seniasa mendoakan kesejahteraan dunia kita ini

lupekanje said...

hatiku terikat dik dunia....
dunia yang tidak bermata..
berjalan meraba2
tanpa kulihat cahaya..
wlopun silau pancarannya..
namun jalanku cari tah di mana..

uwaaahh...okeh..hakmilik terpelihara acik nih.

wali terlalu mulia kedudukannya di sisi Allah...perbuatnnya tidak dinilai manusia...tatapi...di sisi Allah...mereka kekasihNya.

Uncle Lee said...

Hi Mak Su, just to say hello. Have a nice weekend, Lee.

Zareda Norman said...

sungguh informative

terima kasih maksu

de_kerinchi said...

salam maksu,

alahai tupun banyak tak sedar diri....kat pulau besar...dan baru-baru ni siap calit tiket judi kat babi lagi..melayu-melayu...

ASYIQ said...

Mak su,

Orang lelaki jer yang layak jadi WALI...itupun kalau ada anak pompuan dan adik pompuan yang nak nikah. Itu WALI NIKAH la, bukan WALI KEKASIH ALLAH....gurau je..

zh-ena said...

info n tazkirah di hari jumaat..suker baca

Insaflah said...

Serah diri sepenuhnya kepada AL KHALIK. InsyaAllah, yang di langit akan bertasbih untuk kita.

hani@debumelukut said...

pertama kali bukak blog ni..hati terpaut. keep on writing.
salam perkenalan dari saya

kayteeze said...

Berkongsi pengetahuan pun dikira seorang guru juga... Selamat Hari Guru, Maksu..... :)

Shumierain said...

tambah lagi pengetahuan..
nak cari malas..
sib baik ade mak su..
tq sooo much..

Mak Su said...

terimakasih :)

kuIna LadyInRed said...

info yg bagus maksu.. tq sharing.

Anak Pendang Sekeluarga said...

slm...saya mintak maaf ,,,xdan nak buat rumusan pasal komen2 mengenai hari ibu tu...lagi pun saya dah nk habis praktikal nie,,maklum lah sibuk ckit time cmnie...,,,,insyaAllah skit masa lg saya akan buat rumusan mengenai isu itu...tq

Mak Su said...

haiya, monday blueslah aku ni, blur ler.. ouh ouh, tapi, tq so very much for all yg datang singgah kat sini :)

admincrazy said...

Artikel yg bagus, makasih infonya.
Kenali dan Kunjungi Objek Wisata di Pandeglang moratmarit